Santai-santai hujung minggu ni, saya nak kongsikan dengan pembaca semua mengenai 3 jenis keahlian Shaklee. Eh? Ada 3 jenis rupanya ye..? Nak tau lebih lanjut kenalah baca sampai habis entri ni ok?

JADI AHLI MAKAN SENDIRI


Harga Ahli Shaklee

Ayu dah biasa makan dan guna produk-produk Shaklee. Namun, ada satu kekangan buat Ayu kadang-kadang rasa tersekat nak spend duit tu iagi-lagi Herb Lax, Vitamin C, Nutriferon dan GLA Complex tu memang Ayu dah jatuh cinta sangat dek kesan positif yang Ayu dah dapat.

Jadi, Ayu daftar jadi ahli Shaklee; sebab kata SID yang Ayu selalu order suplemen setiap bulan tu bila jadi ahli boleh dapat harga ahli.. which is less daripada Ayu selalu beli setiap bulan.

Rupa-rupanya, ada lagi benefits lain Ayu dapat sebaik sign up ahli Shaklee:

  1. Harga Ahli (rupa-rupanya) less 20% ke 30% daripada Harga Runcit
  2. Jika Ayu share belian supplemen dengan kawan-kawan dan family banyak-banyak.. dapat kumpul order anggaran RM500 Ayu boleh dapat Cash Bonus
  3. Pihak Shaklee ada buat macam-macam promosi setiap bulan, hanya yang daftar ahli aje boleh enjoy promosi ni
  4. Jika Ayu nak tau lebih lanjut tentang produk Shaklee, boleh attend mana-mana Health Talk yang dianjurkan oleh pihak Shaklee, ataupun upline. FREE OF CHARGE.


Paling PENTING, Ayu boleh maintain jaga kesihatan sebab dah boleh happy spend duit setiap bulan borong suplemen Shaklee favourite!

SAMBIL MAKAN SAMBIL JUAL SIKIT-SIKIT


Shaklee Side Income

Farah ialah seorang student di sebuah kolej swasta dalam jurusan IT. Hobi Farah pada masa lapang ialah menulis blog. Macam-macam Farah share dalam blog dia; namun Farah banyak fokus bab kecantikan remaja, tips mekap, tips berpakaian, dan ada juga Farah buat tutorial-tutorial ringkas atas permintaan followers blog dia.

Farah dah lama jadi ahli Shaklee. Ahli makan sendiri je macam Ayu. Tetapi, sebab Farah ni jenis rajin berkongsi cerita dalam blog termasuklah cerita produk-produk Shaklee yang dia guna.. maka, ada juga beberapa orang followers blog yang tanya-tanya Farah tentang produk Shaklee.

Oleh sebab Farah ada kelebihan dapat harga ahli, maka dia tolong ambilkan order followers yang berminat tadi. Sambil-sambil aje.. UNTUNG RUNCIT tu boleh juga Farah guna buat belanja di kolej. Berapa banyak dapat tu depends gak.. tapi, siapa tak happy kan kalau setiap bulan boleh dapat duit belanja RM500 macam tu.. tanpa perlu komitmen besar, kan?

BUAT BISNES SHAKLEE


Business Shaklee

Lia seorang Stay At Home Mom. Anak sulungnya baru berusia 5 bulan. Masih dalam tempoh exclusive breastfeed. Semasa dalam pantang bersalin haritu Lia dah mula cuba suplemen Shaklee. Niatnya supaya cepat sihat, cergas dan dapat bantu banyakkan susu badan.

Alhamdulillah.. Lia puas hati sangat dengan efek yang dia dapat. Sekarang, Lia nak berkongsikan kegembiraan dan kesan positif tu dengan ramai ibu-ibu di luar sana pula. Jadi, Lia contact SID yang selalu uruskan pembelian suplemen Shaklee dia dan beritahu yang Lia nak sign up ahli Shaklee, dan nak buat bisnes Shaklee.

Bila buat bisnes Shaklee, banyak betul benefits Lia dapat. Sama macam Ayu dan Farah; tapi sebab Lia buat bisnes ni, ada extra benefits lagi sebab effort nya pun extra.

So, anda macam mana? Berminat nak jadi pengedar sah Shaklee? Sekiranya berminat, anda boleh baca info lanjut cara datar ahli Shaklee seperti yang saya share di sini; atau hubungi aje saya terus. 

