Protein, Vitamin B Complex, Vitamin C dan Vitamin E ( Asas Untuk Kulit Yang Sihat & Cantik)


Sekiranya anda memahami fungsi dan kepentingan protein dalam kehidupan, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk melabur wang bagi mendapatkan protein yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Kali ini, saya akan bercerita tentang kepentingan protein, b complex, vitamin c dan vitamin e sebagai ‘makanan’ untuk kulit kita.

Yang pertama, kenapa saya tekan protein di awal entry tadi? Asasnya, kita ini adalah protein dan dibina oleh protein. Sel tubuh kita terbina daripada protein. Namun, pelbagai proses yang dilalui oleh tubuh kita menyebabkan protein termusnah, menjadi tua, rosak dan sebagainya. Justeru, kita perlukan protein baru untuk mengganti protein yang hilang tadi.

Sel kulit berganti setiap 21 hari. Selepas 21 hari, ia akan digantikan dengan sel baru, which is, sekiranya kita memberikan tubuh kita ‘makanan asas’ yang sihat, maka sel yang terhasil itu pastilah sihat juga. (Sebab tu dalam bidang kecantikan, kerap ditekankan proses scrubbing untuk menghasilkan kulit yang cantik. Sebenarnya, apa yang anda lakukan ialah membuang sel2 lama yang telah rosak dan mati, dan membenarkan sel2 baru untuk hidup dan bernafas menggantikan sel2 lama tadi).

Protein boleh diperolehi daripada ayam, ikan, daging, kekacang .. namun, hakikatnya, suhu yang tinggi memusnahkan pula protein tadi. Maka, pengambilan suplemen protein yang berkualiti adalah penting untuk membantu anda mendapat khasiat protein yang optimum.

Selain daripada protein, kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.

Vitamin B Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.

Akhir sekali, Vitamin E yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. (kedut of course!). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).

Suplemen pilihan saya untuk kecantikan kulit? Sudah tentulah daripada Shaklee!

Credit to Google Images


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


 Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan: 

 Hadhatina Mkb 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ] 
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886 
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net 
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!