Gigi Pertama Alya Qatrisya!

Icha dah tumbuh gigi!

pagi semalam, selepas bagi icha 'breakfast', saya pun bermain-main dengan icha. biasalah tu, sementara tunggu air panas kan? saya geletek icha sampai dia terkekek-kekek gelak. tiba-tiba saya terperasan sesuatu yang ganjil kat gusi bawah icha. ada benda putih. so, saya pun buka tarik bibir bawah icha juihkan dan check. saya tekan-tekan kat gusi tu... keras je ni. saya tengok betul-betul...

eh? GIGI! icha dan tumbuh gigi? alhamdulillah. ini sudah marvellous. no wonder la 3, 4 hari yang lepas icha asyik nak mengempeng aje dengan saya. bukannya menyusu pun! saja nak bergayut lama-lama. then, sehari sebelum icha masuk 4 bulan, suhu badan icha naik sedikit. syukurlah icha tak meragam. saya upkan intake vitamin C dan B Complex. tapi, saya lah yang risau lebih-lebih. suhu yang tinggi tak baik untuk protein kan? dan otak kita kan terdiri daripada protein? urgghh.. (nasib baik trial pack dah siap pack banyak-banyak)

rupa-rupanya si manja saya ni gatal gusi. cepat juga kan umur 4 bulan tumbuh gigi? kata akak sedara saya " ni mesti mak dia banyak makan kalsium". hehehe.. saya memang kuat minum susu, dan saya memang makan pil kalsium (ostematrix SHAKLEE) sebab saya kurus sangat - takut tulang rapuh PLUS saya dah start period!

nak snapped gambar gigi icha, tapi tak dapat laa.. cuma dapat gambar aksi kiut ni je. hobi icha yang agak baru - tarik comforter sampai tutup kepala dia dan gigit (bawah penjagaan saya lah)

comel kan? :p

tak habis-habis nak puji anak sendiri. biasalah.. ada ke mak yang cakap anak dia tak comel? satu lagi skill baru icha - menyusu sambil menyanyi.. lebih teruk dari dulu. dulu mulut katup suara keluar. now ni, mulut icha tu macam itik tengah bising. boleh imagine tak? then, icha dah pandai menangis yang paling teruk sekali kat dunia (saya) seolah-olah sesuatu yang buruk terjadi pada dia. tapi, bila saya muncul je depan mata, terus senyap. ok.. mak faham. u want me to hug u rite? :p

kata abah icha " ni ngikut perangai mak kamu le ni.. bila kena tinggal dengan abah, menangis. bila tidur tak kena peluk, merajuk." ~ baru saya tahu betapa tersiksanya hubby saya berkelakuan begitu. sorry bang.. nanti sayang buat lagi banyak2 kali ye! ;-)

refer to babycenter.com - icha is supposed to start her first word now! (^_^)

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!