Vitamin Shaklee Untuk Bantu Tingkatkan Kesuburan Anda

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Kehamilan adalah satu berita gembira yang dinantikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Hakikatnya, itulah antara matlamat perkahwinan di dalam Islam sendiri, selain daripada fungsi lelaki dan wanita saling melengkapi antara satu sama lain.

Namun demikian, tidak semua pasangan bernasib baik mudah untuk mendapatkan zuriat. Justeru, pelbagai petua dicuba, semua pantang-larang dipatuhi. Terdapat pelbagai petua dan tips yang boleh kita cuba untuk meningkatkan kesuburan, sekaligus meningkatkan peluang untuk hamil. Namun, entry kali ini saya akan berkongsi idea dengan anda semua tips untuk meningkatkan kesuburan bersama vitamin Shaklee. Apapun, niatkan di dalam hati, semua ini adalah sebahagian daripada usaha kita inshaALLAH.

Vitamin-vitamin Shaklee yang disyorkan untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri


GLA Complex


Saya syorkan pengambilan GLA Complex kepada kaum wanita untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan mereka. Secara amnya, terdapat beberapa fungsi berkaitan kesuburan yang boleh dibantu oleh GLA Complex ini


  1. Mengatur kitaran haid seseorang wanita supaya lebih cantik lantas memudahkan perkiraan waktu subur dibuat
  2. Menambah kualiti kepada cecair mukus serviks wanita supaya lebih subur. Fungsi GLA ialah membantu seseorang wanita menghasilkan cecair mukus serviks yang berkualiti (subur). Cecair mukus serviks ini sifatnya seperti putih telur, pekat dan banyak. Awas jika ia tidak bersifat sedemikian. Cecair mukus serviks inilah yang membantu pergerakan sperma melalui tiub fallopian terus ke uterus untuk proses persenyawaan dengan ovum. Selain daripada itu, cecair mukus ini juga membantu sperma untuk hidup selama 5 hari di dalam tiub fallopian, justeru meningkatkan peluang kehamilan walaupun belum 'kena' waktu subur ketika 'bersama'


Zinc Complex


Disarankan pengambilan Zinc Complex ini untuk suami, terutamanya bagi tujuan kesuburan. Zinc Complex pula membantu menambah kualiti sperma suami dari segi bilangan sperma, motiliti dan ciri-ciri fizikal sperma. Kajian menunjukkan bahawa antara ciri-ciri sperma yang bagus ialah mempunyai kandungan zinc yang tinggi. Ini kerana, zinc sendiri merupakan bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan bahagian luar dan ekor sperma yang kuat. Hanya sperma yang kuat dan berkualiti sahaja mampu menembusi segala rintangan untuk tiba kepada ovum. 

Selain itu, zinc berperanan membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi kepada kaum lelaki, serta memainkan peranan dalam proses pembentukan genetik pada DNA, di samping fungsi asas zinc untuk meningkatkan sistem imun (melawan bakteria) di dalam tubuh.

Vitamin E


Pengambilan Vitamin E disyorkan untuk kedua-dua pihak suami dan isteri. Umum mengetahui yang vitamin E merupakan anti-oksidan.

Anti-oksidan berfungsi untuk memelihara sel-sel tubuh daripada dirosakkan oleh radikal bebas yang mudah berkeliaran di dalam tubuh manusia. Perlu diingat, radikal bebas boleh merosakkan kualiti sperma dan ovum.

Vitamin E Shaklee yang kaya dengan Selenium pula membantu meningkatkan kualiti dan 'sperm count' serta mengurangkan risiko kecacatan pada janin. Vitamin E pada kaum wanita penting untuk kesihatan rahim.

Selain daripada itu, Vitamin E yang terkenal dengan jolokan nama 'vitamin cinta' atau 'vitamin seks' ini sangat membantu memperbaiki tahap libido (keinginan seks) seseorang.

So, itulah dia 3 vitamin asas daripada Shaklee yang disyorkan bagi tujuan meningkatkan kesuburan sekaligus membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kesuburan ini, bolehlah hubungi saya seperti di bawah.


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp : 019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: www.diarivitamin.com

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!