Edisi Masteria! : Bagaimana Idea Gameboard Ini Terhasil?

Idea Bermain Sambil Belajar

Sebagai seorang SID Shaklee biasa, pasti anda mahu merasakan pengalaman menjadi Master Koordinator. Betul tak? 

Mungkin secara pembelajaran perjalanan hidup sendiri, atau melalui pengalaman hidup orang lain. Jadi dengan keprihatinan dari Master Hadhatina & Master Kamarul Baharin, telah tercetus satu inovasi permainan berupa papan. Mungkin ada orang cakap lebih kurang macam Monopoli lah, macam Jutaria lah, macam Saidina lah. 

Tetapi salah sama sekali. Ia memang sebenar perjalanan Master Hadhatina dari seorang SID hinggalah menjadi Master Koordinator.

Saya Ayu bersama team saya Supermom Office iaitu Ced, Ain dan Min dan dipantau oleh Master Kamarul telah memulakan projek Masteria ini sejak dari awal tahun 2015 lagi. Ini adalah projek sulung kami satu team. 

Macam biasa, sesebuah projek haruslah mempunyai timeline dan flow yang harus diikuti. So target kami pada masa itu adalah fokus untuk pengenalan Masteria di kelas Inisiatif SeriuosBabe! 2014 yang terakhir pada awal tahun January hari tu.





Design Masteria!

Untuk pertama kali, design Board ini didesign oleh Ced dan mendapat idea dari Master Kamarul. Pada peringkat yang pertama ini design agak kaku dan cuma meletakkan item-item penting sahaja. 

Berbentuk petak dan dimulakan dengan petak mula, pelbagai cabaran yang ada. Ada yang mendapat keuntungan, kerugian, peluang, masalah dan pelbagai lagi. Real life kan??

Cara Bermain Gameboard Masteria!

Sementara Ced dan Min yang pakar dalam design mendesign ni, saya dan Ain pula perlu menyediakan Cara Bermain, rules and regulationnya. Agak similar macam Monopoly, tetapi isi kandunganya adalah mengenai perniagaan Shaklee dan kebarangkalian dalam mendapatkan keuntungan, kerugian, peluang dan juga harta.


Masteria! by Supermom Shaklee
Edisi Pertama Gameboard Masteria

Untuk first edition ini kami cuma print 5 set sahaja. Print pulak pakai printer office saja.

Walaupun agak last minit dalam nak menyiapkan papan yang the very first edition ni, tapi akhirnya peserta SeriousBabe! dapat jugak bergelak-gelak main papan permainan ini. Ada yang siap nak beli. Wah cepat sangat tu!

Memang terkejar-kejar dibuatnya. Bukan apa, yela kami pon baru saja dibriefing mengenai projek ini. Tapi tak ape. Timeline yang diberikan kami ikot sahaja dan hasilnya sungguh mengujakan! (cewwah puji diri sendiri).

Jom tengok bagaimana gaya batch pertama bermain gameboard Shaklee paling special ni.










Team pertama lahirkan Master Coordinator.. tahniahh!

Nak Bagi Nama Apa?

Nak tau tak?? Masa permainan dikenalkan, tak ada lagi nama yang spesifik nak diberikan. Macam-macam nama yang diubah. 

Dari Wahmilicious, Supermom Board game, dan macam-macam lagi lah. Pening woooo..! hihi then sampai satu masa, (nanti saya akan ceritakan kemudian) barulah jumpa nama yang betul-betul kene dengan game, dan memenuhi syarat.

Kad Untung Rugi

Pengenalan permainan ini dimulakan dengan skop yang kecil dahulu. Ofkos lah kelas SeriousBabe!. Tujuannya untuk mendapatkan testimoni, melihat kelemahan yang boleh dibaiki dan untuk penambah baikkan. 

So dari kelas SeriouBabe! ini kami lihat, banyak komen positif dan nasihat-nasihat menarik yang boleh diambil.

Done!


Tahniah dan Terima Kasih peserta Serious Babe!
..............................................................................................................................................




Lepas baca entry ini, apa nak buat???

JOIN CONTEST !!!

#Iphone6Masteria

info lanjut di

Facebook : Supermom Masteria

Youtube : Hadhatina MKB

Cepat!! sebelum MAY 2015



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

AYU
Facebook : Ayu
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 017 880 5272
Emel : ayumohdmohyi@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!