Saya nak share beberapa panduan ringkas bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum.
Kenalpasti Punca Susu Mulai Merudum
Anda boleh refer entri ini mengenalpasti faktor manakah yang menjadi punca susu anda mulai berkurangan? Adakah :
- Jadual pam anda sudah 'lari tuned'?
- Anda letih dan stress?
- Anda mulai mengamalkan kaedah perancang keluarga?
- Anda hamil?
- Anda period?
- Anda kurang ambil berat diet dan nutrisi harian?
- Anda sakit dan ada mengambil ubat/antiobiotik kebelakangan ni?
- Dll.
Pastikan.
Teknik Power Pumping/Hyperstimulation/Tandem Nursing
Boleh refer entri saya di sini untuk mengetahui dan memahamkan bagaimana teknik ini membantu mengembalikan semula keceriaan anda berserta kaedahnya.
Bagaimana dengan teknik tandem nursing?
Sebelah pam dan sebelah lagi anak menyusu direct dengan ibu.
Kerapkan Direct Feeding/Skin-to-skin Contact
Ketahui bahawa anak/bayi anda adalah breastpump terhebat di dunia. So, manfaatkan kelebihan ini ok? Really, really enjoy the moment dan redakan stress anda.
Positif, Yakin Diri dan Berdoa
Ini amat penting. Yakin selalu bahawa sebenarnya susu ibu cukup untuk anaknya. Seorang ibu perlu cukup happy dan positif jika serius mahu menjayakan perjalanan penyusuan susu ibu.
Bagi yang Muslim, amalkan zikir-zikir dan doa-doa tertentu untuk membantu dari segi amalan kerohanian. Bertenang dan tak perlu nak bandingkan hasil perahan dan kemontelan anak kita dengan orang lain. Setiap anak dah tentu berbeza demand dan result kan?
Anda juga boleh baca 15 Tips Boost Susu Ibu ini untuk lebih info.
Alhamdulillah. Semoga entri saya ini bermanfaat dan mampu menyelesaikan kebuntuan ibu-ibu yang sedang menghadapi masalah susu merudum. Sekiranya anda ada pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi saya seperti di bawah ok :)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 019 293 9886
Emel : hadhatina@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!