Setiap wanita hamil memang memiliki komplikasi kehamilan yang tersendiri. Masalah obesiti ketika hamil antara yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita. Obesiti boleh meningkatkan kadar risiko dalam komplikasi kehamilan individu. Semakin tinggi kadar obesiti individu, semakin tinggilah kadar risiko yang bakal dihadapinya.
Musim perayaan ini mendedahkan wanita hamil kepada pelbagai jenis makanan yang manis, masin dan berlemak. Tanpa kawalan yang betul, ia menambahkan lagi risiko bagi wanita yang berpotensi untuk mengalami obesiti ketika hamil. 

Jika anda mengalami obesiti banyak risiko yang perlu ditanggung sama ada ketika hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin. Antaranya adalah seperti berikut:

Ketika hamil
*Gestational Diabetes.
*Tekanan darah tinggi.
*Tanda-tanda abnormal kepada tumbesaran, perkembangan dan kesihatan umum bayi.
*Sleep Apnoea iaitu masalah pernafasan terhenti untuk seketika sewaktu sedang tidur.

Ketika bersalin
*Sukar untuk melahirkan.
*Shoulder Dystocia - Bahu bayi boleh tersangkut sewaktu melalui proses kelahiran.
*Kesukaran untuk memantau denyutan jantung bayi.
*Kesukaran untuk menyediakan ubatan bersesuaian bagi mengurangkan rasa sakit sewaktu melalui proses kelahiran.
*Meningkatkan risiko untuk kelahiran normal selepas kelahiran menerusi pembedahan dijalankan sewaktu kelahiran bayi yang sebelumnya.
*Memerlukan kaedah kelahiran menerusi pembedahan kecemasan.
*Meningkatkan risiko komplikasi selepas pembedahan.

Selepas bersalin
*Meningkatkan risiko jangkitan pada luka.
*Meningkatkan risiko darah beku (lazim berlaku selepas kelahiran menerusi pembedahan).
*Mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.

Tips Untuk Mengekalkan Berat Badan Semasa Hamil


Cara terbaik yang boleh anda lakukan ialah makan dengan sederhana. Anda disarankan mengambil kira-kira 2,000 kalori sehari. Anda tidak perlukan lebih daripada itu hinggalah tiga bulan terakhir kehamilan, di mana anda perlukan 200 kalori tambahan sehari. Anda boleh mendapat 200 kalori tambahan itu daripada contohnya, sekeping roti bakar dengan kacang panggang atau semangkuk bijirin bijian penuh dengan susu separa-skim.

Untuk makan dengan sihat, makanlah makanan daripada kumpulan makanan berikut:

Roti, pasta, kentang, nasi dan bijirin (karbohidrat). Lebih baik jika anda makan bijian penuh seperti beras perang serta pasta dan roti daripada bijian penuh. Cuba pastikan makanan berkanji ini memenuhi satu pertiga daripada apa yang anda makan setiap hari.
Buah-buahan dan sayur-sayuran, sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari. Ini seharusnya memenuhi satu pertiga lagi daripada apa yang anda makan setiap hari.
Protein, seperti daging (tetapi bukan hati), ikan, telur dan kekacang.
Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju. Versi rendah lemak adalah pilihan yang baik jika berat badan anda berlebihan.
Anda tidak perlukan makanan atau minuman yang tinggi kandungan lemak atau gulanya seperti biskut, kek atau minuman berkabonat. Walau bagaimanapun, tidak salah jika anda mengambilnya sekali-sekala dalam jumlah yang kecil.

Ingat, anda tidak perlu makan untuk dua orang. Jika berat badan anda bertambah terlalu banyak semasa hamil, sukar untuk menurunkannya selepas bayi anda lahir.
Dan jangan lupa bahawa ia bukan hanya mengenai makanan! Senaman baik untuk anda semasa hamil dan boleh membantu anda mengekalkan berat yang sihat.Supplement yang bagus untuk ibu hamil mengawal berat badan ialah ESP & OMEGA




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.

Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti: 

  1. gastroenteritis 
  2. pneumonia dan bronkolitis 
  3. jangkitan salur kencing 
  4. ekzema 
  5. jangkitan telinga



Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, kadar kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.


Dalam meniti tempoh ini, anda tentu sahaja memerlukan beberapa kelengkapan asas dan peralatan sokongan dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu. Paling penting, kebanyakan kelengkapan yang perlu disediakan ini merupakan pelaburan di masa akan datang, memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup.



Pam

Tidak kira sama ada pilihan pam anda ialah manual, beroperasi menggunakan bateri atau elektrik, para pakar laktasi mengesyorkan agar ibu-ibu menyusu menggunakan pam yang boleh mengendalikan dua buah corong payu dara bagi membolehkan anda melakukan pengepaman berganda dalam satu-satu masa.
Jenis mahupun jenama pam pula terpulang kepada keperluan dan keupayaan ekonomi masing-masing. Namun, aspek penting untuk dititikberatkan dalam membeli pam payu dara ialah jenis pekerjaan anda. Anda perlu selarikan ia dengan keperluan diri yang mungkin perlu kerap bekerja di luar kawasan atau hanya bekerja sepenuh masa di pejabat. Oleh itu, buat tinjauan menyeluruh terlebih dahulu sebelum membeli pam yang diinginkan.
Antara ciri-ciri pam yang baik perlu anda ketahui ialah ia mampu mengumpul stok perahan susu ibu dalam kuantiti yang banyak dalam masa singkat, harganya berbaloi bersesuaian dengan spesifikasi rekaan, mudah dibawa ke mana-mana dan mempunyai jaminan daripada syarikat pengeluarnya. Anda juga boleh tangan untuk memerah susu menggunakan teknik Marmet. Namun, kaedah ini memakan masa dan tidak efektif untuk anda yang berkerjaya.

Botol

Pada masa kini, terdapat banyak botol yang bebas BPA dalam jenis standard dan berleher lebar. Seelok-eloknya dapatkan botol yang bersaiz 5oz untuk kegunaan sewaktu mengepam susu. Ia lebih senang dikendalikan kerana mudah untuk anda memegangnya ketika mengepam.
Dalam pada itu, kebanyakan pam yang ada di pasaran mempunyai adaptoryang boleh memuatkan kedua-dua jenis botol standard dan leher lebar dengan pam. Jadi, tiada masalah jika anda memilih untuk menggunakan sama ada botol jenis standard atau leher lebar.

Bekas penyimpanan susu ibu

Selain daripada pam, pemilihan bekas penyimpanan susu perahan yang baik sangat penting. Sama ada bekas itu botol atau beg plastik, pastikan ia bebas BPA. Walau bagaimanapun pada masa kini, ramai yang gemar menggunakan plastik steril untuk menyimpan perahan susu ibu. Hal ini kerana ia mampu menjimatkan lebih banyak ruang berbanding penggunaan botol plastik.

Beg pendingin

Tidak kira beg pendingin bersaiz besar, sederhana atau kecil, anda perlu memastikan ia mempunyai kualiti penebat dingin yang berkualiti agar berupaya untuk menempatkan perahan susu ibu anda sepanjang berada di pejabat sebelum pulang ke rumah.

Pek ais

Apabila memiliki beg pendingin, sudah pasti anda memerlukan pek ais. Hal ini bagi membolehkan susu yang telah diperah dapat bertahan lama ketika disimpan di dalam beg pendingin. Pek ais yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan anda menyimpan susu ibu perahan dalam tempoh yang lama. Biasanya tiga pek ais diperlukan untuk dimuatkan di dalam beg pendingin bersaiz sederhana. Jika beg pendingin anda bersaiz besar, anda mungkin memerlukan lebih daripada itu.

Poncho menyusu

Anda memerlukannya ketika mengepam di pejabat bagi mengelakkan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum dapat dilihat oleh khalayak. Malah, poncho ini juga dapat anda gunakan ketika keluar bersiar-siar bersama bayi. Ia akan digunakan untuk menyusukan bayi di kawasan awam. Dengan mendapatkan poncho menyusu, anda dapat memakainya untuk dua kegunaan yang berlainan.

