Fakta Penting Ibu Menyusu Patut Tahu Ketika Bulan Ramadhan

Diam tak diam kita sudah menghampiri ke bulan Jun. Apa yang ada pada bulan Jun tu ye? Sudah semestinya kita akan menemui bulan Ramadhan. Tak sabarnya kan nak kumpul pahala banyak-banyak.

Tahun lepas saya mengandungkan anak pertama pada bulan Ramadhan, tengah sarat juga waktu tersebut. 




Masih tidak berpeluang lagi menyusukan anak pada bulan puasa. Saya banyak membaca pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak pada bulan puasa ni. Memang sangat gagah kiranya ibu-ibu ni kan tetap menunaikan tanggungjawab walaupun menyusukan anak.

Walaupun dalam islam ada memberi kelonggaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak iaitu rukhsah untuk berbuka (mengikut syarat tertentu) tetapi adalah lebih baik, ibu yang menyusukan bayi berusaha untuk berpuasa penuh sebulan Ramadhan. 

Memandangkan kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan, saya ingin berkongsi 10 perkara penting yang perlu ibu menyusu tahu ketika bulan Ramadhan ni. Harap dapat memberi dorongan buat para ibu sekalian..

  1. Berpuasa itu sebenarnya TIDAK akan mengurangkan jumlah susu ibu yang seseorang ibu tu hasilkan. Ironinya, susu tetap berkurang walaupun bukan semasa bulan puasa
  2. Magisnya, komposisi susu ibu itu akan mengikut nutrien dan makanan yang diambil semasa ibu itu berpuasa
  3. Walau bagaimanapun, ibu tetap perlu mengikuti diet dan tips-tips pemakanan
  4. Seperti makan nasi, ayam, ikan ataupun daging, sayur dan buah pada setiap kali waktu berbuka dan bersahur
  5. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti the, nescafe dan kopi kerana kafein akan menyingkirkan zat yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh (lebih-lebih lagi sewaktu berpuasa)
  6. Sediakan 2 liter air kosong dalam botol air dan minum sedikit demi sedikit bermula dari waktu berbuka sehingga waktu bersahur
  7. Tambahkan dalam rutin ibu untuk mengepam selama 20 minit sebelum masuk tidur dan 20 minit sebelum/selepas sahur
  8. Jadual mengepam semasa hari siang berlangsung seperti biasa (2-3 jam sekali)
  9. Makan makanan milk booster seperti halba kini dipermudahkan dalam bentuk minuman dan makanan The Milk Story. Amalkan pengambilan air longan, kurma merah dan lobak putih
  10. Sekiranya ibu menyusu mengabaikan diet di atas berkemungkinan besar mereka akan mengalami waktu yang sukar untuk mengembalikan produksi susu ibu


Sangat berbesar hati untuk saya kongsikan dengan anda semua, cadangan yang saya ambil untuk tambah tenaga adalah dengan pengambilan Set Mighty Tripple Gem. Ia memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari kita berpuasa.




Selamat Menyusu Ibu !



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!