Jadual Detoks Tubuh Manusia Sebagai Panduan Mengatur Jadual Harian

Bila sebut perkataan 'detoks' yang terlintas di fikiran kita selalunya proses 'mencuci isi perut dengan sedikit rasa memulas'. Namun, detoks sebenarnya lebih daripada mencuci sekadar isi perut sahaja, sesekali dan secara konsisten, seluruh tubuh kita perlukan proses detoks ini!

Asasnya detoks adalah proses penyingkiran toksin dan kotoran daripada tubuh, dan terdapat beberapa kaedah detoks seperti berpuasa, makan makanan yang ada fungsi detoks, atau biarkan sahaja tubuh kita menjalankan proses detoks tersebut secara semulajadi. Detoks selalunya disarankan sebelum kita nak memulakan sebarang program kesihatan, contohnya sebelum nak mulakan diet kuruskan badan, dan sepanjang program tu kita akan dipantau supaya detoks secara konsisten. Salah satu tujuannya ialah untuk membantu penyerapan nutrien secara optimum ke dalam tubuh badan, jadi barulah nampak kesan positif daripada program kesihatan yang dibuat tersebut.

Okey, itu sedikit asas tentang detoks yang perlu kita ambil tahu. Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, tubuh kita (manusia) ni juga sebenarnya ada menjalankan proses detoks sendiri secara semulajadi. Menurut Dr Oz, TIGA organ utama tubuh yang banyak terlibat proses detoks ini ialah hati, usus dan buah pinggang. Sekiranya salah satu daripada tiga organ ni terganggu fungsinya maka imun tubuh kita secara automatik turut lemah; dan kita mudah diserang penyakit. 

jadual detoks tubuh
Kredit imej carian Google

Perkongsian ini saya ambil daripada wall Facebook sahabat saya, Master Farah Wahida.

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!


👳

Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

(Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud)

🌅
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

(beruntung yg amal bangun subuh)

🚴
7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

⛳📖
9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

(sesuai amal dhuha)

🎑💺

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

🍴

Petang

1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

(sunnah Nabi 'tidur ayam' seketika)

🏫🍌🍊
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

🗾🏊🏊🚵
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

🌇

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

🏡
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

🌆
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

🌃
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Subhanallah.. nampak kan apa jadi sekiranya kita melanggar fitrah dan lumrah kita sebagai manusia? Apa yang saya kongsikan kat atas tu belum lagi secara detail namun inshaALLAH ia amat membantu untuk kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. Rupa-rupanya Allah swt dah siapkan juga panduan semulajadi pada tubuh badan kita sendiri untuk kita atur jadual harian hidup kita. Tinggal kita nak follow aje.

Jadi, jom amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat, bajai tubuh kita dengan nutrisi terhebat kita mampu berikan dan gunakanlah tubuh badan kita ke arah kebaikan. Selamat detoks semua!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan mengenai produk Shaklee? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!