Bagi mereka yang mahu memulakan sebarang program kesihatan, adalah lebih baik jika anda melakukan proses detox terlebih dahulu. Detox iaitu proses membersihkan tubuh dan seluruh sistem dalaman tubuh membantu penyerapan nutrien/vitamin ke dalam tubuh dengan lebih optimum kelak. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
Amat disarankan detox ini bagi mereka yang mahu menjalani program weight management.*
Kesan pembentukan dan pengumpulan toksin dalam tubuh.
- Sakit kepala yang kerap
- PMS
- Sakit sendi
- Keletihan
- Kulit melepuh
- Pencernaan bermasalah
- Halitosis (nafas berbau)
- Jangkitan yang berulang-ulang
- Kekurangan daya imun tubuh
Now, jom study pasal program detox yang ditawarkan oleh Shaklee.
Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi
Detox Hati/Liver Detox
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
- milk thistle seed
- schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
- cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
- dandelion
- kunyit
- artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)
Pembersih Usus/Colon Detox
Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.
Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria
- penggunaan antibiotik.
- umur
- pemakanan yang tidak sihat
- pengambilan serat yang rendah
- kontraseptif oral
- ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
- tekanan
- pengambilan gula yang tinggi
Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.
Pencuci Darah
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama..
Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.
Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.
Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan
Pencuci Keseluruhan Tubuh
Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.
Selain itu, berpuasa adalah juga satu cara terbaik untuk detox! Dr Shaklee tidak memakan makanan pepejal sehari dalam seminggu untuk membantu menjaga sistem badannya.
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!