4 Bahan Utama Vivix Shaklee

Apa itu Vivix?


Ramai orang gelarkan Vivix ni sebagai "Tonik Ajaib". Ada juga yang panggil "Tonik Awet Muda". Menarik kan? Padahal basic kandungan Vivix ni adalah buah-buahan aje.. sebab tu kat label botol Vivix tu dinyatakan ia sebagai botanical beverage

Tapi, bila baca-baca testimoni-testimoni Vivix, memang kesannya menakjubkan! Penyakit gout, kencing manis, darah tinggi, kanser dan macam-macam lagi; eh saya sendiri dah 3 tahun amalkan minum Vivix ni tau.. 

Minuman campuran botani yang ajaib
Okey, jom tengok pulak apa dia kandungan botani dalam Vivix ni.

4 botanical superfoods in Vivix

Ada 4 kandungan utama Vivix

  1. Polygonum Cuspidatum
  2. Muscadine Grapes
  3. European Elderberry
  4. Purple Carrot

Polygonum Cuspidatum


Merupakan sejenis tumbuhan herba yang juga dikenali sebagai Japanese Knotweed; yang juga kaya dengan sumber resveratrol. Satu kajian menarik menyatakan bahawa extrak resveratrol dalam tumbuhan ini mampu menjadi penawar kepada penyakit tumor.

Tumbuhan unik ini banyak digunakan dalam perubatan Cina dan Jepun kerana dipercayai membantu kesihatan gastrointestinal dan circulatory health. Ia juga mempunyai sifat laksatif namun tidak sekuat senna root (atau senna leaves).


polygonum cuspidatum
Japanese Knotweed



Muscadine Grape


Anggur merah Muscadine ini bukan sebarang anggur merah tau. Sebiji buah anggur merah ini saiznya boleh mencapai saiz sebiji bola golf. Malahan, kulit anggur ini juga lebih tebal dan keras daripada anggur biasa.. yelah, dah saiznya pun luarbiasa, kan? Paling penting, kandungan resveratrolnya yang tinggi berbanding anggur merah lain menyebabkan ia menjadi ramuan utama Vivix Shaklee. 

Anggur merah ini termasuk bijinya yang mengandungi sebatian fenolik (phenolic compound) yang tinggi; merupakan sumber terbaik antioksidan dan antiradang. Kandungan poliphenol dalam anggur ini adalah 40 kali ganda lebih daripada anggur lain; di mana ia amat memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular, mengawal paras gula dalam darah dan juga proses penuaan.

Poliphenol adalah sejenis antioksidan yang kuat, antibiotik semulajadi dan ejen antiradang semulajadi juga.



Tinggi kandungan resveratrol
resveratrol penting sebagai ejen anti-penuaan




European Elderberry


Kumpulan buah-buahan berry memang terkenal sifatnya kaya dengan vitamin C; yang diketahui umum membantu mengukuhkan sistem imun. Malahan Elderberry sendiri banyak digunakan bagi merawat penyakit seperti arthritis, asma, sembelit dan selesema.

Bantu masalah rabun malam


Elderberry juga merupakan sumber anthocyanins yang hebat yang mengandungi tiga kali ganda karotenoid. Ia adalah sejenis antioksidan yang kuat yang dapat melindungi sel daripada kerosakan yang berpunca daripada toksin, diet yang tidak seimbang, dan stress. Ia juga penting dalam membantu masalah yang disebabkan oleh kolestrol jahat  yang menyekat platlet darah daripada melekat di salur pembuluh darah; seterusnya mengurangkan risiko aterosklerosis. Selain itu, bagi yang menghadapi masalah rabun malam, elderberry mampu membantu menyelesaikan masalah ini kerana ia mengeluarkan rodopsin (visual ungu dalam mata); mengurangkan cahaya dalam penglihatan dan baik untuk atasi stress.

Purple Carrot


Iaitu Lobak Ungu dalam Bahasa Melayu :-)



Merupakan sumber Vitamin A TERBAIK dan mengandungi fitokimia termasuk karetonoid, fenolik (phenol group compound), polyacetylenes, isokumarin dan sesquiterpens. Haaa.. macam-macam nama saintifik keluar kan? 

Fitokimia ni adalah tumbuhan yang ada sifat antioksidan, antibakteria, antiradang.. pendek kata, ia membantu memperbaiki taraf kesihatan si pengamal.

Lobak Ungu juga mempunyai kandungan anthocyanins yang mana ia memiliki ciri antioksidan yang luarbiasa. Lobak Ungu membantu dalam masalah penyakit berisiko tinggi termasuk penyakit jantung.

Jadi, itu dia info pengenalan tentang Vivix yang saya rasa pembaca perlu tahu. Basically, Vivix ni adalah terdiri daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang terpilih; yang mana kaya dengan kandungan antioksidan dan lain-lain. Sebab tu, pengambilan Vivix secara konsisten memang membantu repair badan kita hingga ke tahap sel! Menarik sangat, kan?

Berminat nak tau lagi pasal Vivix?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!