Baby Icha Ikut Muka Siapa?

kekekeke! saya menang! hoyeii..!

sebab apa saya menang? muka icha ikut muka saya ke?

oh tidak! semestinya ikut muka babah dia - comel tapi serius (saya tengok kawan2 saya yang baru dapat baby asyik upload muka baby diorang senyum). icha ni selalu je senyum tapi saya tak pernah terfikir nak ambil gambar dia time senyum tu. lupa sebab baby sendiri yang senyum..kalau baby orang lain, memang saya sibuk nak snap gambar diorang. hehe.

semalam saya dok usha album lama saya..tengok2 gambar saya time baby/ kanak2. biasalah anak sulung ni memang banyak gambar kan? jenuh le saya tengok icha ni tang mana yang ikut muka saya. last2 saya perasan hidung dia ikut saya (kecik comel je, kalau ikut hubby besar wakakkaka!) ; and mulut dia ikut  mulut saya..yang ni hubby dah lama perasan  sebab icha ada habit macam saya - suke moncong2 mulut dan gigit bibir bawah (owh! patutle bibir bawah saya macam angelina jolie..asyik kena tarik dengan gigi atas).

tadi pulak, lepas saya tidurkan icha..hubby panggil. (suka sangat bila icha tidur, dapat le saya nak peluk2 kekasih hati saya ni hehe). hubby tunjuk muka dia time baby. oh my goodness! memang sah anak abah si icha ni. nanti saya upload gambar kami bertiga ok?  cumanya hubby ni lagi debab le..yerla, dah campur genetik saya, mestilah kurang sikit debabnya. somemore, icha ni perempuan, tak molek la debab2 sangat pun..banyak sangat kain nak guna buat baju nanti haha (nasiblah dapat emak beauty-concious)

PERKEMBANGAN ICHA
* sejak dah gained umur sebulan ni, icha dah makin garang..suara pun dah makin kuat bila mengamuk
* dah pandai menangis sampai keluar airmata kalau dia panggil saya/ hubby tapi kitorang buat tipu2 takmo layan dia..notty la ini budak botak comel!
* pandai sangat bersembang. siap sengih2 lagi (in other word - cara baru bodek nak nenen)
* dah tak menangis time mandi walaupun sebelum mandi belum dapat upah susu..kekeke! kalau tak dulu kena upah dulu baru mandi tau..
* masih tak dapat bezakan siang malam - siang tidur, malam berjaga. adoyaii..macam lagu nenek2 so bongkok tiga kan?
* still menyanyi2 time nenen (tak percaya tanya member saya Farhana)
* suka naik kereta
* saya nak ajar dia meniarap, tapi dia marah saya lak tiarapkan dia..nak meniarap kena atas riba saya je baru senyap dan gumbira
* bila bersin, automatik akan keluarkan suara kecil seolah icha cakap 'alhamdulillah'. agaknya dah terbiasa dengar saya sebut 'alhamdulillah' tiap kali dia bersin
* sangat suka tidur atas ribaan babahnya
* suka tengok tv (especially rancangan CBEEBIES)

wah! seronoknya jaga baby (walaupun masa tidur dah berkurangan, tapi saya puas hati..lagipun icha membesar masih dengan 'darah' (susu badan) saya)

p/s : nanti saya upload gambar ekk? (^_^)

daaa~*

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!