9 Jenis Makanan Banyakkan Susu Badan Ibu


(1) Daun Alfalfa



alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.

(2) Halba @ Fenugreek

fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.

(3) Jintan

jintan


Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)

(4) Kurma

kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

(5) Susu

susu

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

(6) Keju

mozzarella cheese

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)

(7) Tempe

tempe

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.

(8) Sayuran Hijau

sayur

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.

(9) Lobak Putih

lobak putih

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.




Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.




AMALAN WAJIB - KOSONGKAN PAYUDARA!


KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.




DOA

Doa membanyakkan susu ibu:



Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya. Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!