Protein soya banyak manfaat dan kelebihan kepada tubuh manusia. Protein soya tinggi dengan serat dan kaya dengan phytoestroegen ; iaitu isoflavones yang terdiri genistein dan daidzein. Soya juga merupakan antara tumbuhan yang membekalkan 8 asid amino lengkap yang perlu untuk tubuh kita (manusia).

Kelebihan protein soya berbanding protein haiwan


  1. Protein soya adalah rendah lemak
  2. Protein soya tidak mengandungi kolestrol
  3. Protein soya tinggi kandungan phytochemical
  4. Protein soya adalah sumber serat yang baik
  5. Protein soya merupakan sumber mineral penting seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, dan vitamin-vitamin B (thiamin, riboflavin dan niacin)**


Antara manfaat-manfaat protein soya


  1. Antioksidan dalam makanan dari sumber soya membantu melindungi daripada kanser dan penuaan. 
  2. Melambatkan atau mungkin juga mencegah kerosakan buah pinggang bagi mereka yang ada masalah fungsi buah pinggang.
  3. Membantu mengurangkan kolestrol (jahat)
  4. Membantu mengekalkan ketumpatan tulang dan mencegah osteoporosis.
  5. Merendahkan risiko kanser usus besar dan kecil.
  6. Membantu menguatkan sistem imun tubuh
  7. Membantu merendahkan tekanan darah bagi wanita yang sudah menopouse
  8. Menghindari selesema
  9. Mengurangkan 'hot flashes' di kalangan wanita yang sudah menopouse.
Anda juga boleh baca Perbezaan Protein Soya dengan Protein Lain dalam entri saya sebelum ini.

Bersambung .. 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Assalamualaikum w.b.t.

Ingat lagi tak, saya ada syorkan Set Tambah Berat Badan yang sangat sesuai untuk mereka yang mengalami kekedingan melampau (Hiks gurau je). Untuk mendapatkan hidup yang sehat dan cergas, perkara utama yang kita perlukan adalah berat badan yang ideal. Nak tau ideal ke tak, cuba amik kalkulator, guna formula dalam link ni.

tambah berat badan
Si Skinny pun kena pandai pilih senaman tau :)
So camne dengan berat badan masing-masing? Puas hati ke tidak? Berat sangat ke, ringan sangat ke, atau pon memang ideal?? haaa tu kene la tanya diri sendiri, jangan tipu-tipu. 

Jadi nak cantik, nak tambah berat badan badan ni ada pelbagai cara. Di sini saya nak kongsikan 3 petua yang mudah untuk menambah berat badan.


  1. Minum Sekotak Susu Selepas Makan – Susu baik untuk pembentukan tulang yang kuat dan sangat bagus kepada mereka yang mahu menaikkan berat badan. Seperti seorang bayi, mereka membesar dengan meminum susu. Jadi ia amat logic untuk diprakttikkan kepada orang dewasa juga.
  2. Ambil Sumber Protien - Protien sangat bagus dan sangat diperlukan dalam tubuh badan jika mahu naikkan berat badan. Ia dapat membaih pulih otot selepas bersenam. Contoh terbaik protien adalah Kacang soya rebus, ayam, tuna, kekacang dan pelbagai lagi. Tiada masalah jika anda makan ayam setiap hari, tapi pastikan lemak, kulit yang tidak baik itu harus dibuang dulu. Bukan saja dapat mencegah penyakit, malah dapat dapat mengawal dari mengalami kegemukan melampau pulak.
  3. Ambil Nasi sebagai Sarapan – 50% pengambilan kalori datangnya daripada karbohidrat. Nasi adalah karbohidrat dan makanan ruji rakyat Malaysia. Setiap hidangan harian anda perlu mengandungi sumber karbohidrat dan jangan cuba unutk skip menu anda. Jika anda biasa makan sehari 6 kali, sila amalkan nye dengan cara yang sama. Anda boleh makan nasi lemak, nasi dagang, dan pelbagai lagi jenis nasi. Tetapi harus diingat, anda boleh mengurangkan lemak dengan mememilih beras yang tidak berkanji. Senang kan!

Source

So, mudah aje kan? Untuk sumber protein, anda boleh amalkan pengambilan suplemen Meal Shakes atau ESP. Setiap kali lepas ambik heavy meals, pastikan anda minum Meal Shakes atau ESP ni. Jadikan amalan setiap hari.. maksud saya KONSISTEN. 

Amalkanlah wahai Sahabatku yang Skinny..!

Pssstt.. promosi ESP dan Meal Shakes bulan Oktober ni masih ON. So, jangan lepaskan peluang dapatkannya k ;)
Senyum selalu Awet Muda.. 



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

- AYU -
Facebook : stmshdy mhdmhy
No Tel : 017-880 5272
Emel : ayumohdmohyi@yahoo.com

COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Salam hujung minggu semua!

Entri special.. sebab saya mahu memperkenalkan kepada anda semua team members Diari Vitamin.

