ICHA My Clever Girl ;)

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama rasanya saya tak update perkembangan dan aktiviti terkini saya bersama buah hati pengarang jantung saya yang paling comel kat dunia ~ ICHA! Nak kata sibuk denganbiz tak juga, saya memang banyak tumpukan perhatian kepada ICHA aje lately. Itu lebih utama.


muka sebelum dan selepas dapat enen-enen

Tinggal 21 hari genap setahun usia puteri sulung saya ni. Ya ALLAH .. nak dekat setahun dah jadi emak? Bestnya! ICHA pun dah pandai macam-macam dan berlagak macam budak besar aje sekarang ni.

Soalan wajib - ICHA dah boleh berjalan ke? Haha. Tak tercapai hasrat saya mahu ICHA berjalan di usia 10 bulan. She is totally not into it ~ nak kata kaki lembik, memang memanjat ke sana ke mari je kejenya. Kalau saya 'paksa' dia bertatih menangis pulak. Tapi 2, 3 hari ni saya perasan apabila saya acah-acah ICHA suruh bertatih (time dia tengah sibuk memanjat tu), dia pun acah-acah saya nak lepaskan kerusi, meja, palang tangga etc .. tapi lepas tu dia duduk dan gelakkan saya. Budak cerdik!

Sangat demand - if saya tak bagi apa dia nak, dia akan menjerit dengan sekuat hati sampai satu TAMAN MUTIARA SUBANG NI DENGAR! Siap dengan airmata lagi. Drama sungguh! If saya dukung tapi beri juga apa yang dia nak, ICHA akan melentik-lentikkan badannya sambil kaki menendang-nendang saya, kepala menyondol-nyondol saya. Aduhh.. anak emak ni :)

Pandai senyum dan ketawa secara real dan berpura-pura - kadangkala macam kartun pun ada saya tengok. Icha dok kecik-kecikkan mata dia yang bulat besar tu, then kenyutkan hidung comel (macam mak ngah linda punya kenyut masa kecik-kecik), dan mempamerkan gigi rabbit kesayangan emak tu. SO CUTE!

Suka tolong emak. Alhamdulillah .. memang rajin. Sejuk perut saya mengandung dan melahirkan ICHA. Bila saya lipat kain, ICHA tolong buka balik. Bila saya susun fail kat almari, ICHA tolong keluarkan. Bila saya susun buku, magz dan segala macam docs, ICHA tolong ' betulkan' susunan tu.

Di mana ada emak, di situ ada ICHA. Mula-mula rimas juga sampai ke bilik air pun nak ikut, tapi bukankah itu satu pengalaman manis sebagai seorang emak? Nanti dah besar adalah bahan saya nak kutuk ICHA. Kekeke!

Pandai menulis @ melukis. Kalau siapa geng dengan saya kat Fb, saya pernah upload satu pic ICHA pegang pen dengan begitu stylo. Mommy Lyna pun ada upload satu. Saya tak pernah ajar, tapi saya tahu ICHA is a very good observer. Latest, saya belikan magnetic board yang boleh erase semula tulisan atas tu. Saya perhatikan ICHA memang suka menconteng kat situ. Entah apa dilukisnya, mulut siap bercerita lak tu masa menconteng tu. Haha! Sebijik perangai saya dan Linda masa kecik-kecik ;)

Suka berebut mouse dengan saya. Latest, hubby belikan Samsung GT as my becoming birthday present. Mula-mula memang ingat nak beli iPhone, tapi setelah membuat kajiselidik, kami decided beli SGT. Kira win-win situation sebab SGT ni functions dan physical dia in between iPhone dan iPad. So, sekarang ICHA dan saya dah ada handphone baru.

Clever girl. Walaupun ICHA rebut handphone (now android) daripada saya, tapi bila ada bunyi sms/ email/ call masuk, ICHA stop main dan serahkan gadget tu pada saya, sambil pandang muka saya as if dia berkata " It's for you mom. Please answer it." ;)

Bertuahnya saya sebagai pengguna internet terpantas di Malaysia, yakni UNIFI VIP20, saya boleh download macam-macam di internet dengan gumbira. So, untuk project 'sekolah' ICHA, saya dah ada full collection of Baby Einstein set, YBCR set dan a few lagi, complete dengan flash cards, activity books etc. Bukan download youtube, tapi torrent.

So, siang hari saya spend masa untuk ajar ICHA membaca. We have fun together. Mula-mula ICHA suka sleepy tau layan videos tu semua, tapi lepas saya stop dalam2 hari gitu dan sambung semula, ICHA nampaknya lebih bersemangat daripada saya! Go girl! Paling kelakar, ICHA dah ready nak gelak masa word tu yang keluar (dia kan keluar perkataan baru gambar ).  Macam tipu je ICHA ni. Hehe.

Lunch kami berdua, bubur nasi variety. Tak pun, saya bakar roti. Mine sapu jem, hers rendam dalam EBM.

Sangat suka berkawan dan tak takut orang. Petang-petang bila ada free, ICHA borak-borak dengan jiran sebelah kami ni. Kadang-kadang dia yang sibuk bila dengar budak-budak tu jerit-jerit .. ececeh ~ konon geng lah tu kan? Bila ada kawan-kawan saya datang rumah bawa anak, ICHA yang jadi tukang layan. Tapi ICHA suka kawan dengan budak lelaki tau coz ICHA ni agak lasak. Paling serasi setakat ni, Faiz anak Kak Cery dengan Irfan anak sepupu hubby. Kalau budak perempuan, risau saya tengok ICHA tarik-tarik rambut, raba-raba muka, mata semua.. haha! Dah dilatih lasak, lasaklah jadinya.

Garang. Saya marah dia, dia marah saya semula. Saya jerit kat dia, dia jerit balik siap nangis. Kata hubby " Ni mesti sayang garang sangat dengan ICHA kan? Sebab sayang yang jaga dia." Memang pun. I told you, I tak suka budak mengada-ngada dan tak dengar kata kan? ICHA ni dah faham sangat dah dengan saya pasal ni. So, jangan nak mengada-ngada dengan saya.

Malam if babah dia tidur, ICHA pun tidur. So tinggallah saya sorang-sorang berjaga. Hehe. Tu pasal online malam jek.
Panjangnya. Tulah dah lama tak update. Anyway, I really enjoy being ICHA's emak! Saya bangga dan bersyukur, dan berharap saya diberikan hidayah dan kekuatan untuk membentuk ICHA menjadi anak yang sholehah. Ameen.

nak jadi spider eentsy weentsy tapi tak jadi :P


lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!