TOP 10 Video Yang Popular di Channel #YOURSUPERMOMHD

Selain daripada menggunakan medium blog untuk berkongsi pelbagai info berkaitan produk dan business Shaklee, saya juga mempunyai sebuah channel Youtube yang sudah beroperasi sedari tahun 2009 secara rasmi. 

Entri kali ini, saya cuma nak kongsikan Top 10 Popular Videos di channel #YOURSUPERMOMHD as at January, 2018.


NO #10 : TIPS KECANTIKAN KULIT DENGAN SHAKLEE (Vitamins For Skin Care)



Dengan 14k+ views, video yang unplanned ini saya buat di office lama kami di Menara U, Sekyen 13 Shah Alam, pada tahun 2014 dulu. Masa tu staf masing-masing dah balik, so, suami request saya share satu set Shaklee yang popular di kalangan kaum wanita. 

So, saya pilih untuk share set basic untuk kulit ni. Vitamin ni semua masih available di pasaran tau! So, kalau berminat silalah ringankan jari contact saya terus untuk buat pesanan k ;-)



NO #9 : 5 MANFAAT ALFALFA SHAKLEE




Video ni dibuat oleh dua orang staf kami yang comel-comel, iaitu Ain dan Ayu. Banyak juga video-video produk Shaklee di channel ni yang featured mereka berdua. 

Menariknya dalam video ini juga Ayu turut kongsikan resepi 'Air Jamu Alfalfa' yang bagus untuk sistem penghadaman dan detoks darah. Oh ye! Untuk kaum wanita yang dah berkahwin, korang wajib amalkan Alfalfa Complex ni tau sebab ia juga bagus untuk keintiman dan kesuburan wanita. 


NO #8 : SENGGUGUT DAN CARA MENGATASINYA





Ahah! Ni pun featuring Ain dan Ayu untuk episod 'Senggugut'. Korangs yang kerap ada masalah senggugut sehingga mengganggu waktu kerja dan kuliah, bolehlah layan video ni untuk dapatkan penyelesaian kepada masalah senggugut tu okey? 

Recommended bagi kaum wanita yang ada masalah senggugut ialah untuk mencuba produk Shaklee Ostematrix dan GLA Complex. 


NO #7 : SHAKLEE ESP (Review Energezing Soy Protein) - with English subtitle




Vlog tentang ESP ini pernah menjadi video nombor satu paling popular di channel kami sebelum kami mula menghasilkan lebih banyak vlog selepas itu. Sebenarnya, kalau tak silap saya, vlog ni antara yang video tentang produk Shaklee yang pertama suami saya siapkan sebaik sahaja beliau officially WAHD (Work At Home Dad). Tapi, beliau siapkan selepas kami balik daripada umrah pada tahun tu.

Footage untuk video ni suami dah kumpul dan simpan lama. ESP Shaklee memang antara produk Shaklee paling popular dan kegemaran ramai rakyat Malaysia especially kaum ibu. Ia membantu mendapatkan kulit yang cantik gebu, energy booster, nak menten berat badan ideal semasa hamil dan selepas bersalin, nak kuruskan badan pun boleh, sesuai untuk penghidap gastrik, milk booster dan ehhh... banyak lagilah! 


NO #6 : KENAPA PERLU MAKAN VITAMIN C SHAKLEE



VItamin C Shaklee juga merupakan antara vitamin yang sangat popular di Malaysia. Pernah satu ketika pada tahun 2012 jualan Vitamin C Shaklee ini begitu hebat sampai ada yang repacked dengan jenama sendiri; dan out of stock sampai setahun di pasaran Malaysia.

Nak tau hebat tak hebat, kena tengoklah video Ayu dan Ain ni dan lepas tu kena beli dan cuba k. Pada saya, efek Vitamin C Shaklee tak pernah mengecewakan. Dan fakta paling penting kena tau, semua vitamin Shaklee adalah semulajadi, selamat dan terbukti berkesan. 


