Petua Anak Demam, Batuk atau Selesema


Kepada yang bergelar ibu, kesihatan anak adalah sangat penting. Apabila anak sakit, lebih-lebih lagi sakit yang berulang dan berpanjangan, memang airmata tak mahu berhenti menitis. Betul kan? (tapi menangis dalam hati laa .. sebab as mommy, we never wanna show our weakness to our kids)

Entry kali ni saya nak kongsikan 4 petua mudah dan ringkas daripada Kak N yang anda boleh lakukan sekiranya anak-anak anda diserang DEMAM, SELESEMA dan BATUK? InshaALLAH .. semoga mampu membantu.

(credit to Kak N)
1. hantarkan sedikit portion duit utk sedekah niat minta anak cepat sembuh. Petua orang lama bila anak jatuh sakit ....
2. Saya akan bangun pada setiap malam utk menyapu minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak...dalam jam1-2 pagi, petua orang Cina yang saya belajar utk kurangkan kahak.
3. Saya akan mandikan anak saya 3 kali sehari demi memastikan suhu badan anak saya stabil. Memang ada pendapat bila anak selsema tak perlu mandi tetapi saya dapati bila kita buat begitu, kahak akan menebal dari selsema cari kepada yang lebih pekat ... maka petua mandikan anak 3 kali sehari sangat membantu si kecil menghembuskan cecair yang tersumbat dalam hidungnya setiap kali lepas mandi. Saya akan mandikan mereka seawal 8 am, 1 tengahari dan 5 petang. Sapukan minyak telon atau minyak burung unta setiap kali selepas mandi di ubun2, belakang telinga, tapak tangan, tapak kaki, dada, bahagian belakang badan serta betisnya. Vi***s bukanlah satu yang disarankan digunapakai walaupun ianya tertulis khas untuk kanak2 ....
4. Memandangkan bf, saya pastikan pengambilan vitamin C dan immune booster... seperti Nutriferon. Susukan bayi sekerap mungkin.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat



0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!