Keburukan Memberi Air Masak Kepada Bayi

Salam semua.. rasanya ramai yang dah tahu pasal ni - keburukan memberi air masak kepada bayi di bawah 6 bulan, tapi saya nak share juga di blog saya ni.

MERENCATKAN

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

PENCEMARAN

Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*


MENGHAKIS

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby's stomach. That's why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali. Ubat jaundis ada DUA shj --> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*

Sumber dari : Buku "Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya" oleh Kumpulan Sokongan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur


harap-harapnya kawan2 aware lah ye ..
 
~ credit to RICH MOM DIARY ~

4 comments:

  1. info yg menarik, tk sudi kongsi

    ReplyDelete
  2. mommy icha...tlglah....bayi saya baru nak masuk 5 bulan, saya berazam nak bg penyusuan susu ibu secara ekslusif pada bayi saya, tp ibu mertua saya selalu berleter klu saya xbagi bayi saya air masak...last2 dia bagi jugak, dan saya xmampu buat apa2....tensionyerrrrrr....

    ReplyDelete

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!