Harini, Icha tunjuk skill buat pondok-pondok. Apa benda pondok-pondok tu? :-)
'Pondok-pondok' adalah satu step dalam proses perkembangan baby di mana ia merupakan aksi seperti seorang atlet nak memulakan pecutan. dalam bahasa sempoi - bontot ditinggikan, kedua belah kaki diluruskan, serentak dengan kedua belah tangan juga diluruskan. Biasanya, baby akan dapat skill ni sebelum dia start nak bertatih (pengalaman saya yang beradik 8 ni la)
Boleh imagine kan? Hihi. Biasa lepas pandai meniarap, baby 'menjulur' atau 'mengundur', then dia akan ada step 'pondok-pondok' ni. Kat bawah ni aksi-aksi comel Icha buat 'pondok-pondok' tu. Eksyen!
Anak manje emak |
Ini pula aksi Icha bermain dengan Husaini, kawan baru dari Singapura. Ganas anak dara mak ni rupanya.
Icha main dengan Husaini |
Seronok sangat jadi emak. Lebih seronok lagi apabila jadi emak yang berpeluang besarkan anak dengan tangan sendiri, dan lihat segala progress anak tu. WAHM is such a blessing for me! Alhamdulillah!
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!