Pakaian menyusu

Pakaian yang bersesuaian buat diri anda akan memudahkan proses penyusuan dan juga pengepaman payu dara. Oleh yang demikian, dapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruang bukaan tertentu bagi membolehkan anda menyusu atau mengepam dengan selesa.
Sebenarnya terdapat bermacam-macam jenis bukaan menyusu seperti yang terdapat kepada koleksi pakaian menyusu yang ada di pasaran. Setiap bukaan menyusu berkenaan mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Apa yang paling penting ialah anda perlu mendapatkan pakaian menyusu yang dapat memberi keselesaan kepada diri anda sendiri dan bayi juga.
Ada juga segelintir ibu menyusu yang memilih untuk menggunakan pakaian sedia ada dalam koleksi masing-masing tetapi menggunakan poncho menyusu untuk menutup bahagian tertentu. Malah anda juga yang selesa menyarungkan pakaian yang mempunyai butang di bahagian hadapan.

Bantal menyusu

Bantal ini penting untuk kegunaan awal selepas kelahiran bayi sulung. Memandangkan anda mungkin kekok untuk menyusu, jadi bantal ini dapat membantu. Malah ia juga penting untuk dimiliki anda yang bersalin secara caesarean. Bantal ini bagus kerana membolehkan anda dan bayi mengekalkan keselesaan yang optimum  sepanjang proses penyusuan. Anda hanya perlu meletakkan bayi dalam posisi yang betul ketika menyusu. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kesakitan dan tekanan yang dialami di bahagian belakang tubuh, leher, lengan dan bahu.

Peti sejuk dingin beku

Sekiranya memasang impian untuk menyusu lebih daripada enam bulan dan sekurang-kurangnya dua tahun, adalah lebih baik jika anda mendapatkan sebuah peti sejuk dingin beku yang bersaiz kecil. Langkah ini penting untuk membolehkan anda menyimpan stok perahan susu ibu. Ruang dingin beku, peti sejuk sedia ada mungkin tidak mampu memuatkan stok simpanan perahan susu ibu anda kelak. Apatah lagi perkongsian ruang antara bekalan susu ibu dengan bahan-bahan mentah seperti ayam, daging lembu dan ikan berkemungkinan mendedahkan stok anda kepada bahan-bahan tercemar sehingga boleh mencemarkan kualiti susu.

Pad payu dara

Produk ini penting untuk dimiliki bagi membolehkan lelehan susu ibu dapat diserap dengan baik. Paling penting ia dapat mengelakkan pakaian anda daripada basah ataupun kotor dengan kesan tompokan lelehan susu ibu.

Coli menyusu

Sepanjang proses penyusuan, pastikan anda memiliki beberapa helai coli menyusu yang mempunyai daya sokongan yang baik. Sebaik-baiknya dapatkan coli yang diperbuat daripada bahan yang lembut seperti kain kapas. Hal ini kerana ia lebih selesa berbanding jenis sintetik. Dalam pada itu, adalah diingatkan agar anda tidak menggunakan coli berdawai kerana coli ini akan menyebabkan saluran susu tersumbat. Tanpa disedari akan menyebabkan mengalami masalah lain yang boleh mengganggu kelancaran proses penyusuan.

Aksesori lain :
Sapu tangan: Mudah untuk mencuci dan mengelap susu yang tertumpah semasa mengepam atau menanggalkan pam
Berus botol berspan: Ia lembut pada botol dan memudahkan kerja-kerja mencuci.
Beg berjaring: Botol, corong pam payu dara dan lain-lain mudah dikeringkan setelah dicuci apabila dimasukkan ke dalam beg sebegini.

