Pengalaman Suka Duka Berpantang Bersalin Anak Pertama


TAHNIAH buat diri saya kerana berjaya menghabiskan tempoh berpantang bersalin dengan jayanya, walaupun dalam keadaan kurang sempurna.

Banyak yang saya pelajari sepanjang tempoh berpantang yang pertama ini. InshaALLAH akan jadi panduan untuk berpantang bersalin anak nombor dua dan seterusnya..

  • Breastfeeding ROCKS my life. Masa dalam pantang ni memang kena sungguh-sungguh belajar susukan baby dan ajar baby menyusu dengan kita. Alhamdulillah, walaupun 3 hari pertama kehidupan Icha sempat merasa FM, namun, kuasa ALLAH mengatasi akal manusia, doa saya sebagai ibu Icha makbul, Icha sendiri tolak FM tu walaupun kilang susu mak dia ni nampak kecik.
  • Berdikari. Masa di kampung pun saya banyak uruskan sendiri hal-hal berpantang sendiri, apatah lagi di sini. Beza cuma di kampung mertua siapkan makan minum dan diorang ada pada waktu petang. Namun, saya lebih gembira melakukan urusan berpantang di rumah sendiri. Lebih selesa dan bebas kot. Nature saya dari kanak-kanak suka buat urusan sendiri.
  • Belajar bersabar, lagi-lagi melayan bayi yang colic macam Icha. Kurang tidur adalah perkara normal, sebab untuk tahun-tahun mendatang nanti, itulah jadual saya :))
  • Mendidik suami jadi lebih bertanggungjawab.
InshaALLAH. Pengalaman guru kehidupan. 

Icha adalah anugerah terindah dalam hidup saya. Susah payah saya mengandungkan Icha, bersama air mata, kesedihan dan suka-duka yang banyak saya tanggung sendiri, hanya dikongsi bersama suami tercinta.

Janji saya, memberikan yang terbaik buat Icha. Segala yang ada di dunia ini. Ameen.

4 comments:

  1. Hadha, maybe cuaca too hot kot buat Icha ruam. Sebab Hadha mmg jaga makan kan? Nowadays, sangat panas bumi nih. Oman pun kat rumah x pakai baju sangat. Kesian tgk dia berpeluh-peluh. Huhu

    ReplyDelete
  2. nuurill,

    harap2nye sebab tulah..risau pulak tgk muka n badan icha naik ruam tiba2. mcm2 problem org baru jd ibu ni hehe..

    p/s: siang td syok layan blog nuurill dari awal sampai the latest..kejap gelak, kejap nangis hadha dibuatnya =)

    ReplyDelete
  3. ye kot kak hadha, may b sebab cuaca. Tapi mcm Dina dlu, dekat2 abis pantang naik ruam. Gi klinik pakar, dia kata tanda awal eczema. Memang betui pon, uhuk2..Tapi sekarang dah setahun lebih, Alhamdulillah...macam dah hampir hilang sepenuhnya..Macam Dina, dalam pantang pernah bg susu formula (cow), dia muntah balik lepas minum. Rupa2nya tu tanda lactose tolerent, which is can cause ruam tuh... So, saya sendiri lepas2 tu bila bf Dina, takleh minum susu berasaskan cow's milk :(

    Hopefully icha tak lah kan. 'Renyah' sket nak jaga baby eczema ni, memang kne bebetul sabor and costly....hehehe...

    ReplyDelete
  4. YOI,

    harap2nyelah. kesian betul tgk icha tu...mcm runsing aje rupanya. hurmm..kalau mcm tu baik akak bawak jumpa paed dia untuk check. tq =)

    ReplyDelete

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!