Khusus kepada para pembaca dan pengunjung blog kesayangan kami yang berada di sekitar Shah Alam, Subang dan Subang Jaya, bolehlah direct hubungi mana-mana team member favourite anda seperti di bawah! Pusat operasi kami terletak di Menara U, Seksyen 13 Shah Alam (bukan branch Shaklee tau!). Landmark nak datang ke sana ialah bangunan MSU, Giant dan Tesco Seksyen 13, dan Stadium Shah Alam.


Ain. Juga boleh COD di area Gombak dengan temujanji k ;)

Ayu. Pakar tambah berat badan kami :)

Haziq. Pakar kecergasan dan kesihatan lelaki.

Yasmin. Pakar kecantikan remaja :)

So, jika anda ada sebarang pertanyaan.. nak order produk daripada saya atau mahu jadi ahli Shaklee di bawah team Supermom Academy, boleh contact mana-mana team member Diari Vitamin di atas.

Bye :)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlewat bagi saya, Mami Hadha, mewakil team Diari Vitamin untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru - Maal Hijrah 1436 kepada semua pengunjung dan pengikut blog kesayangan kami ini.

Satu soalan simple untuk bantu kita sama-sama muhasabah diri - di manakah kedudukan kita (dari aspek apa jua) setahun yang lepas .. dan setahun akan datang nanti? Sama-sama kita fikirkan. Mudah-mudahan, setiap setik berlalu, adalah dalam rahmat dan rahim ALLAH swt hendaknya. Ameen.

Apapun, suka saya nak berkongsi tips motivasi daripada Irfan Khairi yang saya terima di emel

**********************************************************************************


Adakah Benar Kekayaan memerlukan pengorbanan?

Oleh Irfan Khairi

Ada antara kita yang pernah merasai kejayaan, begitu juga ada antara kita pernah merasai kegagalan. Begitulah roda hidup, adakalanya di atas dan adakalanya dibawah. Pastinya bagi mereka yang pernah merasai kedua-dua perisa hidup ini juga tidak lari dari melihat tingkah laku mereka di sekeliling kita. Bila berjaya,ramai pula yang datang. Bila gagal, semua pula menghilang.
Bila anda kaya, pastinya ramai akan ingin menjadi sahabat anda, ramai juga akan mengaku saudara. Bila anda miskin, dan perlukan sesuatu, tiada siapa pula yang pedulikan anda.

Sememangnya wang itu penting, tetapi bukan segala-galanya boleh dibeli dengan wang.
Memang dengan wang, kita boleh beli sebuah rumah yang besar, tetapi belum tentunya tempat tinggal keluarga yang bahagia. Memang betul kita boleh beli jam berjenama mahal, tetapi tidak tentu kita boleh membeli masa. Ya, kita boleh beli segala ubat-ubatan, namun belum pasti kita dapat membeli kesihatan. Membeli buku sememangnya mudah dengan wang, tetapi belum tentu mendapat ilmu.

Ramai yang beranggapan untuk menjadi kaya, kita perlu korbankan sesuatu. Dan pengorbanan itu pula adalah satu pengorbanan yang besar. Mungkin sering kali juga kita mendengar masalah ini di mana seorang usahawan yang terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab keluarga. Atau seorang yang kaya raya joli sana joli sini, sehingga mengabaikan agama. Ada juga golongan wanita yang terlalu sibuk dengan perniagaan sehingga terabai tanggungjawab sebagai seorang ibu.


Sememangnya Islam menggalakkan umatnya mencapai kecemerlangan dalam apa sahaja bidang, termasuk kekayaan. Sahabat Rasullullah SAW juga antaranya adalah golongan yang kaya. Namun apa yang ditekan kan adalah “umattan wasatan” iaitu umat yang cemerlang dalam segala aspek dan mengimbangkan kecemerlangan itu.

Ertinya, kalau cemerlang berniaga, pastikan cemerlang juga bersama keluarga. Sekiranya cemerlang dalam perihal kewangan, jangan abaikan perihal kekeluargaan. Cemerlang di dunia, perlu cemerlang di akhirat.

Satu mindset yang perlu dimiliki dalam kekayaan adalah, tidak semestinya kita perlu memilih antara satu dengan yang lain. Sekiranya kaya, perlu korbankan sesuatu. Sudah pastinya tidak.

Tidak apa juga untuk kita mahukan kesemuanya. Ada juga yang berperasaan seumpama tamak kerana inginkan kesemuanya, keluarga yang bahagia, serta harta yang kaya.  Tanggapan sebegini perlu dibuang jauh-jauh oleh kerana ia hanya akan sabotaj diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan yang sebenar adalah apabila kita hebat dalam semua bidang yang dilakukan.

Oleh itu,pelbagai kebolehan perlu dipelajari bukan sahaja dalam skil menambahkan pendapatan, tetapi juga kebolehan menguruskan masa. Bukan sahaja skil berunding perihal perniagaan, tetapi juga skil membahagiakan keluarga.

Perlu ingat bahawa memilih satu antara yang lain akan menjadikan diri kita tidak lengkap dan tidak imbang. Sememangya wang bukan segala-galanya, tetapi pastinya wang adalah amat penting dalam hidup harian kita kini. Begitu juga dengan masa, keluarga, dan agama.

**********************************************************************************

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya