Review Youth Shaklee Selepas 4 Bulan Penggunaan

Saya mula menggunakan Youth, skincare terbaru Shaklee pada 8 Januari 2018 yang lalu, sebagai salah seorang daripada testimoni syarikat. 

Alhamdulillah.. masa Nurul (Nutritionist Shaklee) called malam 5 haribulan tu, bagai nak melompat-lompat rasanya. Excited!

Esoknya, terus pergi collect set Youth yang disediakan oleh company di Home Office Shaklee. 

Packaging masatu tak secantik yang lepas officially launched tau, tapi still the same regimen. 

Lepas collect, terus balik ke ofis Supermom dan buat sessi photoshoot. Photoshoot muka sendiri SEBELUM guna Youth, dan photoshoot produk Youth untuk own collection.




Ada apa dalam regimen Youth ni ya?



Ada 6 items utama dalam rejimen Youth ini.


  1. Luminuos Gel Oil Cleanser
  2. Perfecting Skin Toner
  3. Youth Activating Serum
  4. Age Defence Moisturizer - SPF 50
  5. Advanced Renewal Night Cream - Light
  6. Radiance C+E
Walaubagaimanapun, sejak 21 Mei baru-baru ni, Shaklee Malaysia telah bawa masuk satu lagi item iaitu, Advanced Renewal Night Cream - Rich.

Now, let me explain in details each of the items for you, based on my reviews of 4++ months usage. 


LUMINUOUS GEL OIl CLEANSER



Saya memang terus jatuh hati dengan cleanser ini pertama kali menggunakannya.

Ia adalah 3-in-1 cleanser yang tidak berbuih, ph-balanced, dan paling penting cleanser ini adalah gabungan vitamin yang dipaten bersama polifenol dan alga. Kiranya, kita ni guna vitamin untuk cuci muka. Hebat, kan?

Baunya.. tiada. Or, fresh, to be exact. Cleanser ini juga boleh dijadikan sebagai make-up remover.

Anda juga dah tak perlu scrub wajah yang berasingan kerana cleanser ini sendiri tolong buang dead skin cells pada wajah secara lembut. 


PERFECTING SKIN TONER



Macam biasa, lepas cuci muka kenalah pakai toner. Ramai wanita suka skipped this part, betul tak? Including me, until I found Youth.

Toner Youth ini ibarat double-cleansing kepada cleanser Youth tadi. Mana-mana sel kulit mati yang tak habis terkeluar tadi, dibersihkan lagi dengan penggunaan toner ini.

Di samping itu, toner ni tolong lembapkan/hidratkan kulit wajah anda dan bekalkan nutrisi untuk sel kulit. Best kan? 

Sel kulit mati ni bila dah dibersihkan barulah kulit anda lebih BERSEDIA untuk menerima produk-produk lain yang anda nak sapu selepas ini. Juga, sel kulit mati ni bila dah takde barulah kulit wajah anda tak kusam.


YOUTH ACTIVATING SERUM



Serum adalah langkah penjagaan kulit yang sangat penting sebenarnya. Lagi-lagi bagi wanita yang berusia 30 tahun dan ke atas.

Serum adalah ibarat pelembap wajah dengan booster power untuk kulit wajah anda yang lebih sihat berseri! Samada booster untuk penghasilan kolagen, pencerahan kulit wajah, pembentukan sel kulit wajah yang baru dsb.


Serum Youth ini special kerana ia mengandungi 10 kali ganda bahan aktif yang boost pembaharuan sel kulit wajah sebanyak 10 kali ganda. 


Sebab tu, mereka yang pakai Youth ni makin berseri-seri sebab sel kulitnya sihat dan fresh!

Selain daripada itu, serum Youth ini yang juga boost penghasilan kolagen di kulit wajah, membuatkan wajah anda kelihatan semakin runcing dan garis halus semakin pudar.


AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50



My favourite items also kerana ianya juga 3-in-1! Bukan aje bertindak sebagai pelembap wajah dan broad spectrum sunblock, malahan juga sebagai make up primer

Pelembap wajah Youth ini buat saya makin rajin pakai sunblock sebab semuanya dalam satu sapuan. 

Sesekali pakai make up pun tak rasa ambil masa lama, malahan pelembap ini sahaja dah beri efek glowing pada kulit wajah. Seronoklah saya!

Dari segi klinikal, fungsi sunblock dalam pelembap ini sangat berkualiti kerana ia cover perlindungan daripada sinaran matahari, UVA dan UVB sekaligus. 


ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM - LIGHT



This is my favourite also. Kalau sebelum ni, saya guna night cream Nutriwhite pun dah rasa sangat ringan dan sangat mudah meresap, yang ini lebih lagi!


Krim malam penting untuk membantu proses baikpulih dan pembaharuan sel kulit ketika anda sedang tidur. Kolagen dan elastin juga lebih aktif terhasil pada waktu ini.

Istimewanya krim malam Youth kerana diperkaya antioksida dan vitamin yang membantu sel kulit menjadi lebih sihat berseri. Pakai malam sebelum tidur untuk kulit wajah yang lebih muda, cerah dan berseri esok pagi!


RADIANCE C+E


Yang ini, bukan sebarang kapsul emas tau! Dalam banyak-banyak items, inilah yang paling powerful.

Dalam kapsul emas ini terkandung krim yang mengandungi 20% vitamin c tulen berpaten, vitamin E dan ekstrak sel raspberry. 

Semua tau kan vitamin C ni memang pilihan ramai wanita dan lelaki untuk cantikkan kulit? 

Sampai pergi cucuk vitamin C kat muka setiap bulan. Dengan Youth, tak perlu buat macam tu.

Masa malam pertama pakai, memang ada sedikit tingling sensation sikit kat pipi tapi dalam 15 minutes macam tu aje. Nothing more.

Selepas beberapa kali penggunaan, kulit muka saya jadi lebih cerah dan tegang sampai 'panda eye' pun dah tak berapa obvious. Parut-parut dan JERAGAT kat muka pun makin pudar. 

Jadi, itulah dia sedikit explanations dan review each of every items dalam regimen Youth Shaklee. Hampir 5 bulan dah saya gunakan.

Sebagai penutup, saya share dulu perubahan wajah saya menggunakan Youth selama sebulan lebih (8 Jan - 16 Feb, 2018). 





Kesan 40 hari guna Youth Shaklee


Tapi, bukan version studio sebab saya lupa kat mana file tu 😅. Cuma, masa dan lighting tu sama. Tudung aje lain warna.

Paling saya suka, parut memang cepat sangat hilang dengan rejimen Youth ni tau.. especially korang yang ada habit suka picit blackheads ke jerawat pasir ke sampai berparut, rajin-rajinlah gunakan Youth ni ya!
Okey! Nak tau lebih lanjut tentang Youth ni bolehlah wassap saya di link ini; atau terus order sendiri di sini.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya