Pengalaman Bersalin Icha | Bahagian 4

Sambungan dari entry sebelum ni.

PERJUANGAN ITU



Now, masa yang saya dan hubby tunggu2 selama hampir 10 bulan dah tiba. Part nak deliver baby Icha ni actually tak banyak yang saya ingat coz saya memang tumpu nak 'keluarkan' baby Icha dan berdoa supaya kesakitan ni segera berakhir.



Hubby sentiasa ada kat tepi katil, dekat dengan kepala saya, sebelah kanan. sepanjang sakit tu, saya asyik pegang tangan hubby je. Kadang2 saya pandang muka dia. Ada masa saya nampak muka dia macam risau.. kadang2 dia senyum kat saya. Sambil tu hubby terus bagi kata2 semangat kat saya, suruh saya jadi kuat..



"tak lama je lagi yang.."



Sambil tu Dr Karamjit dan misi tu terus bantu saya nak keluarkan baby Icha. Saya dah tak rasa apa2 time tu kecuali penat dan mengantuk (memang saya benarkan diorang dripped ubat tahan sakit kat saya time tu).



Yang kuat dalam memori saya, Dr Karamjit suruh saya push kuat2, macam marah orang (siap kutuk saya cakap saya ni memang tak pernah marah orang huhu). Then, saya ada dengar hubby jerit "Sikit je lagi yang!" maybe time tu dia dah nampak kepala baby.



Tapi saya memanglah tak kuat langsung push. Even contraction pun saya dah tak tahu nak beza sampai misi kena bantu (dia tekan kat area rahim saya, bila keras means contraction, then time tu saya kena push). Last2 saya dengar Dr Karamjit cakap dia akan bantu saya. Maybe time tula yang dia pasang alat vacuum tu.



Kali ni, sorang lagi misi dipanggil untuk bantu bagi semangat kat saya. Total 4 orang dalam labour room tu. Misi india kat sebelah tak habis2 suruh saya mengucap (sebab saya dah jerit " tak larat dah!"). Misi muda dan hubby lak dok cakap "kuat lagi...sikit lagi je"



Aduuhhh... time tu boleh tak saya terfikir napelah saya gatal2 pi shopping petang semalam? Kan dah lemah macam ni? Finally, push punya push, keluarlah kepala si baby Icha (entah berapa kali agaknya ya saya push?)



"sikit lagi yang..kepala dia dah keluar dah"



Time tu, hubby dah excited sangat. Saya tahu sebab saya sempat toleh kat dia. Senyum laki aku ni rupanya. Tengok hubby yang excited macam tu, terus saya bersemangat. Saya push sekuat yang mungkin. Masa tu saya fikir koyak pun koyaklah janji anak saya selamat. Takut pulak saya kalau baby Icha tersekat tak keluar badan.



Alhamdulillah. Akhirnya tepat jam 8.15 am (jam labour room) ; 8.20 am (jam hubby).. baby Icha selamat dilahirkan. Hubby yang potong tali pusat anak dara dia. Mula2 dia senyap je terlepek atas perut saya. Then, dalam less that seminit kami dengar tangisan baby Icha yang funny tu! Hahaha.. sampai sekarang dia menjerit macam tu. Jerit tak keluar suara.



Tak lama lepas tu, saya kena teran sekali lagi untuk keluarkan uri lak. Alhamdulillah.. uri keluar elok aje. Aaya sendiri tak perasan. Then, hubby kena keluar kejap sebab Dr Karamjit nak mulakan sessi menjahit. Betul kata orang, time kena jahit ni dah tak rasa apa2 dah. Pada saya, time bersalin tu taklah sakit mana (syukur) tapi time contraction tu.. memanglah tak terkata sakitnya. Macam sakit kena senggugut yang teruk sampai menonggeng2 tu tapi korang ada perut yang sangat besar nak dijaga. 


MY BABY



Lepas kena jahit, saya ditinggalkan bersama baby dalam labour room tu. Lama juga. Cuma yang saya kesal, saya tak gunakan masa tu untuk bf baby Icha. Sebabnya saya sendiri tertidur time tu. Misi ada tanya samada saya nak bf, saya just cakap ye. Then, misi tu pun  ada check B saya memang dah ada kolostrum.



Dalam pada mamai2 tu, saya tengok aje baby icha terbaring kat depan saya. Misi dan Dr Karamjit tak habis2 puji baby Icha comel dan besar (uri pun besar). Tiba2 diorang jerit2 pada saya bagitau yang baby Icha hisap jari. SO CUTE! dr karamjit tanya mana hubby saya. Saya cakaplah tak tahu.. (disebabkan jawapan saya tu, Dr Karamjit mengomel kata hubby saya suka hilang kekeke). Then, dia suruh misi pergi cari hubby saya. 



Tak lama lepas tu hubby pun sampai.. senyum-senyum je, orang tengah bahagia lah katakan..Then, misi tu bagitau hubby pasal baby icha yang tengah buat aksi cute tu, and suruh hubby snap her picture. Urrghh! Comel banget gitu!!



Hubby then temankan saya sekejap. Kami posing2 dengan baby Icha. Officially 'emak' dan 'abah' gitu. How sweet kan? Sekejap aje masa berlalu.. tak lupa juga, syukur ke hadrat ALLAH SWT sebab permudahkan semuanya. Alhamdulillah..



Hubby sempat cerita time saya tengah mamai2 tu. Dia gembira sesangat masa kepala baby Icha dah keluar.. vacuum la tapi.. kata hubby, kepala anak kami ni kena tarik dengan sejenis alat yang rupanya macam picagari, siap kena pusing2 lagi. Aduhh! Ngeri saya dengar hubby cerita tau! Tapi yang menariknya, dapat je kepala lepas keluar, baby Icha dah kenyit2 mata dan mata buka sebelah2.. Hik! Sukanya! Teringat kata orang tua2... budak kalau lahir2 dah buka mata maknanya budak tu cerdik.. moga2 benarlah ye? Icha mesti lagi cerdik sebab baru dapat keluarkan kepala, badan kat dalam perut saya lagi dah sibuk buka mata.



Alhamdulillah. Selesai sudah empat entry saya, Pengalaman Bersalin Icha, takkan saya lupa sampai bila-bila inshaALLAH.



Doa saya, semoga Icha membesar menjadi anak yang sholehah, yang menceriakan hidup saya dan suami, dan menjadi inspirasi untuk kami berdua. Ameen.


5 comments:

  1. adha...baca stori awk,mcm terasa blk sakit bersalin tu...huhuhuh

    ReplyDelete
  2. saya tak merasa semua tu...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. mas,

    dah bersalin ke? nanti kita update pasal berpantang tu tau..

    ReplyDelete
  4. aju,

    haaaa~ tengoklah nanti adik aween kan? aju kena rest berapa tahun before aween dpt adik ek?

    ReplyDelete
  5. kena rest 2 thn kot..tapi saya nak cuba mengandung balik lepas aween dah pandai nak berjalan...

    ReplyDelete

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!