Credit foto Facebook Dazzling Moms E-Shoppe


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Tahun 2015 genaplah 100 tahun sudah multivitamin tertua di dunia, Vitalea, keluaran Shaklee dicipta. Mungkin anda boleh tengok 5 manfaat Vitalea ni yang saya kongsikan di channel Youtube saya. 

Namun, tahukah anda siapakah insan hebat yang bertanggungjawab di sebalik kehadiran multivitamin yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi ini? Multivitamin yang hadirnya bukanlah kelmarin sore; hari ini ada, esok dah takde. Beliau ialah Dr Forrest C. Shaklee; seorang insan yang lahirnya telah membantu mengubah ramai manusia di dunia ini ke arah taraf kesihatan dan taraf kehidupan yang lebih baik.

Jom, kita berkenalan dengan beliau... tak kenal maka tak cinta, kan?








Bayi yang Tiada Harapan untuk Hidup


Dr Forrest C. Shaklee, anak kedua kepada pasangan Robert dan Martha Shaklee telah dilahirkan pada tahun 1894; di Carlisle, Iowa. Beliau mempunyai seorang abang bernama Ralph, 6 tahun lebih tua daripada beliau; dan adik perempuan yang muda 3 tahun daripada beliau yang bernama Cecily.

Forrest ketika lahirnya telah didiagnose mempunyai congenital tuberculosis. Malahan, ketika dilahirkan juga (ceritanya) beliau kelihatan seolah tidak bernyawa sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan artificial respiration untuk membantu meransang pernafasan. Prognosis doktor juga menyatakan bahawa jangkahayat Forrest tidak akan lama; yakni Forrest akan mati sepertimana kanak-kanak lain yang didiagnos penyakit yang sama. 

Ibubapanya tidak mahu menerima bulat-bulat prognosis tersebut; lalu melakukan pelbagai usaha untuk membantu Forrest agar dapat terus hidup seperti kanak-kanak lain yang sihat. Menurut ceritanya, Forrest terlantar berminggu-minggu di dalam buaian dalam keadaan 'motionless' (tidak bergerak, pergerakan amat minima). Ibunya Martha mencuba pelbagai teknik tradisi dengan penggunaan herba untuk membantu Forrest. Martha yakin dengan kuasa Tuhan dan kuasa alam semulajadi.

Akhirnya, demi kesihatan dan kehidupan Forrest, mereka sekeluarga pun berpindah ke sebuah ladang di Moorhead, Iowa. Di sini, Forrest diubati oleh ibunya sendiri dengan memberikan beliau diet yang kaya dengan khasiat tumbuhan semulajadi dan herba-herba; serta di sini juga beliau dapat menikmati suasana yang sihat dengan udara yang yang bersih dan segar, serta bebas pencemaran.

Akhirnya, berkat usaha gigih tersebut, pada usia 4 tahun, Forrest mampu berdiri sendiri tanpa bantuan. Namun, point yang paling penting, Forrest akhirnya disahkan doktor yang beliau telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit TiBi!

Forrest Mencipta Vitalized Minerals


Forrest mengisi masa remajanya di ladang Moorhead dengan memerhati dan mengkaji haiwan dan kitaran hidup mereka dengan alam semulajadi. Ada satu kata-kata Forrest yang sangat terkenal tentang ini, iaitu;
"Animals watch for the signals and listen to the voice of nature, while men have forgotten how to read or listen to them."

Forrest juga selalu terfikir, kenapa kanak-kanak lain yang senasib dengannya; dilahirkan dengan penyakit TiBi tidak mampu untuk bertahan, sedangkan beliau masih mampu terus menghirup udara segar di bumi ini. Akhirnya, jawapannya ialah, kerana cinta ibunya Martha terhadap dirinya yang mengubati dan menjaga dirinya dengan menggunakan kuasa alam semulajadi. 

Forrest adalah living testimony kuasa penyembuh hebat daripada alam semulajadi. 

Dipendekkan cerita, pada tahun 1915, pada usia Forrest 21 tahun, multivitamin pertama di dunia dicipta oleh beliau sendiri; dan dipanggil Vitalized Minerals. Inilah multivitamin yang diamalkan jutaan penduduk dunia sejak itu sehinggalah kini dah 100 tahun ia wujud di dunia ini.


