Vitamin Untuk Rambut - Jangan Sampai Jadi Botak!

Semalam semasa saya mengemas buku-buku nota saya di SoHo (Small Office Home Office), saya terjumpa sebuah sketchbook ni. Haah, saya memang minat kumpul sketchbook tau.. rupa-rupanya, dalam sketchbook tu saya ada buat nota tentang suplemen untuk RAMBUT. Jadi, saya ingat nak share dengan semua nota saya ni okey..


8 jenis nutrisi untuk rambut
Vitamin untuk rambut

Vitamin Untuk Rambut


Ada 8 jenis nutrisi asas yang diperlukan untuk rambut dan kulit kepala yang sihat. Rambut yang sihat bermula daripada akarnya. Akar rambut tu dapat makanan daripada mana? Dah tentu pada kulit kepala, kan? So, nak rambut macam supermodel walaupun kita ni keluar rumah bertudung litup suami dan anak-anak je hari-hari mengadap; hadapkanlah pandangan yang menceriakan hati kita dan mereka :-)

Penjagaan rambut dan kulit kepala haruslah seimbang daripada dalam dan luar ok? Makan suplemen, elak makan benda-benda kita sendiri tau alergik (macam saya kalau over makan seafood habis bertabur kelemumur sampai rambut gugur.. sobs), dan rajin-rajin jaga kebersihan rambut dan kulit kepala dengan cara guna syampu dan perapi yang sesuai, rajin tukar anak tudung, malahan sarung bantal pun kalau boleh beli jenis satin. Lifestyle pun kena jaga ;)

Nutrisi Dari Dalam


  1. Protein
  2. Minyak Ikan
  3. Multivitamin (dan multimineral)
  4. Beta-carotene
  5. Zink
  6. B Complex
  7. Lecithin
  8. Spirulina


Penjagaan Dari Luar


Di Shaklee, kami syorkan penggunaan rangkaian penjagaan rambut ProSante.


Protein


Seperti kita tau, protein ni asas kehidupan sel tubuh badan kita. Sel sihat, sel cantik; maka sihat dan cantiklah organ dan sistemnya. Protein membantu membaiki peredaran darah dan menguatkan akar rambut. Ahah! Barulah kurang masalah rambut gugur, ye tak?

Minyak Ikan


Korang tau tak yang pengambilan minyak ikan sebenarnya membantu meningkatkan kilauan pada rambut korang; serta melicinkan kutikel rambut yang bergerigi. Barulah sikat rambut tu dapat skala satu..

Multivitamin (dan multimineral)


Kita tau sel badan kita ni hidup dan bekerja sepanjang masa. Kita juga tahu, sel badan kita repair diri sendiri masa kita tidur (sebab tu kena cukup tidur tau). Tapi, kalau tak cukup nutrien, macam mana sel badan nak repair diri dia dengan sempurna? 

Selain itu, nutrien yang cukup beri warna yang cantik pada rambut.. tak kiralah hitam ke, perang ke, blonde ke.. tapi warnanya cantik!

Beta-Carotene


Ini sejenis Vitamin A. Vitamin A bukan untuk mata aje rupanya ye.. kepentingan Beta Carotene pada rambut ialah ia membantu memberi warna yang cantik pada rambut, rambut lebih bersinar dan juga sebagai perlindungan daripada sinaran uv cahaya matahari. Ala-ala sunblocked kat kulit muka. 

Beta Carotene yang cukup juga membantu rambut kita tidak terlalu kering.

Zink


Untuk rambut yang kuat dan lebat. Sebab tu, ibu-ibu lepas bersalin kami galakkan teruskan pengambila suplemen Zinc Complex walaupun dah habis pantang.

Walaubagaimanapun, zink boleh musnah/hilang disebabkan oleh stress, alkohol dan perpeluhan.

B Complex


Ada masalah beruban sebelum waktu? Kata orang tu kes orang banyak fikir. Logik sebab bila banyak fikir dan tak dapat-dapat penyelesaian; badan mula stress. Stress boleh jadi punca rambut beruban. Cara atasi, cuba amalkan pengambilan vitamin B Complex.  Selain tu, B Complex membantu setiap helaian rambut jadi lebih kuat; so, takdelah rambut tu putus bila disikat.

Lecithin


Ada 2 jenis bahan dalam Lecithin yang penting untuk rambut; iaitu kolin (choline) dan inositol. Kedua-dua ni dikenali sebagai 'hair vitamins' yang membantu rambut untuk jadi lebat dan berkilau. 

Spirulina


Spirulina membantu rambut yang kuat dan sihat, secara keseluruhan.

Cadangan Vitamin Shaklee untuk Rambut


(Disyorkan anda consult dengan SID terlebih dahulu)

  1. Energizing Soy Protein
  2. Omega Guard
  3. Zinc Complex
  4. Carotomax
  5. B Complex
  6. Lecithin
  7. Vitalea with Iron


6 Tips Ringkas Rambut Sihat


  1. Rajin bersenam atau aerobik
  2. Kurangkan stress, kawal stress
  3. Makan makanan kaya protein dan diet rendah lemak
  4. Sistem perkumuhan yang teratur; buang air besar dengan konsisten
  5. Tidak merokok. Bahan kimia dalam asap rokok rosakkan sel sampai ke rambut
  6. Minum kopi? Boleh tapi jangan berlebihan


Bersambung untuk nota entri ProSante..



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!