Kepentingan Memakai Krim Malam Untuk Wajah


Ramai antara kita yang tahu akan kepentingan mencuci wajah, memakai toner dan pelembab muka demi memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan cantik. Tapi, tahukah anda bahawa krim malam untuk wajah juga adalah antara produk wajib dalam regim penjagaan wajah seharian anda?
Secara asasnya, krim malam berfungsi merawat sel-sel kulit wajah ketika ia sedang berehat. Krim malam yang bersesuaian dengan kulit perlu digunakan sekiranya anda mahu kulit wajah anda lebih daripada sekadar sihat dan cantik.
Semakin meningkat usia, kadar kelembapan kulit kian berkurangan, berkadar terus dengan menurunnya keelastikan kulit. Kulit menjadi semakin kering dangaris-garis halus mulai kelihatan. Masalah-masalah lain juga mulai timbul seperti jeragat, pori-pori kian membesar dan sebagainya.
Oleh kerana itu, pelembap yang sesuai perlu sentiasa diamalkan, seawal yang mungkin. Jangan tunggu sehingga pinggir mata dah nampak garis baru nak mula cari krim yang bersesuaian. Pelembap wajah untuk kegunaan siang hari adalah berbeza daripada pelembap wajah yang anda guna sebelum tidur. Ketika siang, perlu ada pelindung UV, pada waktu malam, pelu extra lembapan dan perlu ada fungsi merawat.
Jadikan memakai krim malam sebagai kebiasaan sekiranya anda mahukan kulit wajah yang sihat, cantik dan awet muda!
Juga, jangan lupa amalkan suplemen untuk kulit yang sihat dan cantik dalam diet seharian anda Winking smile
Notes : Boleh test sendiri beza kulit wajah di waktu pagi jika tak pakai krim malam dan jika pakai krim malam. Kulit terasa lebih halus licin, gebu dan anjal apabila memakai krim malam.

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!