Dr Shaklee Vitalized Minerals
Multivitamin PERTAMA di dunia


Insan yang Cintakan Ilmu



Dr Forrest sepanjang hayatnya tidak pernah berhenti belajar. Pada tahun yang sama beliau mencipta Vitalized Minerals, beliau juga telah graduated sebagai seorang chiropractor; daripada Palmer School of Chiropractic, di bawah bimbingan chiropractor pertama di dunia, iaitu Dr Daniel David Palmer. Pada 1920-an, Dr Forrest telah menerima degree sebagai Doctor of Divinity. Kemudian, pada usia 37 tahun, Dr Forrest menerima diploma sebagai Doctor of Naturopath. Kemudian, semasa Perang Dunia ke-2, beliau telah menjadi seorang licenced short-waved radio operator dan trained radio operator for submarines. Beliau juga pernah menjadi seorang radio personality. 

Dr Forrest dan Kanser



Dr Forrest juga pernah menjadi seorang radiologist (beliau buka klinik). Ketika itu, tidak ramai yang tahu tentang bahaya sinaran xray. Akibatnya, pada usia 27 tahun, Mayo Clinic melalui diagnosis yang dilakukan, mengesahkan yang Dr Forrest telah terkena Terminal Cancer. Mereka menawarkan untuk memotong lengan dan kaki beliau.

Namun, sebagai seorang manusia yang amat percayakan pada kuasa penyembuhan alam semulajadi, beliau menolak tawaran itu dan berusaha mengubati sendiri kanser tersebut. Dr Forrest kemudiannya berpindah untuk menetap di sebuah ladang di Davenport dan memulakan program intensif mengubati dirinya sendiri. Kisah ibunya Martha menjaga dan mengubati beliau sewaktu kecil, sehingga sembuh daripada penyakit TiBi menjadi inspirasi beliau.

Dr Forrest mengambil dos tinggi Vitalized Minerals yang diciptanya BERSAMA dengan satu lagi penemuan baru; iaitu mengamalkan pengambilan gabungan 9 herba yang mempunyai fungsi detoks (membersih) dan menyembuhkan sel-sel tubuh. Beliau tahu, proses detoks ini penting untuk mengatasi kesan yang dialami oleh tubuhnya yang rosak akibat sinaran radiasi di kliniknya sendiri (beliau tutup klinik tersebut selepas disahkan kanser dan pindah ke Davenport).

Buat pengetahuan semua, gabungan 9 herba itulah yang akhirnya menjadi suplemen Herb Lax yang amat popular di kalangan pengguna Shaklee kini. Selain daripada itu, Dr Shaklee juga amat menjaga diet hariannya melalui pemakanan yang 100% hanya berasaskan alam semulajadi yang bersih dan segar.

Akhirnya, selepas setahun Mayo Clinic mengesahkan yang beliau telah pulih daripada kanser tersebut.

Shaklee Product Ditubuhkan



Pada 1 April 1956, Shaklee Product ditubuhkan bersama dengan dua orang anak beliau, iaitu Lee dan Forrest Jr. Syarikat ini ditubuhkan dengan 100% komitmen untuk membantu memperbaiki taraf kesihatan manusia, tanpa mengganggu dan merosakkan alam semulajadi.

Slogan syarikat ini ialah "Products in Harmony with Nature and Good Health"; dan mottonya "DO BUSINESS BY THE GOLDEN RULE"

Dr Shaklee sebagai General Manager dan Product Development; Forrest Jr sebagai Business Manager; Lee sebagai Markerting and Promotion Manager. Business ini sememangnya family business.

Mereka kemudiannya telah mencipta satu sistem yang mana Shaklee Product bakal memberikan peluang pekerjaan dan kesihatan tanpa had kepada semua manusia di dunia, tak kira apa pangkat dan umur sekalipun.

Kini, sistem yang dicipta berdasarkan konsep "to teach others.. to teach others .. to others ini.."; menjadikan Shaklee Product sebagai syarikat Network Markerting pertama. Selain daripada itu, Shaklee Product juga amat mementingkan kualiti produk yang dihasilkan. 

Produk pertama yang dikeluarkan oleh Shaklee Products ialah Pro-Lecin Nibblers iaitu protein soya dan lecithin dalam bentuk tablet. Setahun kemudian, Herb Lax diperkenalkan dan Liqu Lea pula diperkenalkan tak lama selepas itu, menggantikan Vitalized Minerals yang asal. 

Pada tahun 1957, Vita Lea dalam bentuk tablet mula dikeluarkan di pasaran. Produk bukan suplemen pertama, namun masih lagi bercirikan selamat pada alam semulajadi, Basic H diperkenalkan di pasaran Amerika pada tahun 1960. Basic H adalah pencuci serbaguna yang PERTAMA bebas fosfat, pekat dan bio-degradable. 

Setahun selepas itu, Soy Isolate Protein pertama di dunia dihasilkan. 

