Hanya beberapa minggu lagi Ain bakal melahirkan anak kedua. Walaupun tahun lepas dah merasa bersalin anak pertama still rasa sangat-sangat NERVOUS. Mana taknya dahulu memang langsung tiada pengalaman bersalin pun.Main terjah je labour room tu hanya tawakal je. So, bagi entri kali ni Ain nak kongsi dengan korang semua tips dan panduan yang boleh digunakan untuk memudahkan bersalin. Insyallah...






1.  Amalkan bacaan ayat-ayat AQ, selawat dan zikir


Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh cam surah Al A’raaf (128), surah At Taubah, surah Yunus (31), surah Yusuf (68),  surah Al Hijr (97-99), surah An Nahl (78), surah As Sajdah (7-9), surah Maryam dan surah Yaasin. Selain itu, amalkan baca Al fatihah, 3 qul, Ayat Kursi dan selawat syifa’ sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah. Masa pregnant Allysha la aku hafal selawat syifa’ iaitu selawat penyembuh. Selain tu, zikir Fatimah untuk megurangkan rasa penat dan letih.


2. Minum air kelapa muda


Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat. Masa Mikhail dulu memang saya sentiasa menyuruh husband membeli air kelapa muda. Ye, kepala Mikhail tak kotor / berkerak pun masa dia lahir. Hopefully dalam masa sebulan ni banyak la stock kelapa muda supaya dapat sentiasa minum.

3. Buat kerja rumah


Officemate mesti ingat lagi cerita yang Ain yang sempat memasak, mop lantai, basuh/sidai/lipat/gosok baju dan mengemas rumah malam sebelum bersalinkan Mikhail. Dah ada instinct Ain nak bersalin dalam masa terdekat sebab dari petang sebelumnya macam ada contraction every one hour. Ain pun lagi cergas lah buat kerja rumah sebab nak lawan rasa sakit tu dan nak cepatkan bukaan pintu rahim. 

4.  Banyakkan berjalan 


Masa Mikhail dulu setiap hari memang husband Ain akan ajak berjalan selepas waktu bekerja. Laju je jalan macam orang tak peknen. Tapi this time, jalan sikit je dah rasa perut ni mengeras. Pastu baru berjalan 2,3 minit dah rasa macam kepala baby betul-betul kat bawah sampai nak terkucil-kucil jadinya. Jalan sikit, kena stop kejap. Hmm.. Tapi takpe, akan diusahakan cara yang lain.

5. Banyakkan ‘aktiviti’ bersama suami


Memang tak terfikir pun ‘aktiviti itu’ adalah salah satu usaha memudahkan bersalin. Nasib baik we ols ada attend antenatal class last year. Doctor sendiri yang bagi talk dan advise camni. Memula semua orang tergelak. Tapi dia dengan seriusnya explain this and that. In simple words, boleh mengembangkan pintu rahim katanya. Ooooo.. Based on my experience, it is logic and effective. Seriously. Find the most suitable position for mummy with big tummy. Kalau rasa malas dan agak tak bernafsu, ingatlah ni untuk memudahkan bersalin. Pasni nak pantang 100, 200 hari, sukati kauuu.. So you have to do it no matter what! Heee.. Selain tu, doctor ajar juga breathing exercise masa nak push out, etc. Sangat bagus antenatal class tu tau..Tak rugi half day kita. Ilmu sangat bermanfaat. Sila cepat register kat memane hospital jika anda masih ada masa tapi belum pergi lagi.

6. Minta ampun sekerap yang mungkin


Bagi Ain, ni lah perkara paling penting. Minta maaf dengan semua orang especially suami. Selepas tu, dengan family. Dengan redha mereka, insyallah proses bersalin akan menjadi lebih mudah dan lancar. Amin

7. Akar Fatimah dan air selusuh


Minum masa dah nak bersalin. Ni Ain buat sendiri je. Rendam akar Fatimah tu semalaman dan bacakan surah dan doanya. Dulu aku baca ayat ini : istighfar (3x), selawat (11x), Al Fatihah (1x), Al insyirah (1x), 3 Qul (3x), selawat Syifa’ (7x). Kalau takde akar Fatimah pun takpe. Guna saja air mineral dan dibacakan surah-surah mudah ni. Insyaallah.

