Saya baru aje lepas bf icha. Now ni, icha
tengah menyanyi2 nak menidurkan dirinya. Kenyang perut suka hati lah tu. Mana
taknya, dapat nenen dari dua2 belah b emak dia.
Alhamdulillah..berjaya juga saya bf icha
tanpa campur fm. Walaupun masa awal2 icha diberi fm sebab saya dah exhausted
sesangat lepas delivered. Saya try juga nak bagi susu badan first day tu (minta
tolong misi), tapi icha refused time tu. Kenyang baru lepas dapat fm.
Masa awal2 kat rumah mil pun, ada gak 2, 3
kali bagi fm. Sebab diorang kata icha lapar, susu badan saya tak cukup. Tapi,
lepas2 tu icha sendiri tolak botol..nak juga nenen dengan saya walaupun time tu
susu matang belum banyak. Melecet jugalah nipple time tu, tapi saya kuatkan
semangat. Kalau orang lain boleh, apasal saya tak boleh???
Alhamdulillah..icha sendiri nakkan susu
mak dia, sampailah ke saat ni..
Personally, selain daripada reasons yang
susu ibu adalah susu terbaik di dunia buat bayi (provided mmmg ibu tu tak
mampu sesangat, then dia bagi fm tu citer lain..so, saya tak kutuk ibu2 yang
terpaksa bagi fm kat baby diorang), saya memang dibesarkan dalam keluarga yang
memang anak2nya 100% minum susu ibu..direct-feeding lagi! Orang itu ialah emak
saya sendiri.
Saya teruja sangat nak bf baby sebab emak
bagitau yang saya je banyak minum fm ni sebab masa tu emak muda lagi, so dia
'geli'. Haha..kelakarlah. Nasib baik jadi budak pandai juga kan? Tapi adik2
saya semuanya fully bf dengan emak. Atas reason ni lah, saya memang nak bagi
anak saya susu badan saya sepenuhnya, sebab saya tak dapat peluang tu. (lepas
tu adalah dapat juga)
Reason kedua, adalah reason2 yang selalu
kita jumpa di mana2 dan sering diperkatakan orang. Tak perlu kot saya retype
kat sini, korang surf kat internet. Banyak. Tapi, nak kata baby minum fm tak
pandai, ada gak saya tak setuju. Saya ni walaupun tak banyak dapat susu emak
saya, tapi masa kecik2 otak saya memang cerdas.
Jangan tak percaya, umur 5 tahun saya dah
pandai membaca buku. Dah tu, kejap aje emak saya ajar, siap pegang rotan lagi,
dan saya demam lepas tu. Tapi, baik aje demam terus saya ingat semua yang emak
saya ajar. (emak masa tu baru umur 24 - 25 tahun kot). Lagi satu, saya khatam
mengaji quran masa umur 7 tahun. Siap abang sedara saya yang naik quran sebelum
saya pun kalah dan dia mengaji pun tersekat-sekat. So, pandai tak pandai anak
ni, selain dari faktor susu tu, tengok macam mana cara emak abah dia ajar juga.
Apapun, i really enjoy this moment..this
bf experience. Inshaallah, saya akan bf icha sampai umur dia 2 tahun, ameen.
Lagipun, dapatkan save duit susu kan? Babah icha kena beli makanan berkhasiat
untuk isteri tercinta aje. Kalau icha terjaga malam pun, babah dia tak bangun
pun takpe..susu dah ready.
"ya allah...permudahkanlah segala
urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah
perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah engkau
syariatkan...amin..."
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!