Edisi Masteria! : Bagaimana Nak Main Gameboard Masteria! ?

Mesti ramai yang confius lagi macam mana nak main game Masteria! ni kan?

Entri kalini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Cara Bermain Masteria!

Sebelum tu, anda haruslah memiliki 1 set Masteria! 



Permainan Masteria! ini boleh dimainkan oleh 3-5 orang pemain dan salah seorang daripadanya akan menjadi Pegawai UV.

Sebelum memulakan permainan, setiap pemain akan diberikan modal pendahuluan sebanyak 2000 UV daripada Pegawai UV:

  • 100 UV   - 3 keping
  • 200 UV   - 1 keping
  • 500 UV   - 1 keping
  • 1000 UV - 1 keping
  1. Semua pemain haruslah meletakkan token di petak Mula di papan permainan
  2. Pemain perlu melemparkan dadu, kiraan yang paling tinggi akan memulakan permainan dahulu
  3. Pusingan pertama, semua pemain tidak akan dikenakan bayaran dan menerima UV
  4. Pusingan kedua, pemain akan menerima bonus dan downline: 
    • 1000 UV
    • 1 DOWNLINE bersamaa 200 UV
  5. Sekiranya pemain mendarat pada petak yang tulisan berwarna MERAH, pemain perlu lah membayar nilai yang tertera kepada pegawai UV; dan sekiranya mendarat pada petak yang tulisan berwarna BIRU, pemain akan menerima UV seperti yang tertera daripada pegawai UV
  6. Sekiranya pemain mendarat pada petak Hartanah, pemain berhak untuk membeli ataupun tidak.
    • sekiranya pemain lain mendarat pada petak Hartanah anda, pemain tersebut akan dikenakan sewa, kadar sewa seperti berikut:
      • Jika pemain tidak memiliki downline maka tidak perlu membayar sewa
      • Jika pemain memiliki downline, kiraannya 1 x HARGA SEWA (rujuk kad Hartanah)
  7. Sekiranya pemain mendarat pada petak KEPIMPINAN atau JUALAN, pemain perlu mengambil 1 keping kad tersebut dan baca apa tindakan yang perlu dilakukan
  8. Mendarat pada petak "Masuk ke Zon Selesa", pemain perlu masuk ke petak Mula di tengah papan permainan 
    • Untuk keluar dari Zon Selesa, pemain perlu lah membayar sebanyak 3000 UV beserta 3 DOWNLINES kepada pegawai UV
      • Jika pemain mendarat pada petak "Kembali ke Landasan Bisnes", pemain akan menerima 500 UV sebagai saguhati
  9. Sekiranya pemain mendarat pada petak "Hilang 2 pusingan", pemain tidak boleh bergerak sebanyak 2 pusingan
  10. Mendarat pada petak "Laluan Pantas ke Petak Mula", ini merupakan jalan pintas ke petak Mula, pemain akan menerima bonus dan downline seperti biasa
    • Pemain akan diisytiharkan MUFLIS sekiranya gagal untuk membayar denda atau bayaran yang dikenakan. Pemain mempunyai 3 pilihan untuk terus main:
      • Pilihan pertama: Melelong hartanah milik pemain kepada pemain lain dengan bidaan paling tinggi
      • Pilihan kedua: Menjual hartanah yang ada kepada Pegawai UV dengan separuh harga belian
      • Pilihan ketiga: Sekiranya pemain memiliki Downline, pemain boleh menukarkan downline tersebut kepada Pegawai UV dengan harga 1500 UV untuk 1 Downline
        • 1 Downline = 1500 UV
        • 4 Downline = 6000 UV
  11. Pemain dikira JUARA, sekiranya memiliki simpanan sebanyak 10,000 UV dan 13 DOWNLINES
    • Selain itu, pemain boleh menetapkan masa untuk bermain dan pemenang dikira pada kiraan UV dan DOWNLINE yang paling tinggi



Anda boleh tonton video ni untuk lebih faham bagaimana bermain Masteria! ini.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki Permainan Masteria! ini, anda boleh lah pergi ke link Facebook kami iaitu Supermom Masteria:

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh melalui facebook kami ini. 




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!