Alfalfa memang terkenal di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sebagai milk booster kerana fungsinya yang membantu mempercepatkan penghasilan susu badan. Untuk kesan optimum, pastikan kawan-kawan sentiasa mengosongkan breast atau sentiasa memberi stimulasi kepada breast (sebab sampai satu stage memang 'agak payah' nak kosongkan breast especially yang direct-feed macam saya ni).
Gara-gara alfalfa saya demam bengkak susu. Sebelum ni, memang saya selalu rasa breast penuh sampai sakit-sakit, tapi saya terus suakan pada Icha supaya cepat-cepat kosong. Yelah, dahlah penuh, keras lak tu! Memang lega sangatlah lepas kena pam dengan Icha. Hehehe.
Tapi, pada malam sebelum saya kena bengkak susu tu, memang saya dah rasa macam selalu - penuh dan keras. Kesilapan saya, suakan Icha sebelah breast aje, yang Icha pulak dah dapat sebelah dia taknak sambung lagi sebelah. Akibatnya, esok pagi saya bangun dengan bahagian atas breast sebelah kiri yang sakit berdenyut-denyut. Sentuh pun sakit! Satu badan seram sejuk plus kepada saya pun tumpang berdenyut-denyut. Risau saya dibuatnya!
Pagi-pagi buta saya call Kak N ( Ibu Addinnasa) sambil tahan sakit dan tahan airmata. Hihi. Lepas explain pada Kak N, baru saya tahu saya kena bengkak susu. Wah! Ni first time la kiranya! Masa dalam pantang pun takde rasa macam ni. Pesan Kak N (tips pengguna SHAKLEE kepada pengguna SHAKLEE) :
- ambil sehelai kubis tu, basuh dengan Basic H, then masukkan dalam peti sejuk
- kalau nak cepat sejuk, masukkan kubis tu ke bahagian sejukbeku dalam 5 minit gitu
- letak kat breast yang sakit tu. InshaALLAH dalam setengah jam hilang/ kurang .. tapi jangan buat selalu sebab petua ni boleh menyebabkan susu kering.
- lepas sarapan, makan vitamin E sebiji. lepas minum petang, makan sebiji lagi. kiranya hari tu saya kena ambik 2 biji vitamin E la.
Malangnya, saya takde stok kubis dalam fridge! Huwaaa! Merana sungguh! Bila call hasben dia ajak ke klinik, saya taknak. Saya bukan takut doktor tapi saya taknak doktor bagi antibiotik lak, padahal bengkaknya sikit. Saya yakin saya tak perlukan doktor pun. Dan saya ni, bila sakit tak payah doktor pun boleh baik janji ada orang jaga elok-elok. Saya jumpa doktor dulu-dulu pun sebab nak dapatkan MC supaya boleh berehat di rumah. (nakal)
Sepanjang hari, saya berkelubung aje dalam selimut. Kaki saya memang sangat sejuk. Saya nak pijak lantai pun rasa macam berduri je lantai tu. Sakitnya macam mana? Macam masa kena senggugut tapi yang ni punca sakit tu daripada breast tu. Taubat. Taubat.
Dalam sakit-sakit tu, alhamdulillah rezeki SHAKLEE saya berjalan macam biasa. Cuma memang orang call/ sms saya tak jawab sangat. Tak larat. Icha pula happy la tengok mak dia baring aje dekat dia. Impian Icha nak 24 jam saya macam tu.
Saya taknak cerita panjang sangat. Cuma petang tu saya berjaya dapatkan kubis tu, dapat juga makan vitamin E dua biji hari tu. Esoknya, masih lagi sakit-sakit tapi lebih kuat. Alhamdulillah. 3 hari jugalah baru betul-betul hilang bengkak tu.
Macam mana boleh kena bengkak susu tu?
Saya ni dah seminggu lebih skipped makan alfalfa. Hari-hari minum ESP. Adalah sebabnya. Alih-alih malam tu sebelum tidur, 3 biji alfalfa sekaligus saya telan. Memang saya biasa buat macam tu, samada 2 atau 3 biji. Tapi, tulah badan saya terkejut agaknya. Dah lama tak makan alfalfa, plus breast kiri memang jarang kena pam dengan Icha. Hehehe. Rasakan!
Now ni, saya dah back tp normal. Dah okey dah. Tapi saya memang serik. Takmo skip2 dah melainkan saya confirm pregnant baru saya stop alfalfa.
So, kepada kawan-kawan, alfalfa memang sangat berkesan untuk saya dan ibu-ibu yang kerap memberi stimulasi kepada breast masing-masing. So, mulakan alfalfa dengan dos yang rendah (2 biji) dan teruskan pengambilan begitu kecuali kawan-kawan merasakan perlu penambahan dos alfalfa tersebut.
Boleh hubungi saya untuk jadual pemakanan alfalfa dan suplemen-suplemen lain. :)
lots of love,
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!