Jan 23, 2011

5 SEBAB UTAMA SAYA SUKAKAN VITAMIN B KOMPLEKS

B Complex SHAKLEE adalah antara vitamin kegemaran saya ~ secara umumnya, vitamin B Complex membuatkan saya lebih bertenaga, menstabilkan mood, dan menjadikan kulit saya lebih sihat dan bersinar.

5 SEBAB UTAMA SAYA SUKAKAN VITAMIN B KOMPLEKS


1. B Complex membantu saya lebih bertenaga


Vitamin B1 di dalam B Complex membantu menukarkan karbohidrat kepada glukosa. Kemudian, pada tahap sel, vitamin B2, B3, B5, B6 dan Biotin pula menukarkan glukosa kepada tenaga. Kekurangan mana-mana rangkaian vitamin B ini akan menyebabkan pengeluaran tenaga menurun, kelesuan dan keletihan.

2. Membantu kesihatan sistem saraf


Vitamin B5 diperlukan untuk membantu fungsi kalenjar adrenal dengan baik dan juga membantu dalam penghasilan hormon dan bahan yang mengatur fungsi saraf kita. Manakala, untuk seluruh sistem saraf termasuk saraf otak, vitamin B1, B6 dan B12 pula diperlukan. Vitamin B9 iaitu asid folik pula diperlukan sepanjang kehamilan untuk mencagah kecacatan nueral tube pada janin. Kekurangan mana-mana vitamin dalam vitamin B Complex boleh menyebabkan perasaan tertekan, cemas dan depression.

3. B Complex Untuk Sistem Percernaan


Vitamin B Complex diperlukan untuk proses pencernaan yang betul, menghasilkan asid hidroklorik dan turut membantu dalam pemecahan lemak, protein dan karbohidrat. Vitamin B1, B2, B3 dan B6 adalah komponen vitamin utama untuk proses ini. Kekurangan mana-mana daripada vitamin ini boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan masalah penyerapan zat ke dalam tubuh.

4. Kulit, Rambut dan Kuku Yang Sihat


B Complex penting dalam proses perkembangan sel manusia. Vitamin B yang penting untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku ialah B1, B2, B3, B5, B9, B12, Biotin dan Kolin. Kekurangan salah satu daripada vitamin-vitamin ini boleh menyebabkan masalah kulit kering, kulit berdebu, dermatitis, berkedut, jerawat, ruam, rambut gugur dan kuku rapuh.

5. Synergy


Setiap daripada vitamin di dalam vitamin B Complex berkait rapat dan bekerja bersama-sama demi memberi kita sistem tubuh yang berfungsi dengan sempurna. Kekurangan salah satu daripada vitamin-vitamin ini tadi akan menyebabkan tubuh tidak dapat berfungsi dengan sempurna, walaupun vitamin yang ada mencukupi. So, make sure kita sentiasa mempunyai vitamin B Complex yang cukup. Pilihlah vitamin B Complex yang terbaik supaya ia dapat berfungsi dengan baik.