Icha Kurang Sihat

Kelam-kabut saya pagi tadi.

As usual, bila saya celik je mata, si kecik tu pun sibuk-sibuk nak celikkan mata dia yang bulat besar macam mata saya tu. Eh? Panas badan Icha ni. Saya raba situ, saya raba sini. Masa tu babah dia baru habis mandi.

"Abang, Icha demam ni.."

Hubby suruh mandikan Icha dulu. Mana tahu boleh reda sikit kepanasan badannya. Kata hubby, Icha selesema sebenarnya tu sebab air-cond sejuk sangat malam tadi.

So, Icha mandi awal le pagi tadi. Alhamdulillah, lepas mandi memang kepanasan badan Icha turun. Saya pulak, terus telan Vitamin C 2 biji dan minum Nutriferon, terus susukan Icha.

"Icha tak boleh demam tau.. Icha budak kuat. Mak tak bagi Icha demam"

Banyak kali saya cakap macam tu kat Icha. Hehe. Kuasa di tangan saya, Icha mesti ikut cakap saya.

Hehehe. Yang kelakarnya. Saya sorang je yang kelam-kabut. Kawan-kawan nak tahu tak? Icha langsung takde gaya budak kecik yang demam. Actually, masa dia bangun tidur tu, dia siap gelak-gelak mengurat babah dia. Golek sana, golek sini. Terjoget-joget. Tapi badan dia panas, hingus meleleh.

Baru kejap tadi, dia paksa saya susukan dia sampai saya tertidur sebab lama sangat. Lepas tu, bila saya dah tertidur, dia panjat-panjat saya pulak. Aisehh.. dengki betulla si kecik ni. Hehe.

Tula ceritanya. Ni badan Icha dedar-dedar gak ni .. tapi masih aktif macam biasa, garang macam biasa. Hopefully Icha tak jadi demam.

"Sayang mak mesti kuat tau .. anak mak tak boleh sakit-sakit."

Meh layan gambar budak kurang sihat ni.

suka sangat lepak bawah meja

icha gelak-gelak tengok ni :)

atas perut saya ni tau :)

gigit tangan emak dia yang cekeding

Haha. Ada rupa budak tak sihat ke? :)

Icha .. Icha .. biarlah emak yang demam teruk-teruk daripada Icha yang rimas sebab tak sihat. Tak sanggup mak tengok anak mak sakit. Icha is a strong girl!

Notes : So, saya nak tumpu perhatian kat Icha je harini. Kawan-kawan yg nak buat order boleh isi Order Form terlebih dahulu. InshaALLAH. Saya usahakan reply ye.


lots of love,



0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!