Hikmah Icha Colic


Foto kami sekeluarga masa checked-in kat Vistana Hotel Penang petang rabu lepas. apabila saya tengok gambar ni banyak2 kali, macam tak percaya pulak budak kecik tu dulu duduk dalam perut saya.. macam tak percaya juga yang saya ni dah jadi ibu..ya  ALLAH, semoga saya dapat didik anak(2) saya ni dengan baik dan mengikut syariat ALLAH.

colic icha belumlah okey sepenuhnya, tapi nampaklah surut juga. yang paling penting, saya memang kena berhati-hati memilih makanan. apa yang saya makan, itulah juga yang icha makan. kalau saya rasa perut saya kurang selesa, icha lebih2 lagi tak selesa. bila icha sakit, sampai saya buntu nak buat apa..saya pun turut sama menangis dengan anak saya ni. kesian kan tengok anak kita menderita sebab kecuaian kita?

malam kelmarin, icha diserang colic. siang tu okey je sepanjang perjalanan ke penang. tapi, start pukul 9 malam, icha dah buat hal. lepas nenen, dia takmo tidur. nak kata icha lapar, sampai muak2 dan sedawa dia dah. lepas nenen sebelah B, icha tertidur jadi saya letaklah dia. tak sampai 5 minit tidur, icha bangun merengek2 dan marah2 (sambil mata dia pandang je muka saya). so, saya angkat dan kasi nenen sebelah lagi. perkara yang sama saya ulang sampai pedih saya dibuatnya.

akhirnya, saya barulah perasan perut comel anak saya tu sangat keras. jenuh saya urut, tapi anginnya takmo keluar. icha still merengek nak melekat dengan saya. lama2 saya pun menangis sebab rasa sedih sangat tengok mata icha yang pandang saya. seolah2 icha cakap " mak tolonglah icha..sakit sangat perut ni"

tak lama lepas tu hubby pun balik (saya suruh hubby joined kawan2 dia makan kat luar malam tu). sebelum tu saya dah sms hubby bagitau icha mengamuk. so, hubby balik2 aje terus hidupkan iron dan  dia tuamkan perut icha. saya pulak urut2 perut icha dengan minyak telon.

icha still tak buang angin. tapi dah diam lah..cuma tak berapa lena tidur - merengek2. saya memang tak tidurlah bila icha dah sakit macam ni (semua emak akan jadi macam ni kan?). then, agak dalam sejam lebih lepas tu, icha merengek2 dan berjaya juga dia buang angin (kentut). syukur sesangat.

lepas tu barulah saya berani nak tidur.


gambar yang ni pulak saya snapped petang semalam. lepas saya buat massage untuk colic baby kat icha (saya cari kat youtube). happy je kan muka dia? perut pun tak keras dah time ni. masa ni icha tengah borak2 dengan saya hehehe (icha ni bukan macam saya yang pendiam, mulut dia memang bising macam babah dia)

alhamdulillah, pagi tu perut icha dah okey. sepanjang hari saya tinggal dengan icha dia langsung tak meragam. tu yang saya sempat cari kat internet pasal cara nak urut perut baby yang colic ni. seronok sangat tengok icha tak sakit. icha just bangun untuk nenen dalam 2 jam sekali (dia terjaga sendiri).

semalam pun, B saya full je sampai keras gila dan saya terpaksa perah masuk dalam gelas. agaknya betullah sayur peria tu banyakkan susu ekk? dahlah tu, saya bawa bekalan air soya. syukur alhamdulillah. nampaknya, jadi housewife pun saya kena buat juga stok EBM nanti.

so, hikmahnya icha kena colic
  • saya belajar jadi lebih sabar, ingat dalam hati yang anak tu amanah dari ALLAH
  • naluri keibuan makin kuat
  • saya dapat jaga kesihatan ; memandangkan icha ni fully bf so saya kena sihat supaya icha pun sihat
  • ilmu bertambah (saya tahu cara nak handle budak yang colic, inshaALLAH)
  • hubungan saya - suami makin erat sebab sama2 usaha nak hilangkan sakit icha
  • hubungan saya - icha - hubby juga makin erat =)

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!