Daripada Shaklee Product ke Shaklee Corporations



Pada tahun 1964, Shaklee Convention yang pertama diadakan di San Francisco dengan kehadiran seramai 150 orang busines leaders. 

Kemudian, pada tahun 1972 Shaklee Product telah ditukarkan namanya kepada Shaklee Corporation; dan beberapa tahun selepas itu, pasaran Shaklee mula memasuki Jepun, Kanada; Shaklee masuk ke Malaysia pada tahun 1988. 

Dr Forrest C. Shaklee sendiri meninggal pada usia 91 tahun (tahun 1986), dengan meninggalkan satu legasi yang besar yang terus mampu membantu ramai sehingga kini; termasuklah saya dan suami :)

Pada tahun 2004, Roger Barnett, seorang multi-billionnaire telah membeli Shaklee dan menjadi Pengerusi serta CEO Shaklee, sehingga kini. Alhamdulillah.. kami suami isteri telah diberi peluang oleh Allah swt untuk bertemu dan berbual dengan CEO kacak ini pada tahun 2014; dari Malaysia sampai ke Long Beach California. Malahan, kami juga bertuah dapat peluang menemuramah beliau khas untuk channel Youtube kami! 




Sebenarnya, banyak lagi yang saya nak kongsikan di entri ni tentang Dr Forrest C. Shaklee dan pencapaian-pencapaian Shaklee sehingga kini. Memang tak rugi rasanya saya melaburkan baki gaji terakhir saya untuk membeli set menyusu dulu; saya kini berada dalam satu legasi yang hebat dan business Shaklee inshaALLAH, adalah karier sepanjang hayat saya dan suami!


Berminat nak tau lebih lanjut tentang business Shaklee atau mahukan konsultasi memperbaiki taraf kesihatan anda, jangan lepaskan peluang hubungi saya dengan nombor telefon di bawah ok ;)

Presidential Awards 2013/2014
Presidential Awards 2013/2014

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Semalam semasa saya mengemas buku-buku nota saya di SoHo (Small Office Home Office), saya terjumpa sebuah sketchbook ni. Haah, saya memang minat kumpul sketchbook tau.. rupa-rupanya, dalam sketchbook tu saya ada buat nota tentang suplemen untuk RAMBUT. Jadi, saya ingat nak share dengan semua nota saya ni okey..


8 jenis nutrisi untuk rambut
Vitamin untuk rambut

Vitamin Untuk Rambut


Ada 8 jenis nutrisi asas yang diperlukan untuk rambut dan kulit kepala yang sihat. Rambut yang sihat bermula daripada akarnya. Akar rambut tu dapat makanan daripada mana? Dah tentu pada kulit kepala, kan? So, nak rambut macam supermodel walaupun kita ni keluar rumah bertudung litup suami dan anak-anak je hari-hari mengadap; hadapkanlah pandangan yang menceriakan hati kita dan mereka :-)

Penjagaan rambut dan kulit kepala haruslah seimbang daripada dalam dan luar ok? Makan suplemen, elak makan benda-benda kita sendiri tau alergik (macam saya kalau over makan seafood habis bertabur kelemumur sampai rambut gugur.. sobs), dan rajin-rajin jaga kebersihan rambut dan kulit kepala dengan cara guna syampu dan perapi yang sesuai, rajin tukar anak tudung, malahan sarung bantal pun kalau boleh beli jenis satin. Lifestyle pun kena jaga ;)

Nutrisi Dari Dalam


  1. Protein
  2. Minyak Ikan
  3. Multivitamin (dan multimineral)
  4. Beta-carotene
  5. Zink
  6. B Complex
  7. Lecithin
  8. Spirulina


Penjagaan Dari Luar


Di Shaklee, kami syorkan penggunaan rangkaian penjagaan rambut ProSante.


Protein


Seperti kita tau, protein ni asas kehidupan sel tubuh badan kita. Sel sihat, sel cantik; maka sihat dan cantiklah organ dan sistemnya. Protein membantu membaiki peredaran darah dan menguatkan akar rambut. Ahah! Barulah kurang masalah rambut gugur, ye tak?

Minyak Ikan


Korang tau tak yang pengambilan minyak ikan sebenarnya membantu meningkatkan kilauan pada rambut korang; serta melicinkan kutikel rambut yang bergerigi. Barulah sikat rambut tu dapat skala satu..