8.  Persediaan mental dan fizikal


Ketenangan fikiran, kemantapan mental dan fizikal sangat penting. Masa dah nak dekat lahirkan Mikhail dulu, setiap hari baca cerita pengalaman bersalin orang lain. Siap tengok video kat Youtube. Memang ngeri. Tapi terpaksa supaya aku boleh expect apa yang mungkin terjadi. Dari cerita orang lain, ada yang terangkat punggung masa push. Natijahnya kena jahit panjang dan tak boleh duduk lepas tu. Pergh..Memang ingat sangat reminder ni. Pastu jangan menangis meraung supaya kita tak kehilangan energy masa sampai time nak push. Banyak lagi lah. Tu pentingnya baca/tanya pengalaman orang lain. Supaya mental bersedia dan tau apa yang boleh apa yang tak boleh. Dari segi fizikal pulak, dalam beg sentiasa sediakan roti ke, biskut ke, kurma ke, kismis ke, supaya boleh ngap sebelum masuk labour room. Sebab kalau lapar, camne kita nak retain energy dan bertahan kan?

9.  Makan kurma 3 atau 7 biji sehari


Ni baru terbaca kat babycenter dan baru nak try. They found a research result and agreed that dates can help to ease labour due to it is full with vitamins, carbo etc. Mat sallleh pun dah tau kebaikan kurma, kita orang Islam ni taknak amalkan? Walhal tercatat dalam AQ. Bersempena Ramadhan yang baru saja berlalu, nasib baik stock kurma ada lagi. So boleh la balun habis. 

10. Mandi sebelum ke hospital


Ni pun tak pernah try. But I will. Orang kata air yang sejuk tu dapat membantu menolak baby ke bawah masa contraction. Tapi kalau baru sakit sikit dan ada masa lagi la. Jangan dah pecah ketuban pun sebok nak mandi jugak. Kang ada yang terberanak kat shower. Masa nak pergi hospital time Mikhail dulu, papa dia yang beria mandi 20 minit sebelum bawak mommy pergi hospital kul 6 pagi. Sabar jela..
Petua lain cam minum minyak kelapa, makan telur ayam kampong mentah, minum air hujung rambut, minum milo campur butter, memang aku tak pernah try. Tak confident dan malas nak cuba sebab banyak lagi petua relevan lain yang boleh diamalkan. Yang penting, kena jaga kesihatan ibu dan anak.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Sakitnya bila migrain datang. Rasa nak hantuk kepala ni ke dinding pun ada. Pernah atau tidak migrain ni terjadi kepada anda? Agaknya apa punca migrain ni tetiba muncul kan. Migrain adalah sakit kepala yang berpanjangan 4 sehingga 72 jam lamanya. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Selain sakit kepala, migrain juga memberi kesan ketidakselesaan pada perut, dan menyebabkan penghidapnya berasa loya serta muntah.



PUNCA-PUNCA MIGRAIN

  • Makanan yang tinggi kandungan garam seperti keju yang tersimpan lama
  • Ubat Hormon seperti pil perancang dan terapi hormon 
  • Penambah rasa dalam makanan seperti bahan pengawet dan monosodium glutamate (msg) 
  • Minuman beralkohol dan minuman berkafein 
  • Tekanan – stress antara punca migraine 
  • Rangsangan deria – lampu yang terang, silau matahari, bau yang terlalu kuat juga boleh menjadi pencetus migraine 
  • Waktu tidur yang tidak menentu. 

SET MIGRAIN SHAKLEE




Ostematrix ( mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D) 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Kesimpulannya,  B-Complex boleh mengurangkan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Ia juga memastikan funsi saraf sempurna.
Setelah ikhtiar secara vitamin disamping itu anda boleh amalkan doa untuk orang yang sering sakit kepala dan migrane... insyaAllah dengan Izin Allah dan sentiasa konsisten semunya akan hilang 


Omega Guard 
Mengurangkan radang atau kesakitan akibat migrain. Juga melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh terutamanya kepala. 



Yang mana ada masalah migrain tu, Ain memang suggestkan anda ambil set Migrain ni. Memang berkesan pada saya. Berminat, sila hubungi Ain pada nombor di bawah ye :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Ngeri bila memikirkan bila kita alami bengkak susu selepas bersalin. Lagi-lagi after selesai bersalin anak sulung. Memang tiada pengalaman langsung. Sama juga seperti saya. Banyak sangat petua yang orang dulu-dulu beri jika kita alami bengkak susu ni. Ain pernah alami bengkak susu semasa hari kedua selepas bersalin. Memang tersangat sakit. Kebetulan ada makcik mengurut time tu, Ain pun suruh la dia urut untuk melancarkan perngeluaran susu. Kali ni Ain nak share cara-cara lain yang dapat digunakan bagi melegakan bengkak susu ni.

Cara-cara berikut boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu:

1. SUSUKAN ANAK SEKERAP YANG BOLEH

Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2. CUBA VARIASIKAN POSISI PENYUSUAN.

Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar.
Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3. TUAM

Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4. BEREHAT

Dapatkan  rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5. SUSUKAN ANAK YANG LEBIH BESAR

Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6. GUNAKAN TEKNIK “PRESSURE MASSAGE

Gunakan tapak tangan untuk ‘menolak’ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tapi sangat membantu.
Petikan daripada website Ask Dr Sears:
“To do pressure massage, start at the edge of the lumpy area closest to your chest wall. Apply pressure to that area with the heel of your hand to the point just before it becomes too painful. Hold the pressure at that level until the pain eases off. Then increase the pressure again, (without moving your hand) and hold it until the pain eases. Continue to gradually increase pressure at that same site until you are pressing as hard as you can. Then pick your hand up, move it down toward your nipple about a half inch, and repeat the pressure massage in this area. Continue moving your hand a half inch and repeating the massage until you get all the way down to the nipple.
You may see the dried milk come out from an opening in your nipple. Even if the plug doesn’t actually come out, you will at least have dislodged it and moved it toward the nipple so that when baby goes to the breast and sucks, he will remove it with his suction. Always put baby to the breast on the plugged side first, when his sucking will be the strongest.”

7. AMALKAN LECITHIN DALAM DIET HARIAN

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehariuntuk membantu melegakan susu tersumbat.





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Pesakit Osteoartritis atau sesiapa yang berusia diatas 45 tahun boleh mengalami sakit sendi atau radang sendi. Osteoarthritis terjadi kerana geseran ujung-ujung tulang penyusun sendi sehingga sendi terasa sakit. Osteoarthritis timbul kerana rangkaian tulang rawan dan pelincir sendi mula rosak. Orang awam sering salah mengartikan gejala sakit sendi sebagai akibat dari asam urat, sakit sendi, atau osteoporosis. Kenyataannya, penyebab utama kesakitan sendi ini adalah Osteoarthritis.




Apakah glukosamina?
Glukosamina (C6H13NO5) merupakan gula amino dan pelopor penting dalam sintesis biokimia dari protein glikosilasi dan lemak. Glukosamina ditemukan sebagai komponen utama dari rangka luar krustasea, artropoda dan cendawan. Glukosamina merupakan salah satu monosakarida yang banyak dijumpai. Dalam industri, glukosamina dihasilkan dengan cara hidrolisis rangka luar krustasea.

Fungsi glukosamina dalam tubuh
Fungsi dari glukosamina di dalam tubuh adalah untuk menghasilkan proteoglikan dan glikosaminogen yang berfungsi untuk membentuk cairan sinovial. Cairan ini berfungsi sebagai pelincir bagi tulang rawan sehingga pergerakan tulang menjadi lebih baik. Kekurangan cairan sinovial dapat menyebabkan terjadinya gangguan pada sendi seperti osteoarthritis, iaitu penyakit radang pada sendi yang dapat diketahui oleh adanya kelainan pada kartilago (tulang rawan) sendi dan tulang di sekitarnya.

Produksi glukosamina ini akan semakin berkurang seiring dengan bertambahnya usia sehingga tubuh pun mengalami kekurangan glukosamina. Hal ini mengakibatkan terganggunya penghasilan cairan sinovial yang dapat mengakibatkan kerosakan tulang rawan pada sendi.



Suplemen yang mengandungi Glukosamin : AJHT


Antara kebaikan AJHT untuk sendi :



  • menyokong keselesaan sendi
  • membantu kekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • melancarkan pergerakan harian
  • sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  • menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  • anti radang semulajadi
  • dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  • memberi kekuatan kepada struktur sendi
  • bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.




  • Yang paling penting korang perlu dapatkan AJHT untuk kesihatan sendi anda sekarang kerana dengar khabarnya lepas ni Shaklee nak stop kan sementara AJHT ni. Tak tahu la bila akan ada balik tau.


    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

    Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

    Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
    Facebook : Ain Rosli
    No Tel : 017 735 2669
    Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
    COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur