KISAH MENYAYAT HATI ~ KASIH BONDA MEMBAWA KE SYURGA


Pertama kali saya dengar cerita ni, daripada Puan Farah Farhan, semasa program Mom’s Day Out di Scriptory Box. Tahan menangis aje masa tu .. still tak jumpa sumber asal.
Baru-baru ni pun, Puan Farah ada share satu lagi kisah menyayat hati tapi saya terlupa ceritanya.
Still, tak tahu sumber asal, namun ini adalah kisah benar yang membuatkan saya TERAMAT RINDU pada emak saya. RINDU ni seolah pisau tumpul yang cuba menghiris-hiris hati saya …

KASIH BONDA MEMBAWA KE SYURGA...

by Nurul Hana Mohamed Khairi on Tuesday, March 29, 2011 at 1:50pm
"Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi."
LikeUnlike · · Share







Rindu pada emak dan abah Smile

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!