25 Random Facts About Me

Happy Deepavali to All!

Saya tahu kawan-kawan sedang bergumbira sebab esok cuti kan? :) Nah! Balik cuti ready la ye sape-sape yang kena tagged dengan saya at the end of this entry. Okey?

Thanks to latest blogger buddy, Puan Kasmawati Jaffar a.k.a Misae Nohara untuk assignment ini. Jenuh jugakle nak memikio apa ke benda yang nak dikongsi kat sini pasal diri sendiri .. hihi!

Assignment nye berbunyi begini

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

  1. setakat hari ni, 041110, saya baru setahun lebih kawen dan baru ada anak sorang
  2. merupakan SHAKLEE Independent Distributor yang gila makan suplemen!
  3. dari kecik-kecik mak saya dah ajar saya makan vitamin :)
  4. bercita-cita nak jadi muslimah jutawan (sila ameen kan doa saya.. ameen)
  5. tua setahun daripada suami saya tau.. tapi semua orang ingat saya muda banyak tahun daripada hubby :)
  6. tak berapa suka budak-budak tapi budak-budak sangat sukakan saya hehehe
  7. ada 8 orang adik ; termasuk saya kami terdiri daripada 6 perempuan, 3 lelaki
  8. saya anak sulung le ..
  9. bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ; SPM 1998 .. ada sape-sape geng dengan saya?
  10. bekas pelajar UIAM jurusan Communication Engineering
  11. bekas pelajar UniKL jurusan IT
  12. sangat cerewet pasal hal kemas-kemas rumah, tapi bila hubby buat sepah saya tak reti nak handle
  13. saya suka makan coklat, fullcream milk, aiskrim strawberry dan vitamin
  14. harlindahalim yang ada blog Rich Mom Diary tu adik kandung saya .. bukan kakak saya tau :)
  15. suka lipat baju kecik-kecik dan comel-comel .. kalau orang lipatkan baju saya tak ikut scale saya, memang saya buka balik (belakang orang tu la..)
  16. tak suka kawan-kawan hubby yang ajar hubby buat bukan-bukan. contoh : merokok, ajak dia keluar malam-malam borak-borak, karaoke dsb yang akan membuatkan identiti dia sebagai family man hilang.
  17. sangat protective terhadap orang-orang penting dalam hidup saya
  18. nak anak tujuh orang, inshaALLAH
  19. saya tak reti dan tak suka baca sms yang ada perkataan pelik-pelik seperti ittew, ak, ble, naperz dan banyak lagi.. kenapa ekk korang tak taip elok-elok short form tu? :)
  20. saya berblogging sejak tahun 2005
  21. kepala angin, baran, pantang orang merepek dan bagi arahan kat saya .. owh! siaplah kena kutuk!
  22. ni tarikh lahir saya : 22 Mac - Aries
  23. suka nombor 1 (satu)
  24. sentiasa rasa diri cantik dan terbaik.. self-esteem tinggi sebab tu kot suka mengamuk
  25. pantang mula menulis.. ni rasa nak tambah lagi 25 je hehehe
Jeng! Jeng! Jeng! Siapakah yang bakal menjadi mangsa tagged saya ni ... scroll ke bawah lagi ye :)  
lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!