Update Icha 5 Bulan

Gumbira!

Icha's latest update (dah ada kat sidebar sebenarnya)

Berat = 8.2 kg
Tinggi = 70 cm

All in all, graf tumbesaran icha dan mencecah 97%. Hampir overweight!!! Tapi paed dia kata " dun worry, it's normal for fully bf baby"

Ahaks! Saya tak risau langsung sebenarnya sebab melihat icha sihat dan tak pernah sakit setakat ni. Alhamdulillah. Mak icha ni je yang tiba-tiba demam setelah setahun lebih tak pernah demam (^_^). Banyak dosa ni... Hehehe

Anyway, semalam icha dapat her 5-months jab ; 5 serangkai dan pneumococcal. Punyalah bijak si debab ni, baru nampak bilik paed dia dah buat muka cuak. Bila saya baringkan dia atas katil, dia dah meronta-ronta. Hahaha! Lepas tu, masa kena cucuk.. Lagila dia jerit sekuat hati macam dia selalu buat kat saya. Alahaii anak omak.. Marah la tu! Hihi..

Saya seperti biasa, untuk hal2 berkaitan kesihatan, takde belas kasihan ok? Janji sihat. Biarlah paed dia cucuk. Nak nangis, nak marah tu lain cerita. Mahal pun mahal lah. Duit boleh dicari. Kesihatan? Macam saya sekarang.. Dah demam pula. Doakan saya cepat sembuh. I nak shopping tudung laaa.. Hiks! Hiks!

Lagi sebulan nak mula solid food. Seronoknya! Saya nak ajar icha ratah sayur. Jangan dok makan ayam daging macam kami semua.. Icha kena cun macam emak dia ni. Auwww! ;-)

Emmm... Nak upload gambar icha kena jab tapi dalam handphone hubby. Dia dok main internet kat handphone tu... Huhu!


Daa~*

lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!