Kaitan Kuasa Minda dan Target Penyusuan Susu Ibu

Ini topik kegemaran saya sejak dari zaman universiti lagi. Saya memang percaya pada kuasa minda, kekuatan minda. Dan, idola saya adalah Dr Hm Tuah Iskandar Al Haj.

Saya taknak cerita panjang. Cukup kawan-kawan faham, ada beza antara otak dan minda, dalam entry2 yang akan publish ni. 

Otak is brain. Minda is mind.

Cerita tentang otak



Otak kita mempunyai 10 hingga 15 billion neuron. 

Apa itu neuron? 


  1. Neurons mengandungi bahan sel yang saling bersambung di antara satu sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses membuat maklumat di antara satu neuron ke neuron yang lain. 
  2. Jumlah neuron di dalam otak tidak melambangkan kecerdikan seseorang, tetapi rangkaian yang menghubungkan antara neuron dengan neuron, atau kita panggil synaps yang menentukan tahap kecerdasan seseorang.


So, bagaimana nak jadi orang yang cerdas? gunakan fungsi otak, yakni BERFIKIR dengan sesungguh hati. Takde orang mati sebab banyak berfikir ye. 

Gunakan peranan otak kiri dan otak kanan semaksimum yang mungkin. Semakin banyak kita berfikir, semakin banyaklah sel-sel neuron yang terangsang dan bergetar, dan menghasilkan synaps.

Cerita tentang minda


Minda ialah akal, fikiran. minda terbahagi kepada dua : -

  • Minda sedar = Concious mind
  • Minda bawah sedar = Subconcious mind
Concious mind asasnya bergantung kepada 5 pancaindera kita, iaitu penglihatan, pendengaran, hidu, bau , sentuhan dan rasa.

Contohnya apabila kawan-kawan kata " saya mahu makan suplemen ini untuk menghasilkan susu badan yang lebih bernutrisi". Sebenarnya, consious mind kawan-kawan yang cakap macam tu. 

Kemudian, melalui concious mind ni, kawan-kawan dapat berhubung dengan sub-concious mind kawan-kawan. sub-concious mind menerima arahan dan target daripada concious mind.

Sebab tu kena ada target, matlamat. Yang jelas. Inilah tugas terpenting concious mind tadi. Memberitahu sub-concious mind apa yang kawan-kawan mahukan. Kemudian, tugas hati kawan-kawan pula ialah percaya bahawa kawan-kawan akan dapat apa yang kawan-kawan mahukan. 

Sebab tu kena positif, berbaik sangka.

Target utama sub-concious mind ialah mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh concious mind tadi. So, kalau kita takde target, rugilah. 

Sebab sub-concious mind ni sangat powerful! Sub-concious mind ni ibarat gudang segala maklumat dan kemahiran yang kita perolehi sepanjang hidup kita. Dan, apabila ia mendapat arahan daripada concious mind, segala maklumat dan kemahiran tu akan dikeluarkan (digunakan) untuk memberi satu jawapan.

So, apa yang saya nak sampaikan ialah, dalam hidup ni perlu ada target. Macam seorang bf mommy, apa target dia? Nak menyusukan anak dia sekurang-kurangnya selama 2 tahun dengan 6 bulan pertama penyusuan ekslusif. 

Kalau boleh, tulis. macam saya buat kat sidebar blog ni. Perasan tak saya dah letak sekian-sekian target tempoh penyusuan icha.

Jadi, bila ada target, kita akan jadi seorang yang tekad. Kita akan berusaha nak capai target yang kita tetapkan. 

Setiap kali saya baca target tu, sub-concious mind saya akan keluarkan segala idea yang akan bantu saya supaya saya dapat capai target tu. 

Tugas concious mind saya ialah memberi maklumat kepada sub-concious mind saya tentang target ni.

Bila ada target. Kita akan tempuh segala dugaan asal target tercapai. Betul tak? Walau hampir kering susu di badan, tapi kerana ada target, tempoh 2 tahun bukanlah satu masalah. Malah perjalanan yang menyeronokkan!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!