Kulit wajah yang sedang bermasalah memang merunsingkan. Nak pandang runsing, nak pegang runsing .. nak pakai mekap pun rasa macam terapung je segala foundation, bedak, blusher, eye shadow semua tu kat kulit. Bercapuk-capuk aje rupanya! RUNSING!
Sabar ye kawan-kawan, entry kali ni, saya kongsikan pula sedikit panduan untuk penjagaan kulit wajah yang bermasalah ni.
JERAWAT
Pertama, pastikan anda mencuci wajah 2 kali sehari dengan pencuci muka yang bersesuaian. Gunakan toner selepas mencuci muka. Toner berfungsi untuk menutup pori-pori kulit yang terbuka semasa kita mencuci muka tadi, menyegarkan dan lanjutan kepada proses pembersihan muka, iaitu menghilangkan sisa2 pencuci muka yang masih terlekat di wajah. Banyak minum air putih dan mengambil Vitamin C yang mencukupi. Gunakan masker jerawat untuk membantu merawat jerawat dan supaya jerawat cepat kering.
JERAGAT/ BINTIK HITAM
Mematuhi asas penjagaan muka iaitu mencuci, menyegar dan melembap. Menggunakan krim siang/ malam yang bersesuaian. Amalkan penggunaan krim anti-aging.
WHITEHEADS (BINTIK PUTIH)
Mematuhi asas penjagaan muka iaitu mencuci, menyegar dan melembap. Menggunakan krim untuk whiteheads Skrub muka dua kali seminggu.
BLACKHEADS ( BINTIK HITAM)
Facial wajah sekurang-kurangnya seminggu sekali, lengkap dengan penggunaan masker dan skrub wajah yang bersesuaian. Boleh juga gunakan krim muka dengan fungsi whitening
PIGMENTASI
Pengambilan Vitamin C yang mencukupi (buah-buahan, sayur-sayuran, suplemen) Elakkan daripada kerap terdedah kepada cahaya matahari
AKNE
Penjagaan kulit wajah yang konsisten Menggunakan produk yang bersesuaian untuk mengelak radang/ jerawat/ ruam Jika jerawat banyak, elak daripada guna skrub
GARIS HALUS
Amalkan penggunaan krim/ masker anti-aging
Nota :
Untuk penjagaan dalaman wajah, boleh amalkan pengambilan vitamin B Complex, vitamin C dan Vitamin E. Ini adalah vitamin-vitamin asas ke arah kulit yang lebih sihat dan cantik.
Boleh hubungi saya untuk konsultasi dan pesanan vitamin.
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!