Masalah Kurang Darah Ketika Hamil

Dalam entry semalam yang bertajuk Kepentingan Zat Besi (Iron) Kepada Wanita Mengandung, saya telah berkongsi testimoni dan fakta tentang kepentingan iron secara umum, dan vitamin daripada Shaklee yang disyorkan ialah VitaLea.

Hari ni, saya nak berkongsi pula tentang masalah kurang darah di kalangan ibu mengandung (dan juga ada beberapa orang customers saya mengadu yang anak mereka menghadapi masalah yang sama)

credit to Momma Mia

Apa itu kurang darah sebenarnya?


Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin


Punca kurang darah:


Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

•Kurang memakan makanan yang berzat dan yang mengandungi zat besi
 •Ibu yang kerap bersalin
 •Jangkitan cacing
 •Pendarahan dari faraj atau buasir
 •Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?


Tanda-tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

•Kelihatan pucat
 •Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah
 •Rasa mahu pitam bila bangun
 •Sentiasa rasa pening
 •Bengkak kaki dan muka
 •Kebas kaki dan tangan
 •Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?


Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah.

Kesan bila dipandang remeh:

• Anda mungkin mengalami keguguran
 •Melahirkan anak tidak cukup bulan
 •Anak mati dalam perut
 •Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
 •Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
 •Keluaran susu badan akan berkurangan
 •Mudah mendapat penyakit lemah jantung
 •Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
 •Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi:

• Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit
 •Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
 •Rehat dengan cukup
 •Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
 •Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
Diharap info ini dapat memberi gambaran kepada anda keadaan kurang darah ini. Bagi ibu mengandung, pengambilan iron yang cukup haruslah dipastikan dalam diet anda. Jika anda sukar mendapatkan sumber iron ini daripada sumber semulajadi (sebanyak 18mg sehari), anda boleh mengambil suplemen.

Dalam Shaklee, suplemen yang disyorkan ialah Vitalea, yakni multivitamin lengkap iron, dan ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.


Sayangi diri. Kasihi bayi anda.


0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!