3 Penyebab Sakit Jantung Selain Keturunan

credit to kak cery~*

Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.
Mengelak atau berhenti merokok terutama ketika umur telah melebihi 35 tahun selain perlu mengambil ubat dan mengawal permakanan agar tidak terlibat dengan penyakit lain seperti penyakit darah tinggi atau kencing manis. Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan anda supaya jangan cepat meradang atau runsing.

Berentilah Merokok!
Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung juga digalakkan memakan daging putih (white meat) seperti daging ayam, ikan, serta mengelak dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau. Senaman yang dimulakan secara beransur-ansur, akan membantu merangsang aliran darah untuk mengalir dengan lebih lancar.

Daging Putih Lebih Berkhasiat
Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kolesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kolesterol yang diserap oleh badan, dengan itu, ia akan dapat mengurangkan kadar berlakunya arthrosklerosis. Bagaimanapun, serat semulajadi juga banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar dan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang juga mampu menyerap kolesterol.

next entry - suplemen untuk jantung yang sihat (^_^)

 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!