Multivitamin (dan multimineral)


Kita tau sel badan kita ni hidup dan bekerja sepanjang masa. Kita juga tahu, sel badan kita repair diri sendiri masa kita tidur (sebab tu kena cukup tidur tau). Tapi, kalau tak cukup nutrien, macam mana sel badan nak repair diri dia dengan sempurna? 

Selain itu, nutrien yang cukup beri warna yang cantik pada rambut.. tak kiralah hitam ke, perang ke, blonde ke.. tapi warnanya cantik!

Beta-Carotene


Ini sejenis Vitamin A. Vitamin A bukan untuk mata aje rupanya ye.. kepentingan Beta Carotene pada rambut ialah ia membantu memberi warna yang cantik pada rambut, rambut lebih bersinar dan juga sebagai perlindungan daripada sinaran uv cahaya matahari. Ala-ala sunblocked kat kulit muka. 

Beta Carotene yang cukup juga membantu rambut kita tidak terlalu kering.

Zink


Untuk rambut yang kuat dan lebat. Sebab tu, ibu-ibu lepas bersalin kami galakkan teruskan pengambila suplemen Zinc Complex walaupun dah habis pantang.

Walaubagaimanapun, zink boleh musnah/hilang disebabkan oleh stress, alkohol dan perpeluhan.

B Complex


Ada masalah beruban sebelum waktu? Kata orang tu kes orang banyak fikir. Logik sebab bila banyak fikir dan tak dapat-dapat penyelesaian; badan mula stress. Stress boleh jadi punca rambut beruban. Cara atasi, cuba amalkan pengambilan vitamin B Complex.  Selain tu, B Complex membantu setiap helaian rambut jadi lebih kuat; so, takdelah rambut tu putus bila disikat.

Lecithin


Ada 2 jenis bahan dalam Lecithin yang penting untuk rambut; iaitu kolin (choline) dan inositol. Kedua-dua ni dikenali sebagai 'hair vitamins' yang membantu rambut untuk jadi lebat dan berkilau. 

Spirulina


Spirulina membantu rambut yang kuat dan sihat, secara keseluruhan.

Cadangan Vitamin Shaklee untuk Rambut


(Disyorkan anda consult dengan SID terlebih dahulu)

  1. Energizing Soy Protein
  2. Omega Guard
  3. Zinc Complex
  4. Carotomax
  5. B Complex
  6. Lecithin
  7. Vitalea with Iron


6 Tips Ringkas Rambut Sihat


  1. Rajin bersenam atau aerobik
  2. Kurangkan stress, kawal stress
  3. Makan makanan kaya protein dan diet rendah lemak
  4. Sistem perkumuhan yang teratur; buang air besar dengan konsisten
  5. Tidak merokok. Bahan kimia dalam asap rokok rosakkan sel sampai ke rambut
  6. Minum kopi? Boleh tapi jangan berlebihan


Bersambung untuk nota entri ProSante..



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Dalam perniagaan DAN motivasi diri, "kepantasan" adalah kunci. Dalam buku The Secret, ia menyebutkan tentang...

The universe likes speed 
(Alam sukakan pada kepantasan)

Kalau melihat mereka yang berjaya, ramai melakukan kerja dengan pantas. Pantas bukan sahaja maksudnya melakukan perkara dengan cepat, tetapi, juga yang penting, memulakan sesuatu itu dengan cepat!

Kepantasan akan memberi seseorang itu:
  • Momentum yang sukar untuk dihentikan. Bayangkan sebuah kereta yang laju... kalau tekan break, mesti masih sukar untuk berhenti.
  • Berganda-ganda pengalaman. Bila pantas, kita dapat melakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Teringat saya kisah Anthony Robbins ketika masih muda (dan bekerja sebagai trainer sebuah syarikat), beliau memberi 4 training sebulan berbanding rakan2 pejabatnya yang menjalakan 1 training sebulan. Katanya, dengan menjalankan 4 training sebulan, dirinya mendapat 4 kali ganda pengalaman berbanding rakan-rakannya.
  • Kepantasan memberi kita fokus yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat perniagaan dan hidup dan memberi komitmen untuk mencapainya dengan pantas, minda kita akan memeberi fokus yang amat tinggi untuk mencapainya.
Sekiranya anda terasa diri anda dalam keadaan yang tidak bermotivasi. Atau belum lagi mencapai matlamat-matlamat anda, tanya pada diri sendiri... adakah anda melakukan perkara2 untuk mencapainya dengan pantas? Ataupun anda berlengah-lengah dan melakukan segalanya perlahan-lahan... kata mat salleh:

Taking your own sweet time

nota kaki : kena pantas dalam mencuri masa bila beranak kecil :p