10 Sebab Susu Badan Merudum (Bahagian 2)

Dalam entri sebelum ni, saya dah kongsikan 5 faktor yang menyebabkan susu badan ibu mulai merudum. So, jom kita lihat 5 lagi faktor yang seterusnya.

Breastpump yang Tidak Sesuai


Sebenarnya, bagi ibu- ibu yang bekerjaya terutamanya, pemilihan breastpump yang mampu membantu anda memerah susu secara optimum adalah penting. Sekiranya breastpump tersebut menyakitkan anda dah tentu lama-kelamaan anda sendiri hilang semangat nak mengepam! So, apakata invest sedikit wang untuk membeli breastpump yang bagus. Zaman saya 4,5 tahun breastpump yang berkualiti memang agak pricey... Namub, sekarang banyak pilihan breastpump berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Lagipun, breastpump yang elok ni boleh digunakan lama selain ia menjadi motivasi untuk ibu tersebut.

Saya syorkan cuba invest beli breastpump yang boleh double-pumping so kurang stress pada badan. 

Psstt.. Saya sempat beli satu set breastpump Medela Free Style sebelum saya sendiri sahkan saya hamil yang latest ni! 

Mengandung


Alhamdulillah.. Ini kehamilan keempat saya dan ketiga ketika saya masih menyusukan anak yang masih kecil. Syukur Allah beri saya peluang mampu menyusukan anak-anak saya ketika hamil, namun sejujurnya ia adalah pengalaman yang amat mencabar! 

Saya share sahaja kenapa susu merudum ketika hamil daripada entri ini

Sebab utama penghasilan susu berkurang ketika ibu mengandung adalah kerana kadar hormon progesterone dalam darah ibu meningkat. Hormon ini penting bagi mempertahankan kehamilan, tetapi pada masa yang sama kadar yang tinggi ini menyekat kerja hormon prolaktin, hormon yang membantu penghasilan susu. Kerana kadar hormone progesterone (ketika ibu hamil) ini jugalah konsep “supply and demand” kurang berkesan dalam meningkatkan supply susu jika dibandingkan ketika ibu tidak hamil. Pn. mungkin akan mendapati supply susu tidak meningkat dengan ketara walaupun anak menyusu dengan lebih kerap atau Pn. mengepam dengan lebih kerap. Usaha-usaha untuk meningkatkan supply susu agak terhad kerana faktor hormon progesterone ini. Selain itu, pengambilan galactagogues seperti herba dan ubat-ubatan (untuk meningkatkan supply susu) tidak digalakkan ketika ibu hamil. 


Susu ibu yang dihasilkan ketika ibu mengandung juga “lain” rasanya. Ini menyebabkan sebahagian besar anak2 yang sedang menyusu tidak lagi menyusu dengan kerap. Malah, ada juga yang memilih untuk berhenti menyusu. Apabila, bayi/anak tidak lagi menyusu dengan kerap, bekalan / penghasilan susu pun akan berkurangan dengan lebih cepat.


Anak Dah Besar


Anak dah besar maksud saya di sini ialah apabila anak dah mula menghampiri usia 2 tahun. Pada masa ini, ibu tak perlu terlalu stress jika susu tidak semeriah semasa anak masih peringkat bayi, kerana pada masa ini susu ibu bukanlah makanan utama si anak lagi. Namun, teruskan menyusui anak mengikut demand kerana pada ketika ini apa yang penting adalah ibu mengekalkan bonding ketika saat penyusuan tersebut. Stress cuma akan membuat ibu lebih jauh dan lebih sukar untuk meneruskan proses penyusuan. 

Tips saya mudah aje, enjoy the moment dan yes, jagalah bab-bab yang ibu jaga ketika menyusukan anak itu pada peringkat bayi dahulu k.. Susu ibu inshaAllah sentiasa cukup untuk anaknya :)


Puasa


Sebenarnya, puasa tidaklah menjejaskan penghasilan susu ibu. Ini kerana, penghasilan susu ibu bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif, baik yang direct feed mahupun ibu yang mengepam susu. Namun, penghasilan susu ibu mungkin akan terjejas sekiranya ibu mengalami dehidrasi. Oleh yang demikian, amat penting bagi seorang ibu yang menyusukan anak yang berpuasa memastikan tubuh mereka mempunyai cecair yang cukup dalam tubuh. 

Antara tips yang saya selalu amalkan ialah dengan melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka, minum sikit-sikit sepanjang malam supaya badan cukup air, kurangkan makanan berminyak, pedas dan tidak mengambil sebarang kafein ketika berpuasa dan seterusnya berdoa dan bertawakkal agar dimudahkan urusan menyusukan bayi. Bagi yang mengepam susu, pamlah di awal waktu ketika susu masih banyak dan patuhi jadual seterusnya seperti biasa.

Diet yang Kurang Seimbang


Sekiranya seorang ibu boleh menjaga diet yang sepanjang tempoh kehamilan, mengapa amalan baik itu tidak diteruskan juga sepanjang tempoh menyusukan anak? Pada saya, bermulanya fasa saya untuk lebih concious bab kesihatan sepanjang hayat sebaik sahaja saya bergelar ibu. Alhamdulillah.. 

Mengapa penting menjaga diet? Bukan diet yang kuruskan badan tu tau.. Diet di sini bermaksud mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang inilah yang menjadi asas kepada kesihatan dan kecantikan seorang ibu. Apabila badan sihat, otak pun cerdas dan tajam, tenaga pun maintain, mood pun baik, sukar dijangkiti penyakit dan si ibu sentiasa kelihatan jelita dan berseri-seri, inshaAllah. Bukankah penyusuan susu ibu itu juga manfaatnya untuk si ibu juga?

Namun, sekiranya gaya hidup si ibu tidak mengizinkan beliau untuk berdiet secara seimbang melalui pemakanan harian, saya syorkan amalkan pengambilan makanan tambahan yang dapat mengisi lompong nutrisi dalam tubuh si ibu.

Okey! Cukup 10 sebab yang dapat saya share kenapa susu ibu mulai merudum. So, stay tuned untuk next entri pula saya berikan tips dan cara saya handle situasi getir ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan produk Shaklee, boleh hubungi saya di 0192939886 (Mami Hadha) atau emel ke 
yoursupermom.office@icloud.com

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!