Natural Beauty Dengan Simple Make-Up

Menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa, ditambah pula dengan kandungan yang kian sarat dari sehari ke sehari membuatkan diri terasa malas mahu kelihatan cantik. yang penting, kulit muka bersih dari noda dan jerawat, mahupun jeragat, serta badan yang sihat dan kuat, serta bayi yang dikandung berada dalam keadaan yang cemerlang.

Sepanjang berpantang bersalin, tak pernah sekalipun pencuci muka digunakan. Namun, penjagaan dalaman amat dititikberatkan. Mujurlah diri dilahirkan memiliki kulit yang tidak bermasalah. Dalam usia mencecah 30an, tak cuci muka.. agak-agak semua orang boleh maintain ke?

Namun, jawapan yang diberikan hubby baru-baru ni seakan menyedarkan diri.

" abang, berbaloi ke pergi ke pejabat atau keluar rumah bersolek?"

" berbaloi. cuba sayang tengok datin-datin tu. diorang semua pakai mekap kan? bila pakai mekap, nampak lebih cantik"

Kata emak tak lama dulu

"sekurang-kurangnya pakai gincu supaya tak nampak pucat, dan jaga maruah suami"

Ibu mertua pula memberi pandangan.

" ehh kita kena juga mekap sikit-sikit. bukan apa, barulah muka tu nampak berseri."

Adik ipar pula menyarankan.

" ada kawan un kata muka akak putih sangat, nampak pucat. akak kena mekap sikit"

Aduhh.. sayangnya diorang-diorang ni semua kat saya kan? mengambil berat pandangan dan saranan mereka-mereka ni, saya kembali bersolek. ehhh seronok tau! tapi saya solek simple sahaja buat masa ni sebab saya baru nak berjinak-jinak. jenama alat solek pilihan saya ialah Nutri-Metics (sebab mak mertua saya tokeh Nutri-Metics, ada butik Nutri-Metics di Teluk Intan), Avon, Silky Girl, Maybelline dan Loreal. saya suka mix sebab prinsip saya - kena bijak pilih barang untuk muka dan badan.

Untuk maintain kecantikan kulit dari dalam, semestinya saya konsisten dengan suplemen SHAKLEE.




p/s : Both shawls saya beli dari al humaira' contemporary.. cantik kan shawls tu?
p/s 2 : Mekap dah cair sebenarnya..haha tapi kulit muka saya licin kan? ;-)


lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!