Sambungan dari entry sebelum ni.
CONTRACTION 2
Lebih kurang pukul 3.20 am saya terjaga terus. Memang time tu dah start sakit giler2 punya. Before tu pun, adalah saya terjaga2 dan merengek2 kat hubby pinggang saya sakit sangat2. hubby pulak tanpa disuruh2, terus je ambil minyak dan urut2 pinggang saya.
Masa saya terjaga tu, rasa nak terkencing lagi. Saya memang malam tu 7,8 kali dok pergi toilet buang air kecil. Yelah, baby dah ke bawah sangat kan? Sejuk lagi kat bilik tu. So, masa saya nak bangun dari baring tu (nak duduk sebab nak turun katil).. Pop! Saya rasa mcm ada something pecah kat 'bawah' tu. Terus saya menjerit. Un (adik ipar) tanya kenapa? Saya cakap rasa mcm bocor. So she asked me to check samada ada darah or tak.
Saya ke toilet tengok memang banyak gila darah keluar. Huh! Seriau betul rasanya. Saya syak juga ketuban leak / pecah sebab saya terasa macam ada benda pecah aje tadi.
Then, dalam pukul 4.00 am Dr Karamjit datang check. Saya bagitau yang saya sakit sangat and ada keluar darah. She checked my cervic and told me that baru buka 3 cm. Huh? Sakit cenggitu 3 cm je. So, saya kena tunggu lagi. At least 6 cm baru boleh masuk labour room.
So, sementara menanti 'jalan nak terbuka luas' tu, terpaksalah saya tahan je sakit contraction tu. Nah kau! Nak sangat rasa sakit kan? Tapi, saya memang puji habis hubby malam tu, saya merengek satu nafas pun dia boleh terjaga dan cepat2 urutkan pinggang saya. Tq dear hubby, tak pernah terfikir hubby se'caring' tu selama ni.
Sepanjang2 tu, misi sentiasa datang check... CTG, bp, temperature.. saya lak dah sampai tahap menonggeng tahan sakit. Misi tu siap pesan suruh istighfar banyak2, zikir banyak2 dan juga mengucap banyak2. Walaupun misi tu non-muslim, tapi nilah kelebihan UMRA, dia treat cara Islamic. Untuk kurangkan sakit, diorang suruh saya mengiring. Yeap! memang mengiring supposed to lessen the pain... tapi, saya rasa nak tercabut dah perut saya sakit time tu.
LABOUR ROOM
Saya selalu berdoa supaya baby Icha lahir waktu pagi. Yelah, pagi kan sejuk? Kalau boleh time subuh tu dia keluar. Tapi, menjelang Subuh doktor lak tak sampai lagi. Dr Karamjit datang lepas selesai hubby dan Un solat Subuh.
Masa ni saya dah lemah gila. Lembik. Kepala pun pusing. Pandangan pun gelap aje. Masa tu saya cuma berdoa supaya cepat masuk LR nak bersalin cepat-cepat.
Alhamdulillah.. masa tu dah pun buka 6cm. So, dengan kerusi roda, saya dibawa ke labour room. Nervous? Entahle... saya excited dalam kelembikan tu. Saya harap baby Icha cepat2 keluar. Masa tu dalam 6.30 am kot... or dekat2 pukul 7.00 am.
Hubby ikut sekali, of course. masuk je dalam labour room, saya disuruh berbaring dan rehat sementara tunggu doktor tiba. Time tu nak naik katil pun tak larat dah rasanya, perut memang rasa nak tercabut sangat dah.. huhu!
Mula-mula hubby ada dengan saya, tiba-tiba saya tengok dia hilang. Aaya tanya kat misi tu mana pergi hubby saya? Dia kata pergi breakfast. Rupa2nya saya dijangka bersalin dalam pukul 11.00 am macam tu, so diorang suruh dia pergi breakfast dulu. Yelah..selama hubby menemani saya malam tadi tu, selama tu jugalah dia pun tak makan. Un dah balik rumah sebab nak tunggu family (mertua saya) sampai pagi tu katanya.
Tak lama lepas tu, Dr Karamjit pun masuk. Dia check bukaan rahim saya lagi. Alhamdulillah! Dia kata kejap lagi saya bersalin la ni. Saya dah tak dengar berapa cm dah terbuka laluan nya time tu, tapi i was so darn excited! Bukan apa, sakit contraction lagi, saya sendiri lak dah lemah sesangat.. dunia memang terasa gelap je (korang imagine macam korang baru lepas jawab exam final paper last di mana korang tak tidur langsung the night before). Tapi, sekarang masa untuk berjuang!
Dr Karamjit tanya mana hubby. Saya geleng aje sebab suara pun tak tak larat nak keluar. Then, dia suruh misi yang ada kat situ call hubby. Tiga, empat kali jugalah call baru dapat. rupa-rupanya hubby sempat balik rumah .. tapi saya bagitaulah rumah kami dekat aje. So, sementara tunggu hubby sampai tu saya dah menggelupur menahan sakit. Sampai rasa nak je bagitau doktor tak perlu tunggu hubby.
Saya ingat lagi kata doktor masa tu, saya dijangka mudah bersalin sebab baby tak besar :))
Bersambung.
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!