Makanan Kegemaran Icha

Ramai juga yang bertanya saya, " Hadha, Icha dah makan apa?"
Hehehe. Saya ni anak baru sorang, umurnya baru 7 bulan lebih lak tu .. malu I nak cerita lebih-lebih. Tapi, bila fikir-fikir balik, saya sendiri suka bertanya dan berkongsi cerita dengan ibu-ibu baru yang pro-breastfeed macam saya. Betul tak kawan-kawan?

Alhamdulillah .. dah hampir 2 bulan Icha ber'solid food' (or should I say here 'semi-solid food'?). Setakat ni, syukur sangat-sangat .. memang takde masalah nak beri Icha makan. She love to eat whatever food I cooked for her! Syukur! Sampai mak sedara Icha yang bakal doctor pun cakap " Senang aje Icha ni .. makan senang, mandi senang.." (yelah.. dia kan dah biasa tengok baby kat hospital).

Hopefully sampai besar lah macam tu ye sayang.. mak nak Icha jadi anak yang baik (dan cerdik). Dan, Icha juga saya perasan yang dia 'menolak' makanan yang saya tak suka dia makan .. atau tak pernah beri dia makan dari tangan saya sendiri. Bagus kan? (takut mak marah le tu hehehe)

Apa makanan kegemaran Icha? Saya listkan daripada yang Icha paling suka sampai yang paling less suka. So far semua ni saya buat puree je.
  1. pumpkin
  2. carrot
  3. sweet potato
  4. potato
  5. rice
  6. broccoli
  7. banana
Ni je yang Icha officially makan. Saya masak simple aje. Semua makanan ni saya steam masa masak nasi untuk kekalkan zat dalam makanan tu. Then, just blend dan add-on superfresh EBM 'direct dari kilang'.. wahahaha!. Memula saya bagi sejenis pada satu masa, but now saya suka mix. Balanced saya frozenkan.

Tu je. Tapi, jangan tak tahu ye.. Icha pernah kantoi termakan coklat hihi. Al kesahnya, saya nak makan coklat Zipp, so, saya bagila Icha pegang satu bar coklat Cadbury ( hihi.. fridge saya penuh coklat dan susu). Then, lepas a few minutes saya terperasan mulut Icha comot. Erk! Pembungkus coklat Cadbury dah koyak! Dan Icha girang je meng'taste' keenakan coklat. Terus kena rampas!

Hehe. Icha mestilah suka coklat kan? Mak dan abah dia memang kuat makan coklat.

Icha suka apa yang saya biasa makan. Mujur saya ni jenis suka makan ulam, sayur dan buah. Protein lak, saya prefer ayam daripada daging. Then, saya mmg suka sardin.

So, itu je sedikit sharing daripada saya. Tak expert pun macam korang .. lagipun, anak (dan suami) saya jenis tak cerewet. Hehe. Saya je yang cerewet dalam rumah ni .. yelah, kalau bukan saya yang jaga diorang, siapa lagi? Kalau gigi Icha rosak, kalau suami saya sakit perut .. saya juga yang susah.

Apa makanan kegemaran bayi anda? :)





lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!