Sekarang musim batuk dan selsema kan. Saya memang paling risau jika saya selsema. Bila dah selsema tu mulalah akan berjangkit kat anak saya. Memang paling risau jika anak saya tu sakit. Saya memang tak sarankan anak saya untuk minum ubat yang diberi oleh klinik tu. Orang kata tak elok bagi anak kecil makan ubat.
Saya cuba bagi anak saya minum madu Asli.Tapi macam tak nampak perubahan pun.Kemudian saya cuba petua tradisional iaitu "Minyak Bawang Putih".Minyak ni tak payah susah-susah cari kat kedai.Buat kat rumah je.Senang Dan pantas.Fresh lagi tu.
Ramai kawan-kawan bertanya macam mana nak buat minyak bawang putih ni kan? Takpe, hari ni saya akan kongsikan cara nak buat :
1. Bakar bawang putih beserta kulitnya dengan api sederhana.Jadi takde la dia hangus kan.
Says bakar 1 labu.Untuk kudapan sendiri.Bila berkahak memang elok kunyah bawang putih bakar ni.Sedap.
2. Dah siap bakar,bolehla ditumbuk / dilenyek sampai hancur.
3. Campurkan minyak masak / minyak kelapa dara / minyak Zaiton.Pilih la mana suka ikut stock minyak yang ada dirumah.Saya guna minyak masak je untuk lecekkan dengan bawang putih ni. Dan jadila rupanya begini.
3. Campurkan minyak masak / minyak kelapa dara / minyak Zaiton.Pilih la mana suka ikut stock minyak yang ada dirumah.Saya guna minyak masak je untuk lecekkan dengan bawang putih ni. Dan jadila rupanya begini.
Masa mula-mula saya sapu kat hidung anak hingus dia memang asyik keluar je.Yang best takde dengar bunyi batuk berkahak dia tu.Alhamdulillah.Dengan izin Allah S.W.T.
Cara pakai boleh sapu kat batang hidung,dada dan tapak kaki.Boleh sapu di tapak kaki masa anak tidur.Lepas tu pakai kan stokin.Insha-Allah.
Semoga bermanfaat!
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!