si manja saya tengah tidur tu. so, entry ni saja nak menjawab soalan Miss Q - apa maksud nama Qatrisya?
buat pengetahuan Miss Q, Qatrisya takde maksud pun. yang ada maksud namanya Batrisya.
masa umur icha 6 bulan dalam perut emak dia ni, abah dia jumpa nama Qatrisya. hubby masa tu tengah buat research tajuk yang sesuai untuk thesis PhD dia (dalam bidang telco - project management). so, masa tengah search kat internet, dia jumpa satu sample thesis, yang mana, nama anak kepada orang yang buat thesis tu Qatrisya. terus hubby bagitau saya.
yup! masa tu takde perancangan nama lagi. cuma dalam minda saya, biarlah anak yang bakal lahir tu nama dia bermula dengan huruf awal. macam saya - "H". so, dia akan jadi orang yang cepat dan sentiasa bersedia. reason : cikgu akan sebut nama yang awal-awal dulu kan? ni petua mak dan mak mertua saya bagi. so, saya nak huruf "A".
so, saya terus jatuh hati pada nama Qatrisya. jenuh juga cari maksudnya. saya simple. tak semestinya kena maksud tu dari nama bahasa Arab. kita kenalah berfikir out of the box kan? ilmu ALLAH ni luas. jangan sempitkan otak. asalkan membawa maksud yang indah.
Qatrisya takde maksud.
hubby saya masa buat master ramai kawan dari orang Arab, Iraq.. huhu. so, diorang ada suggested beberapa nama. memang sweet! sayangnya, saya betul-betul dah jatuh hati dengan nama Qatrisya. so, saya firm - "sayang nak nama Qatrisya. cuma kena cari nama kat depan je. huruf "A""
mula-mula saya nak nama Aina. hubby pulak masa tu nak nama ala-ala Tiz Zaqyah. Nur Kasih pun pernah masuk list. macam-macamlah. last-last jadi Alya. cuma berdebat ejaan Alya je masa tu. Aliah, Aliya, Aleeya.. huisssh! keputusan akhir - Alya. senang nak eja kan? sebab nama Qatrisya dah complicated. dahle nama hubby panjang. ahaks!
so, lahirlah nama Alya Qatrisya. Alya means on top, on peak, yang utama, the noble one.. pendek kata, pembawa nama ni didoakan akan mendahului semua orang di sekeliling dia. ameen. itu doa saya dan hubby sampai sekarang. so far, makbul juga doa tu ;-)
pasal panggilan ICHA. hahaha. panggilan ICHA memang dah wujud masa umur dia 7 bulan dalam perut. saya memang plan nak panggil dia ICHA. masa dia keluar pun, doktor tanya nama dia siapa? saya kata ICHA. even masa nak announce kelahiran ICHA kat Facebook, saya takdelah nak bagitau " kelahiran anak kami yang pertama Alya Qatrisya". old-fashioned gitu. saya cuma bagitau " kawan-kawan! finally ICHA HAS ARRIVED!". dan saya terima ratusan ucapan tahniah masa tu sebab diorang tahu siapa ICHA yang saya maksudkan. kecik-kecik dah glamour, tengoklah mak dia siapa kan? kena riak sikit ni.. just kidding (^_^)
so, itulah secebis cerita asal-usul nama si manja saya. personally, nama yang indah dan unik memang penting pada saya. orang senang ingat. even nama saya unik kan - Hadhatina. panggil saya Hada @ Huda which means The Guidance. doktor pun suka puji nama saya sedap...
haiii... nanti anak no 2, 3 ... seterusnya jenuh le nak fikir nama apa.
lots of love,
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!