5 Fungsi & Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Manusia

CoQ-Trol Plus Shaklee adalah formulasi gabungan 100 mg CoQ10, resveratrol dan tokoferol







Fungsi CoQ10 Kepada Tubuh Manusia

Atau nama penuhnya Coenzyme Q10. (Daripada website Shaklee Malaysia)
  1. CoQ10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. 
  2. CoQ10 berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. 
  3. CoQ10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. 
  4. CoQ10 menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. 
  5. CoQ10 adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Harga sebotol CoQ-Trol Plus (30 kapsul) ialah RM148.00 sahaja untuk 5 manfaat berikut

5 Kepentingan CoQ10 Untuk Manusia

CoQ10 Membantu Membekalkan dan Mengekalkan Tenaga Secara Optimum


CoQ10 boost energy hour after hour
Dengan mempunyai bekalan CoQ10 yang cukup di dalam tubuh badan kita, maka lebih mudah untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif sepanjang hari (since energy sentiasa maintain); membantu menguatkan otot tubuh; dan extra, proses recovery daripada kecederaan juga adalah lebih cepat.

Peredaran Darah Yang Sihat Dan Jantung Yang Lebih Kuat Dengan CoQ10



Coenzyme Q10 di dalam tubuh badan manusia banyak tertumpu di organ yang banyak menggunakan tenaga seperti jantung. Seperti yang kita sedia maklum, jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia; bermaksud tenaga yang banyak dan berpanjangan diperlukan oleh jantung kita untuk menjalankan tugas ini dengan baik.

Ini juga bermaksud, peredaran darah yang baik menunjukkan yang jantung kita sihat, inshaALLAH.

CoQ10 membantu menguatkan otot-otot jantung supaya mampu berfungsi dengan sempurna; memperbaiki kadar peredaran darah yang baik; mengurangkan risiko penyakit jantung; dan extra benefit, pengambilan CoQ10 membantu mengekalkan tenaga bagi mereka yang mengambil statin.


CoQ10 Untuk Fungsi Kesuburan Manusia


Seperti yang dimaklumkan di awal entri ini tadi, CoQ10 adalah sejenis antioksida yang diperlukan tubuh untuk melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas. Radikal bebas adalah salah satu penyumbang kepada masalah ketidaksuburan manusia (sebab tu kami syorkan kebanyakan customers untuk amalkan Vivix bagi membantu improve tahap kesuburan).

Selain itu, coenzyme Q10 ini juga sebenarnya berfungsi untuk boost sperm count and motility. Bila sperm count meningkat dan banyak energy, barulah chances untuk berlaku persenyawaan (conception) itu tinggi, provided ovum wanita itu juga sihat (which CoQ10 juga membantu untuk faktor ini).




CoQ10 Untuk Kulit Yang Cantik Berseri



Sel yang sihat adalah sel yang bertenaga. Sel yang bertenaga menjadi asas kepada tubuh badan yang sihat dan bertenaga; termasuklah kulit tubuh. Sel tak pernah berhenti bekerja di dalam tubuh kita.. kecuali apabila kita mati nanti. Sel akan terus membahagi dan membaikpulih diri mereka sendiri supaya kita kekal hidup sihat.

CoQ10 penting dalam membantu membekalkan tenaga kepada sel-sel ini agar dapat menjalankan kerja mereka. Sel kulit yang 'hidup' dan bertenaga inilah yang terpamer pada kulit berseri dan kelihatan awet muda.

Selain itu, CoQ10 juga berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UV berlebihan. Kulit kelihatan lebih muda, kurang kedutan, elastis dan bercahaya.

CoQ10 Untuk Otak Yang Sihat, Kurangkan Risiko Alzheirmer




Alzheimer adalah penyakit penuaan otak yang amat ditakuti ramai orang. Tidak semestinya otak perlu mengalami penuaan bersama usia kita yang bertambah. Otak sepatutnya terus sihat sekiranya mendapat nutrisi yang sepatutnya dengan cukup dan dilatih supaya tidak malas.

CoQ10 seperti yang kita maklum, berfungsi memberi tenaga dan juga bertindak sebagai antioksida yang membantu menghalang kerosakan sel daripada radikal bebas. CoQ10 di otak merosot mengikut usia, so, sebab itulah bekalan CoQ10 tambahan perlu diberi kepada otak kita.

CoQ10 membantu meningkatkan FOKUS dan fungsi otak agar dapat bekerja dengan baik.

So, itu dia dahulu saya kongsikan lima fungsi utama coenzyme Q10 untuk tubuh manusia 

InshaALLAH next entri saya akan share lebih lanjut daripada mana nak dapatkan bekalan Coq10 yang cukup untuk tubuh; serta set-set atau gabungan nutrisi yang bersesuaian untuk mana-mana empat fungsi/keperluan tubuh kita.

Untuk pesana CoQ10 Shaklee atau mana-mana set kesihatan Shaklee, boleh hubungi saya terus dengan nombor telefon di bawah.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

1 comment:

  1. Sands Casino Review - Las Vegas, NV
    Detailed casino information and reviews of Sands 바카라 사이트 Casino including games, 샌즈카지노 The first 인카지노 slot machine was the Diamond Diamond Diamond. Rating: 2.3 · ‎Review by Sam Shefrin

    ReplyDelete

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!