The Story of Dr Forrest C. Shaklee

Tahun 2015 genaplah 100 tahun sudah multivitamin tertua di dunia, Vitalea, keluaran Shaklee dicipta. Mungkin anda boleh tengok 5 manfaat Vitalea ni yang saya kongsikan di channel Youtube saya. 

Namun, tahukah anda siapakah insan hebat yang bertanggungjawab di sebalik kehadiran multivitamin yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi ini? Multivitamin yang hadirnya bukanlah kelmarin sore; hari ini ada, esok dah takde. Beliau ialah Dr Forrest C. Shaklee; seorang insan yang lahirnya telah membantu mengubah ramai manusia di dunia ini ke arah taraf kesihatan dan taraf kehidupan yang lebih baik.

Jom, kita berkenalan dengan beliau... tak kenal maka tak cinta, kan?








Bayi yang Tiada Harapan untuk Hidup


Dr Forrest C. Shaklee, anak kedua kepada pasangan Robert dan Martha Shaklee telah dilahirkan pada tahun 1894; di Carlisle, Iowa. Beliau mempunyai seorang abang bernama Ralph, 6 tahun lebih tua daripada beliau; dan adik perempuan yang muda 3 tahun daripada beliau yang bernama Cecily.

Forrest ketika lahirnya telah didiagnose mempunyai congenital tuberculosis. Malahan, ketika dilahirkan juga (ceritanya) beliau kelihatan seolah tidak bernyawa sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan artificial respiration untuk membantu meransang pernafasan. Prognosis doktor juga menyatakan bahawa jangkahayat Forrest tidak akan lama; yakni Forrest akan mati sepertimana kanak-kanak lain yang didiagnos penyakit yang sama. 

Ibubapanya tidak mahu menerima bulat-bulat prognosis tersebut; lalu melakukan pelbagai usaha untuk membantu Forrest agar dapat terus hidup seperti kanak-kanak lain yang sihat. Menurut ceritanya, Forrest terlantar berminggu-minggu di dalam buaian dalam keadaan 'motionless' (tidak bergerak, pergerakan amat minima). Ibunya Martha mencuba pelbagai teknik tradisi dengan penggunaan herba untuk membantu Forrest. Martha yakin dengan kuasa Tuhan dan kuasa alam semulajadi.

Akhirnya, demi kesihatan dan kehidupan Forrest, mereka sekeluarga pun berpindah ke sebuah ladang di Moorhead, Iowa. Di sini, Forrest diubati oleh ibunya sendiri dengan memberikan beliau diet yang kaya dengan khasiat tumbuhan semulajadi dan herba-herba; serta di sini juga beliau dapat menikmati suasana yang sihat dengan udara yang yang bersih dan segar, serta bebas pencemaran.

Akhirnya, berkat usaha gigih tersebut, pada usia 4 tahun, Forrest mampu berdiri sendiri tanpa bantuan. Namun, point yang paling penting, Forrest akhirnya disahkan doktor yang beliau telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit TiBi!

Forrest Mencipta Vitalized Minerals


Forrest mengisi masa remajanya di ladang Moorhead dengan memerhati dan mengkaji haiwan dan kitaran hidup mereka dengan alam semulajadi. Ada satu kata-kata Forrest yang sangat terkenal tentang ini, iaitu;
"Animals watch for the signals and listen to the voice of nature, while men have forgotten how to read or listen to them."

Forrest juga selalu terfikir, kenapa kanak-kanak lain yang senasib dengannya; dilahirkan dengan penyakit TiBi tidak mampu untuk bertahan, sedangkan beliau masih mampu terus menghirup udara segar di bumi ini. Akhirnya, jawapannya ialah, kerana cinta ibunya Martha terhadap dirinya yang mengubati dan menjaga dirinya dengan menggunakan kuasa alam semulajadi. 

Forrest adalah living testimony kuasa penyembuh hebat daripada alam semulajadi. 

Dipendekkan cerita, pada tahun 1915, pada usia Forrest 21 tahun, multivitamin pertama di dunia dicipta oleh beliau sendiri; dan dipanggil Vitalized Minerals. Inilah multivitamin yang diamalkan jutaan penduduk dunia sejak itu sehinggalah kini dah 100 tahun ia wujud di dunia ini.


Dr Shaklee Vitalized Minerals
Multivitamin PERTAMA di dunia


Insan yang Cintakan Ilmu



Dr Forrest sepanjang hayatnya tidak pernah berhenti belajar. Pada tahun yang sama beliau mencipta Vitalized Minerals, beliau juga telah graduated sebagai seorang chiropractor; daripada Palmer School of Chiropractic, di bawah bimbingan chiropractor pertama di dunia, iaitu Dr Daniel David Palmer. Pada 1920-an, Dr Forrest telah menerima degree sebagai Doctor of Divinity. Kemudian, pada usia 37 tahun, Dr Forrest menerima diploma sebagai Doctor of Naturopath. Kemudian, semasa Perang Dunia ke-2, beliau telah menjadi seorang licenced short-waved radio operator dan trained radio operator for submarines. Beliau juga pernah menjadi seorang radio personality. 

Dr Forrest dan Kanser



Dr Forrest juga pernah menjadi seorang radiologist (beliau buka klinik). Ketika itu, tidak ramai yang tahu tentang bahaya sinaran xray. Akibatnya, pada usia 27 tahun, Mayo Clinic melalui diagnosis yang dilakukan, mengesahkan yang Dr Forrest telah terkena Terminal Cancer. Mereka menawarkan untuk memotong lengan dan kaki beliau.

