Motivasi Menyusukan Bayi Selama 2 Tahun

Alhamdulillah, ALLAH mudahkan perjalanan penyusuan susu ibu saya. So, harini saya nak berkongsi checklist mudah untuk bantu ibu-ibu baru achieve target dapat susukan anak mereka sehingga genap 2 tahun.


Target yang jelas, terperinci dan ada action plan


Bagi ibu-ibu baru, saya bantu anda semua meletakkan target untuk menyusukan anak selama 2 tahun sepertimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..”  Surah al-Baqarah 2: 233

Bermakna, tempoh sempurna penyusuan susu ibu ialah selama 2 tahun. Namun, jika  anda mahu extend selepas daripada itu, tidak ada masalah. Anak sulung saya pun menyusu lebih daripada 2 tahun dan alhamdulillah, dia juga wean-off sendiri dengan mudah walaupun menyusu lama. 

So, tetapkan target yang jelas. Bilakah tempoh genap 2 tahun anak anda menyusu badan nanti? Tuliskan tarikhnya dan hafal. Anda pasti rasa termotivasi begini. Contohnya, anak saya Ilham Bakhtyar bakal genap menyusu 2 tahun pada 5 Oktober 2015. Raja Haji tahun ni genap setahun Ilham menyusu badan, bermakna tinggal setahun je lagi. Alahai.. Cepatnya Am membesar ye? Mak tak puas lagi susukan Am tau :)

Pecahkan target besar kepada target-target kecil


Dua tahun mungkin ada yang rasa lama, lagi-lagi jika di awal fasa penyusuan susu ibu anda berdepan dengan pelbagai dugaan. Famili tak supportive, rutin kerja yang memenatkan, susu merudum, sakit, pregnant next baby lebih awal dsb. Semua faktor ni boleh menjadi punca ibu jadi down (patah semangat), hilang fokus dan akhirnya ambil keputusan untuk quit. Jangan! 

Nasihat saya yang tak pakar ni, pecahkan tempoh masa 2 tahun tu kepada 4 fasa. 6 bulan - 6 bulan - 6 bulan - 6 bulan. Berdasarkan pengalaman saya, setiap 6 bulan ni memang ada je perubahan besar berlaku tau. Tapi salah satu teknik menarik yang geng-geng susu ibu guna ialah mengkategorikan milestones tu mengikut kelulusan akademi.

  1. 6 bulan pertama - Diploma. Ni memang tempoh penyusuan ekslusif.
  2. Genap setahun - Ijazah.
  3. Setahun setengah - Masters
  4. Dua tahun sempurna - PhD

Menarik dan mengujakan kan? ;)


Tuliskan target dan kongsikan dengan kawan-kawan


Pergilah mana-mana kursus motivasi pun, pasti ini teknik wajib apply. So, anda dah tau target tinggal nak pindahkan ke atas kertas je. Lebih menarik, saya diajar teknik Vision Board di mana segala yang kita visualized dalam otak dijadikan satu cerita bergambar. Tulis atau lukis bila tarikh anda dapat Diploma, Ijazah, Masters dan PhD dalam perjalanan penyusuan susu ibu anda sendiri. Percaya anda dah berjaya and you really will make it happen!

Bagi yang ada blog, anda boleh letakkan macam-macam gadget cute di blog untuk pantau milestone dan selalu tengok vision board anda tu. Mungkin header blog anda adalah Vision Board anda, kan? ;)

Kenapa perlu share? Biasanya dengan cara berkongsi impian dengan orang lain, kita akan lebih bermotivasi dan yakin dan tercabar untuk pastikan target itu tercapai. InshaAllah.

Rewards diri setiap kali berjaya habiskan satu milestone


Contohnya, anda berjaya habiskan tempoh penyusuan ekslusif tanpa ada setitik pun air lain masuk ke tekak bayi. So, bolehlah nak reward diri dengan sesuatu yang anda nak sangat. Maybe sebuah iPad Air untuk bantu anda update blog? Atau belanja geng-geng pam susu kat office makan-makan sambil bertukar motivasi? Tak payah tunggu orang hadiahkan, we work for it ourself okey? :)

So, itu dia 4 tips yang saya boleh share dalam entri kalini. Diharap dapat membantu kawan-kawan especially new mommies yang berhasrat mahu menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan malu-malu hubungi saya ok di 0192939886 atau emel kepada yoursupermom.office@icloud.com

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!