INFO TAMBAHAN

Kajian menunjukkan sel darah putih mungkin akan melekat pada bekas penyimpanan susu kaca dan tidak pada plastik. Keadaan ini menjadikan bekas penyimpanan susu plastik sebagai pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu ibu.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Ramai juga yang bertanya pada Ain, jika ada masalah kolestrol yang tinggi, apa suplemen yang patut saya ambil? Omega Guard atau Phytocol ST?

Kolesterol jahat sememangnya adalah kolesterol yang perlu kita kawal tahapnya. Ini kerana ia boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan kita, antarannya ialah masalah sakit jantung. 

Pemakanan harian kita sememangnya ada kolesterol. Jika pandai kawal, maka tak banyaklah kolesterol yang kita ambil. Namun begitu, disebabkan kerja harian yang sibuk, boleh ke kita kawal pengambilan kolesterol kita? 

Maka dengan itu, Shaklee ada dua supplement yang membantu mengurangkan kadar kolesterol. 

Kini anda ada 2 pilihan suplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah kolestrol iaitu Omega Guard dan Phytocol ST.




Apa perbezaan Omega Guard dan Phytocol-ST ni?

Sebelum makan, digalakkan mengambil Phytocol-ST dahulu. Ini kerana, Phytocol-ST membantu menghalang kolesterol jahat daripada masuk ke dalam saluran darah kita. 

Namun begitu, ada juga beberapa kolesterol jahat yang mungkin “terlepas” ke dalam salur darah kita (dalam kuantiti yang sedikit). Oleh itu, pengambilan Omega Guard digalakkan untuk mem”bersih”kan kolesterol tersebut. 

Kolesterol jahat itu akan dibawa oleh Omega Guard ke hati, dan dirembeskan melalui saluran yang betul seperti peluh dan sebagainya.

Oleh itu, jika anda ingin mengurangkan kadar kolesterol atau mencegah daripada mengalami masalah kolesterol tinggi, mulalah dengan pengambilan Omega Guard dan Phytocol-ST secara konsisten.


Bagaimana Omega Guard berfungsi untuk menurunkan tahap kolestrol?

Omega Guard membantu menyingkirkan enapan dan mendapan kolestrol jahat (LDL) yang sedia ada pada salur darah.


Dengan bantuan Alfalfa Complex Shaklee bersama Omega Guard boleh membantu mengangkut keluar kolestrol jahat, lemak-lemak dan toksin keluar dari badan anda.

Bagaimana Phytocol-ST mencegah penyerapan kolestrol daripada makanan?

Phytocol membantu membina blok yang boleh menghalang penyerapan kolestrol dalam darah..selalunya dicadangkan diambil bersama makanan atau sebelum makan makanan berlemak dan berkolestrol.

Untuk pesakit yang mempunyai masalah penyakit kardiovaskular  seperti jantung, disarankan mengambilnya bersama CoQHealth untuk mengoptimumkan kesan Phytocol ST.

Boleh ke ambil dua-dua sekali?


Sebagai langkah mencegah dan membuang kolestrol jahat sedia ada sekaligus, saya pasti akan cadangkan anda mengambil kedua-duanya sekali untuk kesan optimum. 

Dengan pengambilan Omega Guard dan Phytocol ST sekali akan membantu anda mengembalikan bacaan kolestrol anda kembali normal dengan lebih cepat..insyaaAllah.

Nak order vitamin Shaklee? Contact aje nombor phone Ain di bawah okey 😉

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Apakah itu toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.



Simptom-simptom toksin berlebihan
  1. Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan
  2. Insomnia (masalah tidur), Mata gelap , Mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
  4. Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
  5. Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  6. Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  7. Masalah kulit – jerawat, eczema
  8. Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
  9. Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.
Tanda tanda lain 
  1. Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.

Punca- punca toksin 
  1. Apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  2. Pemakanan ubat-ubatan kimia
  3. Merokok
  4. Pengambilan minuman keras 
  5. Pemakanan yang tidak seimbang



Detox dengan SHAKLEE!

Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda :




  • Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar ‘Raja Segla Tumbuhan’. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
  • DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu  biji benih milk thistle,  kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati
  • Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi – daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver’s. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur