Jom ke Medan ( 15-18 April 2011) : Bahagian 1 (Persediaan)


Alhamdulillah, berjaya juga saya allocate masa untuk berkongsi pengalaman saya dan keluarga ke Medan baru-baru ini. Dulu, saya janji nak kongsi pengalaman kami sekeluarga bercuti di Melbourne, namun tidak punya kesempatan. InshaALLAH, jika ada kelapangan, saya usahakan ya! Smile
Trip ke Medan telah dirancang sejak bulan Ogos tahun lepas (2010) lagi. Hubby memang rajin sangat buka website Air Asia untuk tengok promosi terkini, lebih-lebih lagi time ZERO FARES punya promosi! Hihi! Alhamdulillah .. ada a few trip ke overseas yang hubby berjaya booked. Bersyukur sangat-sangat, sejak mengandung, jenuh jugalah saya follow hubby merata. Malaysia ni tinggal Sabah & Sarawak je belum lepas lagi. Icha ni dari belum habis pantang dah dibawa naik feri kat Penang nun .. (budak lasak)
So, setelah kami berjaya booked tiket ke Medan, makan bermulalah proses untuk mengenal Medan. Hubby yang rajin sebenarnya. Dia membaca segala pengalaman dan tips di internet, bertanya kawan-kawan yang rajin ke overseas dan finally, dua bulan sebelum ke Medan, he came out with an itenary untuk trip ke Medan tu.
Taraaa! Siap gambar lagi kan?
2011-04-21 23.28.22
Kiranya hubby buat persediaan rapi jugaklah. Tapi, kat hujung-hujung trip tu ada juga berlaku kesilapan. Hehehe. Itu korang kena tahu lepas dah habis baca semua ni lah ye? Winking smile
Kami tidak menggunakan khidmat travel agency kerana selain mahu menjimatkan perbelanjaan, kami juga tidak mahu terikat dengan schedule yang pack. Teman-teman yang biasa travel juga dah pesan macam tu, lebih mudah berjalan sendiri. Cuma kalau boleh, kita rancang terlebih dahulu. Lagipun, bahasa Indonesia mudah difahami, kalau sesat pun masih senang nak berkomunikasi Open-mouthed smile
Saya telah diingatkan oleh hubby untuk allocate duit setiap bulan untuk simpanan travel. Bukan untuk yang Medan ni je tau .. semua tempat yang kami lawati. Mujurlah bisnes SHAKLEE saya agak memberangsangkan, alhamdulillah, saya memang dapat allocate wang untuk semua yang dipesan hubby, termasuk berlibur. Yelah, surirumah dapat duit nak belanja apa pun kan? Tapi, hubby lebih teliti, siap buat jadual dalam Ms Excel untuk track savings dia he he he
So, ke mana kami ya di Medan?
Trip ke Medan bukan di Medan sahaja ya? Sebenarnya, weekend yang kami pergi ni tak cukup untuk lawat habis pun. Tak puas. Mendengar cerita kaum Batak yang menarik dengan simbol payudara lambang kesuburan, orang makan orang, gunung berapi meletus, Danau Toba tasik terbesar dunia yang indah namun menakutkan, malam sejuk tanpa aircond di Pulau Samosir, cerita mayat pemilik hotel di Medan yang dibalsamkan, kisah istana Maimon dan kerabat dari Kuala Kangsar, keindahan Berastagi, shopping di Pasar Buah dan sebagainya yang sangat-sangat lah BEST!
Jika anda peminat sejarah, sukakan keunikan dan keanehan, Indonesia memang tempatnya Smile
InshaALLAH akan saya ceritakan ..
Yang pasti, trip ke Medan ini adalah hadiah harijadi ke 29 yang istimewa buat hubby.
Juga, sebagai memenuhi impian emak yang sangat mahu ke Medan.
Juga, hadiah buat Dr Nurul Hidayah Noryatim.
.. dan pengalaman indah buat kami semua (8 orang)
Tunggu ya kawan-kawan!
volcano-sinabung
Gunung Berapi Sinabung Smile

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!