Nota Konsultasi Pengedar

Seorang ibu bertanya apakah suplemen yang sesuai untuk anaknya yang kerap demam? Saya katakan padanya, sebelum saya mencadangkan suplemen yang bersesuaian, saya perlu dia menceritakan beberapa perkara seperti :

  1. Adakah anaknya ditinggalkan di nursery, di rumah nenek atau dia jaga sendiri?
  2. Bagaimana persekitaran rumah?
  3. Alahan terhadap apa-apa? Habuk? Kucing? Cuaca sejuk?
  4. Bagaimana diet harian mereka sekeluarga termasuk si anak?
Begitu juga jika ada yang bertanya suplemen apa yang sesuai untuk ibu mereka yang suka sakit-sakit kaki.

  1. Berapakah umur ibunya? 
  2. Diet harian ibunya?
  3. Berat badan ibunya?
  4. Adakah ibu beliau jenis yang terlampau aktif?
  5. Adakah ibu mengambil sebarang ubat-ubatan?
Manakala bagi ibu menyusu yang mencari vitamin yang bersesuaian pula, antara perkara penting saya perlu tahu.

  1. Adakah dia mempunyai masalah penyusuan? Jika ada, seriuskah? (Susu drop, bayi refuse nipple, pam tak keluar dll)
  2. Jadual pam susu
  3. Diet harian
  4. Lifestyle, kerja
Dan banyak lagi kes. Sekadar memberi contoh. 

Sebelum mencadangkan apa-apa vitamin, saya perlu tahu serba-sedikit background anda. Saya bukan doktor. Saya juga tidak akan me'replace' ubat yang doktor beri pada anda dengan vitamin Shaklee. Apa yang saya syorkan adalah cadangan dan saya akan memberi konsultasi untuk anda bagaimana mahu mengamalkan vitamin-vitamin itu, dan menyesuaikan jadual pengambilan vitamin bersama ubat-ubatan yang dibekalkan doktor.

InshaALLAH. Pengambilan vitamin juga adalah sebahagian daripada usaha kita untuk kekal sihat. 


1 comment:

  1. He He he..
    Sy pun tak sabar nak mcubanya..
    Jom, rakan2..kite mcubanya utk anakanda tchenta..

    ReplyDelete

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!