NO #5 : 5 SEBAB ANDA PERLUKAN GLA COMPLEX SHAKLEE


Video ini juga pernah suatu ketika menjadi video nombor satu paling popular di channel YoursupermomHD. Specialnya video ini kerana saya memang memilih TOP 5 sebab kenapa GLA Complex Shaklee menjadi pilihan kaum wanita di Malaysia. Lebih special lagi, dalam video ini juga kami turut featured 3 orang Top Key Leaders daripada group business kami iaitu Nurul, Ainul dan Faiz. 

Oh ye! Kebetulan masa video ni dihasilkan, memang tengah promosi GLA Complex pun.. memang superb efek GLA Complex ni untuk kesuburan sebab lepas tu banyak testimonial kehamilan kami terima. Tak percaya? Jomlah cuba sebab saya bukan overclaim pun ;-)


NO #4 : TIPS TANGANI BATUK!




Dengan lebih 27k views menjadikan video ini antara video yang paling dicari di channel kami. Mungkinkah ramai yang alami masalah batuk?

Dalam video ni, Ayu bukan sahaja berkongsi tips atasi dan rawat batuk, malahan punca-punca masalah batuk (dan selesema) tu juga. Jangan tak tau yang batuk yang berpanjangan ni amat merbahaya dan juga boleh mengganggu produktiviti harian. 

So, sebab tu korang kena juga tengok video ni k! ;-)

Nah! Done 7 daripada 10 video paling popular di YoursupermomHD. So, saya proceed je la okey? Nombor 3 memang best of the best!


NO #3 : ANAK SAYA SEMBUH KANSER TAHAP 4 (Kisah Penghidap Kanser Lymphoma)



Memang tak hairan video ini menjadi TOP 3 mungkin kerana tajuknya yang kontroversi sehingga mendapat kecaman pada suatu ketika. Namun, sekiranya anda mengikuti testimoni ini sedari awal ia di'upload' ke page Supermom Shaklee Story, anda akan dapat mengetahui kisah sebenarnya. Tiada overclaimed di situ.

Supermom Shaklee Story adalah antara projek jangka panjang yang dijalankan oleh organisasi kami, Supermom Shaklee, dalam mengumpulkan testimoni-testimoni #ShakleeEffect secara bersistem. Juga, kesemua pemilik asal testimoni boleh dihubungi kerana kesemua testimoni yang disiarkan adalah ORIGINAL. 

Selain daripada video-video testimoni, anda boleh dapatkan lebih banyak real life testimonials yang kami telah berjaya kumpulkan di sini k


NO #2 : UNBOXING DAN REVIEW IPHONE 6S & IPHONE 6SPLUS



Rasanya, inilah video yang paling baaaaanyak dapat komen dan respons dari serata ceruk dunia (okayy .. overclaimed! Takdelah sedunia sangat). Saya paling enjoy layan komen-komen kat video ni.

Both iPhone6 tu kami beli pada hari pertama ia dijual di Malaysia. Lepas beli, terus balik rumah dan buat video unboxing ni. Masa ni juga saya awal-awal pregnant anak no-4 tau heheh.. most of my vlogs memang time saya tengah pregnant lol..

iPhone6s Plus tu saya masih guna sampai sekarang. Memang berbaloi beli 128Mb masa tu. So far, takde sebab saya nak kena tukar walaupun hayat bateri nampak macam dah merosot sikit. Still okey? By the way, a good businessman paling kedekut pun dengan diri dia, kan? 

Oraittt... readyy dah nak tau dan impress dengan video PALING POPULAR DI CHANNEL YOURSUPERMOMHD? Sure korang impress sangat sebab saya dan suami pun terkejut tau ;-)

TADAA..! JUARA VIDEO PALING POPULAR YOURSUPERMOMHD


MY MOTHER STAGE PERFORMANCE, GRAND IHTIFAL LITTLE CALIPH 2016

Enjoy! Performance last Icha sebagai anak didik Tadika Little Caliph.. lagu yang akan buat mana-mana ibu di dunia menangis .. 



Jadi, itulah 10 video paling popular di channel Youtube kami. Okey! Jangan lupa SUBSCRIBE tau ;-)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!