Namun, sebagai seorang manusia yang amat percayakan pada kuasa penyembuhan alam semulajadi, beliau menolak tawaran itu dan berusaha mengubati sendiri kanser tersebut. Dr Forrest kemudiannya berpindah untuk menetap di sebuah ladang di Davenport dan memulakan program intensif mengubati dirinya sendiri. Kisah ibunya Martha menjaga dan mengubati beliau sewaktu kecil, sehingga sembuh daripada penyakit TiBi menjadi inspirasi beliau.

Dr Forrest mengambil dos tinggi Vitalized Minerals yang diciptanya BERSAMA dengan satu lagi penemuan baru; iaitu mengamalkan pengambilan gabungan 9 herba yang mempunyai fungsi detoks (membersih) dan menyembuhkan sel-sel tubuh. Beliau tahu, proses detoks ini penting untuk mengatasi kesan yang dialami oleh tubuhnya yang rosak akibat sinaran radiasi di kliniknya sendiri (beliau tutup klinik tersebut selepas disahkan kanser dan pindah ke Davenport).

Buat pengetahuan semua, gabungan 9 herba itulah yang akhirnya menjadi suplemen Herb Lax yang amat popular di kalangan pengguna Shaklee kini. Selain daripada itu, Dr Shaklee juga amat menjaga diet hariannya melalui pemakanan yang 100% hanya berasaskan alam semulajadi yang bersih dan segar.

Akhirnya, selepas setahun Mayo Clinic mengesahkan yang beliau telah pulih daripada kanser tersebut.

Shaklee Product Ditubuhkan



Pada 1 April 1956, Shaklee Product ditubuhkan bersama dengan dua orang anak beliau, iaitu Lee dan Forrest Jr. Syarikat ini ditubuhkan dengan 100% komitmen untuk membantu memperbaiki taraf kesihatan manusia, tanpa mengganggu dan merosakkan alam semulajadi.

Slogan syarikat ini ialah "Products in Harmony with Nature and Good Health"; dan mottonya "DO BUSINESS BY THE GOLDEN RULE"

Dr Shaklee sebagai General Manager dan Product Development; Forrest Jr sebagai Business Manager; Lee sebagai Markerting and Promotion Manager. Business ini sememangnya family business.

Mereka kemudiannya telah mencipta satu sistem yang mana Shaklee Product bakal memberikan peluang pekerjaan dan kesihatan tanpa had kepada semua manusia di dunia, tak kira apa pangkat dan umur sekalipun.

Kini, sistem yang dicipta berdasarkan konsep "to teach others.. to teach others .. to others ini.."; menjadikan Shaklee Product sebagai syarikat Network Markerting pertama. Selain daripada itu, Shaklee Product juga amat mementingkan kualiti produk yang dihasilkan. 

Produk pertama yang dikeluarkan oleh Shaklee Products ialah Pro-Lecin Nibblers iaitu protein soya dan lecithin dalam bentuk tablet. Setahun kemudian, Herb Lax diperkenalkan dan Liqu Lea pula diperkenalkan tak lama selepas itu, menggantikan Vitalized Minerals yang asal. 

Pada tahun 1957, Vita Lea dalam bentuk tablet mula dikeluarkan di pasaran. Produk bukan suplemen pertama, namun masih lagi bercirikan selamat pada alam semulajadi, Basic H diperkenalkan di pasaran Amerika pada tahun 1960. Basic H adalah pencuci serbaguna yang PERTAMA bebas fosfat, pekat dan bio-degradable. 

Setahun selepas itu, Soy Isolate Protein pertama di dunia dihasilkan. 

Daripada Shaklee Product ke Shaklee Corporations



Pada tahun 1964, Shaklee Convention yang pertama diadakan di San Francisco dengan kehadiran seramai 150 orang busines leaders. 

Kemudian, pada tahun 1972 Shaklee Product telah ditukarkan namanya kepada Shaklee Corporation; dan beberapa tahun selepas itu, pasaran Shaklee mula memasuki Jepun, Kanada; Shaklee masuk ke Malaysia pada tahun 1988. 

Dr Forrest C. Shaklee sendiri meninggal pada usia 91 tahun (tahun 1986), dengan meninggalkan satu legasi yang besar yang terus mampu membantu ramai sehingga kini; termasuklah saya dan suami :)

Pada tahun 2004, Roger Barnett, seorang multi-billionnaire telah membeli Shaklee dan menjadi Pengerusi serta CEO Shaklee, sehingga kini. Alhamdulillah.. kami suami isteri telah diberi peluang oleh Allah swt untuk bertemu dan berbual dengan CEO kacak ini pada tahun 2014; dari Malaysia sampai ke Long Beach California. Malahan, kami juga bertuah dapat peluang menemuramah beliau khas untuk channel Youtube kami! 




Sebenarnya, banyak lagi yang saya nak kongsikan di entri ni tentang Dr Forrest C. Shaklee dan pencapaian-pencapaian Shaklee sehingga kini. Memang tak rugi rasanya saya melaburkan baki gaji terakhir saya untuk membeli set menyusu dulu; saya kini berada dalam satu legasi yang hebat dan business Shaklee inshaALLAH, adalah karier sepanjang hayat saya dan suami!


Berminat nak tau lebih lanjut tentang business Shaklee atau mahukan konsultasi memperbaiki taraf kesihatan anda, jangan lepaskan peluang hubungi saya dengan nombor telefon di bawah ok ;)

Presidential Awards 2013/2014
Presidential Awards 2013/2014

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!