Masih ada yang tak faham bila saya bagitau saya bekerja dari rumah.
Diorang fikir, " Wah! Syokla.. duduk rumah aje jaga budak."
Istilah WAHM atau bekerja dari rumah memang masih agak asing bagi sesetengah orang. Rata-rata masih menganggap perlu keluar rumah bekerja untuk membantu suami. Hakikatnya, dengan penggunaan internet secara optimum dan berkualiti seorang surirumah sangat mampu menjana income sehebat wanita yang kerja di pejabat.
Alhamdulillah. Beberapa bulan berbiznes Shaklee, saya masih mampu uruskan segala pembayaran bil-bil di rumah dengan duit biz Shaklee, malahan untuk belanja barangan peribadi pun masih guna income sendiri ni.
Cuma untuk belanja yang besar-besar, memang hubby uruskan.
Suami saya memang sumber kewangan saya yang utama. Tapi saya sejak berhenti kerja dengan DiGi, cuma dua kali aje saya pernah merengek minta duit dimasukkan dalam akaun sebagai elaun bulanan, macam isteri-isteri lain. Tapi sebab hubby jenis pelupa, lama-lama saya senyap je. Lagipun, saya fikir, dia izinkan saya untuk tidak bekerja di luar rumah pun dah satu rezeki .. dan, saya nak buat apa pun duit elaun tu? Hubby memang selalu bagi cash kat saya.
Saya pernah merajuk sebab hubby terlalu sibuk. Yelah, tugasnya sebagai Account Manager di company GLC memang sibuk .. super-sibuk! Saya harap TM bagi bonus BESAR untuk hubby sebab dia sorang jaga akaun ni.
Saya pernah merajuk sampai saya kata " Yelah.. sapelah sayang nak dibandingkan dengan kawan-kawan perempuan office abang yang cantik bergaya, wangi-wangi.. makan mewah setiap hari. sayang ni kerjanya basuh taik anak, bagi susu kat anak, bergelumang dengan kerja-kerja rumah yang macam-macam ni, bungkus suplemen je nak sara hidup .. dsb"
Ingatkan hubby nak marah sebab emo sangat, tapi dia jawab, " Sayang kan bini manager .. bini orang kaya .. memanglah itu kerja sayang. Diorang tu tak kaya, sebab tu kena kerja office tolong suami diorang"
Siap sambung lagi, " Kesian mak ngko Icha.. kejenya basuh taik ngko je.. lepas tu bungkus suplemen." :-)
Pandailah nak pujuk saya! Memang saya selalu kalah. Hehe. Insaf saya .. nampak sangat le tak bersyukur. Bukan ke semua kehendak saya dipenuhi walaupun cuma hubby seorang yang bekerja?
Hehe. So, korang rasa seronok ke jadi WAHM? Asyik kena kata dek orang yang kurang arif ilmu berkawan di alam maya. Unless korang bercita-cita nak jadi jutawan, please jangan berhenti kerja dulu, lagi-lagi kerja korang stabil Korang rasa benci bila orang kata korang 'duduk goyang kaki' kat rumah.
Kecuali korang kuat semangat macam saya. Kecuali korang mulut laser macam saya. Kecuali korang ada husband yang kuat menyokong macam husband saya. Kecuali korang yakin boleh bantu hubby walaupun tidak bekerja .. then, come and join my world!
Saya cuma seorang isteri yang mahukan yang terbaik untuk suami dan anak-anak saya, juga dalam masa yang sama, saya tetap mahu jadi yang terbaik dan nombor satu di hati mereka. Ameen.
Dan korang semua.. bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi. Yang dah ada kerjaya stabil, enjoy it! Jangan gatal-gatal nak berhenti, kecuali korang memang dah bersedia dan kuat. Tu pun, baik korang buat part-time utk persediaan bersara. Yang tak bekerja, kalau hubby mampu.. syukur. Tapi, kalau korang boring dan suka cari ramai kawan .. meh jadi macam saya!
Saya dan hubby bukanlah 'kaya' sangat, rumah pun masih menyewa ni. Kalau kaya dah duduk rumah sendiri. Cumanya, kami guna duit masih berkawal. Yang penting-penting aje.. hubby makan mewah pun sebab dia belanja customers atau customers belanja dia. Saya dapat jalan2 pun sebab sambil follow hubby outstations. Untungnya saya, hubby saya family man .. bukan mcm kawan2 dia yg balik office masih boleh pergi lepak kedai kopi, outstations taknak bawak bini walaupun weekend, hujung minggu hubby memang bersama saya dan Icha. Kami berdualah dunia dia.
Hurmmm.. paling best pasal join Shaklee di alam maya ni ialah saya mampu menjadi surirumah dengan ribuan teman yang menghiburkan hati saya! Serius! Saya sayang kawan-kawan saya.
Buah hati emak, Alya Qatrisya |
lots of love,
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!